Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Menurut laporan yang disiarkan dalam surat khabar Berita Harian pada 19 Novemver 2017 yang bertajuk Madu Diabetes, sebanyak 80% madu yang dijual dalam pasaran Malaysia ialah madu tiruan.
Madu tersebut sudah dicampur dengan bahan pemanis lain atau tidak mengikuti standard pemprosesan yang ditetapkan untuk disahkan asli. Madu yang tiruan ini dijual dengan harga yang murah kerana proses untuk mengeluarkannya yang rendah tanpa melalui prosidur yang rumit yang mahal.
Madu tiruan ini jika diamalkan untuk tempoh masa yang lama boleh mendatangkan mudarat kepada badan.
Madu merupakan bahan manis semulajadi yang dihasilkan oleh lebah madu dari nektar bunga. Lebah akan terbang dan mengutip nektar yang ada pada bunga dan disimpan di dalam kantung madu di bahagian perutnya. Seterusnya nektar ini akan dibawa pulang ke sarang untuk diproses menjadi madu. Madu yang dihasilkan kemudiannya disimpan di dalam honeycomb. Madu ini menjadi sumber makanan kepada lebah itu sendiri dan larva-larva yang muda.
Madu mengandungi pelbagai nutrient yang baik untuk dijadikan sebagai penawar mahupun digunakan sebagai pengganti manisan di dalam makanan.
“Pengubatan itu terdapat pada tiga perkara: Pelubangan dengan alatan pengumpul darah (berbekam), meminum madu atau menekap dengan api. Namun, aku melarang umatku daripada tekapan api.”
Madu mempunyai 26 asid amino. 6 daripada asid ini sangat penting untuk hidupan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Disebabkan ini, kita disarankan untuk mengamalkan madu setiap hari supaya tubuh badan kita mendapat keenam-enam asid yang penting ini.
Walaubagaimanapun, manfaat madu ini hanya boleh didapati daripada madu yang asli sahaja. Justeru, kita sebagai pengguna wajib untuk memiliki ilmu untuk membezakan madu yang dibeli di pasaran sama ada asli ataupun sebaliknya.
Untuk memastikan kita dapat membeli madu yang asli, kami kongsikan tips yang digunapakai seluruh dunia untuk memastikan madu yang dibeli benar asli dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tips yang disenaraikan ini lebih kepada ujian makmal, sangat berbeza dengan tips yang diberikan di tempat lain kerana kami berpendapat bahawa hanya melalui ujian makmal sahaja sesuatu produk tersebut boleh ditentukan keasliannya kerana rasa dan warna boleh dimanipulasi pada zaman sekarang tetapi ujian makmal sangat sukar untuk dimanipulasi.
1. Kandungan kelembapan kurang dari 20% (Moisture Content) – CODEX (2001)
Semua jenis madu yang asli memiliki kandungan kelembapan dibawah 20% (kecuali madu Heather). Nektar yang dibawa oleh madu memiliki 80% air. Nektar yang dibawa ke dalam honeycomb akan dikipas oleh lebah dengan sangat cepat dengan berulang kali sehingga air pada madu tersebut tersejat dan madu menjadi likat.
2. Kandungan Fructose dan Glucose tidak kurang dari 60 g/100g (Jumlah kedua-duanya) – CODEX (2001)
Madu asli selain dari madu tembikai susu, campuran madu tembikai susu dengan madu blossom, wajib mengandungi lebih daripada 60 g/100g fructose dan glucose. Fructose dan Glucose merupakan kandungan utama yang ada dalam madu. Peraturan 130, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 juga telah menetapkan bahawa madu hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 60% gula penurunan (reducing sugars).
3. Kandungan Sucrose tidak melebihi 5 g/100g – CODEX (2001)
Madu asli selain dari madu yang dinyatakan di bawah wajib mengandungi tidak kurang dari 5 g/100g sucrose. Peraturan 130, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 telah menetapkan madu hendaklah mengandungi gula sukrosa tidak melebihi daripada 10%.
Alfalfa, Citrus spp., False Acacia, French Honeysuckle, Menzies Banksia, Red Gum, Leatherwood dan Eucryphia milligani merupakan madu yang mengandungi lebih dari 10 g/ 100g sucrose.
4. 100% Raw – CODEX (2001)
Madu asli selalunya dilabelkan 100% raw yang bermaksud madu itu tidak dicampur sebarang bahan kimia dan proses untuk mendapatkan madu tersebut tidak melibatkan haba atau menjejaskan aroma, rasa dan kualiti madu tersebut.
Kebanyakan syarikat komersial gagal dalam memastikan proses menghasilkan madu menepati garis panduan yang ditetapkan. Antaranya ialah madu diperah dengan mengenakan haba sehingga 70 darjah selsius untuk membantu mencairkan kristal disamping membunuh segala partikel hidup yang ada. Panas haba yang dikenakan ini akan mengurangkan khasiat, rasa dan aroma madu yang dihasilkan.
5. Kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) kurang dari 40% – CODEX (2001)
Kandungan HMF yang tinggi di dalam madu menunjukkan bahawa madu tersebut sudah melalui proses pemanasan yang tinggi ketika diproses. Kebiasaan kandungan HMF dalam madu ialah sekitar 10 – 15%.
“Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar
Tambahan, kandungan HMF dalam madu yang melebihi 100 mg/kg mungkin memberi signal bahawa madu tersebut sudah dicampur dengan gula tebu atau sucrose.
6. Tiada bahan Chloramphenicol
Chloramphenicol merupakan bahan antibiotik yang meluaskan digunakan sejak 1949. Bahan ini banyak digunakan dalam proses menyediakan madu tiruan.
Penggunaan Chloramphenicol ini boleh menjejaskan kesihatan seseorang untuk jangka waktu yang panjang seperti seperti penyakit aplastic anemia, bone marrow suppression, leukimia dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan darah.
Disebabkan ini, pentingnya pengguna untuk memeriksa sama ada madu tersebut mengandungi Chloramphenicol ataupun tidak. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengenakan syarat wajib untuk pengimport madu untuk membuat ujian analisa chloramphenicol sebelum madu boleh dibawa masuk ke Malaysia.
7. Kandungan Proline melebihi 3 mg/kg
Proline merupakan asid amino dominan yang ada dalam madu dan menjadi indikasi kualiti sesuatu madu (Bogdanov S. et al, 2004). Ini disebabkan kandungan Proline ini akan berkurangan selari dengan peredaran masa ketika madu ini disimpan (VoN der Ohe et al., 1991).
Tahap kandungan proline dalam madu juga bergantung pada masa nektar diproses oleh madu. Secara tidak langsung proline ini menunjukkan asal madu tersebut diperolehi (Cotte J.F. et al, 2004).
Mengikut kajian oleh HerMosíN et al., (2003), kandungan minima proline yang perlu ada dalam madu ialah 180 mg/kg.
8. Analisis Diastase lebih dari 8 – CODEX (2001)
Diastase adalah enzim yang terdapat secara semula jadi dalam madu dan merosot dari masa ke masa, terutamanya apabila terdedah kepada panas. Seperti HMF, diastase boleh digunakan untuk menunjukkan usia dan pendedahan madu terhadap suhu yang panas.
Ujian untuk diastase merupakan sebahagian dari Standard Codex untuk madu dan telah mendapat perhatian dunia. Keperluan untuk aktiviti Diastase dijelaskan dalam Standard Codex untuk Madu dengan had minima sebanyak 8-unit Schade.
9. Free Acidity tidak melebihi 50 meg/ kg
Free acidity merupakan parameter penting yang berkaitan dengan kemerosotan madu. Codex Alimentarius Committee (2001) membenarkan nilai maksimum 50 meq kg 1 untuk free acidity. Nilai yang lebih tinggi mungkin menunjukkan penapaian gula menjadi asid organik. Walau bagaimanapun kandungan free acidity boleh dipengaruhi oleh kehadiran asid organik yang berbeza, kedudukan geografi madu tersebut dan musim menuai bunga.
10. Electrical Conductivity – CODEX (2001)
Tahap electrical conductivity (EC) yang ditetapkan oleh Standard Codex untuk Madu ialah ianya mesti kurang dari 0.8 mS/cm apabila 20g madu dilarutkan ke dalam 100 ml air (Subbiah, Balaji & Stembridge, Alice & Morison, Ken., 2015). Tahap EC ini dipengaruhi oleh sumber madu, keasidan, kandungan garam, kelembapan dan kelikatan. Madu dari tembikai susu mempunyai konduktiviti yang tinggi berbanding madu dari pokok bunga.
11. Analisis Gula C4 (C4 Sugar Analyse) kurang dari 7%
Ujian gula C4 digunakan untuk mengenal pasti sama ada madu tersebut telah ditambahkan
gula seperti gula tebu dan gula sirap (HFCS). Madu dari sarang yang telah diberi makan gula mungkin gagal dalam ujian gula C4 ini terutamanya jika dituai pada awal musim. Penanda aras antarabangsa menetapkan kandungan gula C4 di dalam madu ialah sebanyak maksimum 7%.
Walaubagaimanapun analisis ini masih lagi dalam proses perbincangan kerana pada tahun 2010 dan 2012 madu asli manuka yang diimport dari New Zealand yang bernilai sebanyak $6 million gagal dalam ujian ini (Rogers, 2014). Siasatan lanjut mendapati madu manuka walaupun asli, masih lagi gagal ujian gula C4 ini.
12. Tidak dihurung semut
Madu mengandungi air kurang dari 20%. Pada kelembapan ini, bakteria dan fungi tidak dapat membiak, ini merupakan salah satu sebab kenapa madu asli sukar untuk rosak. Antara sebab lain ialah kerana kadar aktiviti air yang rendah yang merupakan ukuran betapa mudahnya organisma mengakses air dalam makanan tertentu.
Fungus memerlukan aktiviti air di tahap 0.75, dan aktiviti air di dalam madu adalah 0.6. pH madu juga sekitar 4, iaitu di tahap yang tidak dapat ditangani oleh kebanyakan bakteria.
Disebabkan ini, madu asli yang likat tidak dapat digunakan oleh haiwan dan serangga termasuk semut.
Jika diberi pilihan antara air gula atau madu, semut lebih suka air gula. Ini kerana semut harus bekerja lebih keras untuk menyerap gula dari madu dan semasa proses itu mereka tidak akan mendapat banyak gula berbanding dengan air gula yang mana mudah untuk semut mendapatkan gula tersebut disebabkan kadar air yang tinggi.
Walaubagaimanapun, madu asli yang terdedah kepada persekitaran yang lembap akan menyebabkan kandungan air dalam madu tersebut meningkat seterusnya menarik perhatian semut untuk mendapatkannya. Disaat ini gula semakin mudah untuk diperoleh oleh semut berbanding ketika kadar air dalam madu rendah. Kita akan dapati selepas 1 hari madu asli dibiarkan diluar botol, sekelompok semut akan mula menghurung madu ini sehingga habis.
Gambaran semut menghurung manisan.
Kesimpulan
Keaslian madu bergantung pada beberapa factor seperti kandungan gula, kadar kelembapan, HMF, nilai free acidity dan sebagainya (Zsidei, 1993; ACquaroNe et al., 2007. Sekiranya kita mahu manfaat yang ada dalam madu, wajib untuk kita pastikan madu yang dibeli memenuhi kriteria yang ditetapkan ini kerana amalan pengambilan madu tiruan setiap hari memudaratkan kesihatan diri untuk jangka masa yang lama disamping merugikan pengguna kerana tidak dapat khasiat sepenuhnya dari madu ini.
“Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar
Habbatus Sauda Flower Honey
“Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar