Madu Boleh Membantu Sembuhkan Luka Dengan Cepat

21 April 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Penggunaan madu untuk merawat luka telah diamalkan secara meluas oleh tamadun terdahulu; Mesir kuno, Assyria, Yunani dan Roman. Dalam perubatan Mesir Kuno contohnya, dicatatkan dua jenis rawatan luka yang menggunakan madu dalam penyediaan rawatannya.

    Walaupun telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk penyembuhan luka, terkini barulah terdapat bukti kajian yang mengesahkan madu mampu merawat luka tertentu.

    Merawat Luka dengan Madu

    Madu merupakan sirap bergula dan telah terbukti mempunyai komponen bioaktif, untuk menyembuhkan luka. Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Wounds, antara kandungan dalam madu yang berguna untuk menyembuhkan luka ialah; madu yang berasid, gula yang mempunyai kesan osmotik, terdapat hidrogen peroksida dan madu mempunyai kesan antibakteria.

    Sifat madu berasid dengan kadar pH 3.2 dan 4.5. Asid berfungsi untuk mengurangkan enzim protease yang boleh menjejaskan penyembuhan luka. Apabila madu yang berasid ini digunakan pada luka, asidnya akan menggalakkan darah membebaskan oksigen yang penting untuk penyembuhan luka. Kandungan asid dalam madu berada pada tahap sederhana. Jika terlalu berasid, akan merosakkan pula tisu sihat.

    Madu juga mempunyai kesan antibakteria terhadap bakteria yang biasa terdapat pada luka. Contohya methicillin Staphylococcus aureus (MRSA) dan ancomycin-resistant Enterococci (VRE).

    Gula semulajadi dalam madu berfungsi menyerap air daripada tisu rosak. Fungsi ini dikenali sebagai kesan osmotik. Hasilnya, luka akan kurang bengkak sekaligus menggalakkan limfa menyembuhkan luka. Gula juga menghalang bakteria daripada membiak dan merebak dengan menyerap air keluar dari sel bakteria.

    Selain itu, madu mengandungi hidrogen peroksida semulajadi yang berkesan merawat luka. Hidrogen peroksida berfungsi sebagai antiseptik yang berkesan melawan kulat dan bakteria pada luka.

    Madu Percepat Proses Penyembuhan

    Madu juga mempunyai bioaktiviti yang merangsang tindak balas ketahanan badan. Hasilnya, tisu luka mampu sembuh dengan pantas, selain menyekat keradangan dan membawa debridemen autolitik dengan cepat.

    Madu mempunyai kandungan fenolik, asid askorbik dan enzim (glukosa oksidase dan katalase) berfungsi sebagai antioksidan. Antioksidan ini bertindak dengan dua cara.

    Pertama, antioksidan membunuh mikroorganisma lalu mengurangkan jangkitan pada kawasan luka. Kedua, antioksidan membantu proses penyembuhan,dan mengurangkan kandungan spesis oksigen reaktif dan keradangan disebabkan luka (Berita Harian, 2021)

    Selain itu, hal penting dalam penyembuhan luka adalah proses pembersihan rapi dengan menyingkirkan sel-sel tisu mati, kotoran dan bendasing di sekitar luka untuk kembali segar semula. Proses ini dikenali sebagai ‘debridemen’.

    Madu Pine Ni Memang Puas Hati!

    “Ini adalah repeat order kali ke-2. Saya sangat berpuas hati dengan Pine Honey dari Sihaté ini. Ia memberi kesan yg sangat baik utk kesihatan terutama bagi mereka yg ada darah tinggi dan kolestrol tinggi serta lain-lain penyakit.” — Norliza Mohd Salleh

    Keterangan Lanjut

    Satu kajian dilakukan terhadap 40 orang pesakit ulser kaki yang tidak sembuh selama 12 minggu. Kaki mereka dibalut menggunakan madu manuka untuk tempoh 12 minggu. Hasilnya, saiz dan sakit ulser berkurangan dengan jelas. Malah luka yang berbau juga hilang dengan pantas.

    Hanya Madu Terpilih Digunakan dalam Rawatan

    Sebelum menggunakan madu sebagai alternatif merawat luka atau melecur yang lambat sembuh, pastikan merujuk atau mendapatkan konsultasi dari doktor terlebih dahulu, sama ada penggunaan madu tersebut sesuai atau tidak.

    Ini kerana bukan semua madu boleh digunakan untuk merawat luka. Hanya madu yang berkualiti tinggi, disteril menggunakan penyinaran gamma, menepati piawaian dan diiktiraf badan bertanggungjawab sahaja yang boleh digunakan. Hal ini bagi mengelakkan wujudnya tidak balas sistem imun atau kesan alergi.

    Selalunya, penggunaan madu yang dikomersilkan sebagai bahan makanan tidak sesuai untuk merawat luka kerana mungkin tidak disteril dengan betul. Juga, berisiko mengandungi clostridia spora yang menyebabkan botulism bagi bayi berusia kurang daripada setahun.

    Antara jenis madu yang boleh digunakan untuk perubatan kerana telah disteril ialah madu tualang.

    Kesimpulan

    Amalan penggunaan madu kepada kesan luka bergantung juga kepada kondisi luka tersebut, sama ada tidak terlalu parah atau serius. Dibimbangi penggunaan madu yang tidak tepat juga merisikokan kesan luka itu kembali.

    Namun jika luka tersebut adalah kecil dan ringan, rawatan altenatif ini sangat digalakkan kerana sudah ada bukti yang menyakinkannya. Apatah lagi madu juga mudah didapati selain sering diamalkan penggunannya.

    Tapi pastikan terlebih dahulu bahawa madu tersebut adalah asli dan tulen, bukannya tiruan yang barangkali membahayakan kesihatan. Oleh itu, madu yang sebetul-betulnya adalah yang menyembuhkan, bukan lebih memudaratkan.

    Madu Pine Ni Memang Puas Hati!

    “Ini adalah repeat order kali ke-2. Saya sangat berpuas hati dengan Pine Honey dari Sihaté ini. Ia memberi kesan yg sangat baik utk kesihatan terutama bagi mereka yg ada darah tinggi dan kolestrol tinggi serta lain-lain penyakit.” — Norliza Mohd Salleh

    Keterangan Lanjut