4 Keutamaan Madu Sebagai Makanan Sunnah

9 May 2022
6 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Pemakanan sunnah merupakan cara spesifik, diet atau pengamalan Rasulullah SAW yang disebut dalam Al-Quran dan hadis. Pemakanan sunnah membawa manfaat kepada roh dan jiwa seseorang yang menerapkan konsep halal dan thayyib.

    ‘Thayyib’ bermaksud lazat, baik, sihat dan paling utama. Makanan thayyib merupakan makanan yang tidak kotor atau rosak dari segi khasiatnya. Justeru, madu antara makanan yang sering dikaitkan dengan cara pemakanan Rasulullah SAW.

    Lalu, sejauh mana madu menjadi keutamaan dalam makanan sunah?

    1. Rasulullah SAW Mengamalkan Madu

    Dalam Kitab Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad, ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW meminum madu yang dicampur dengan air, ketika perut masih kosong atau sebelum makan sarapan pagi.

    Baginda menyukai madu yang dicampur bersama air. Air campuran tersebut yang disimpan semalaman di dalam satu bekas yang disukai baginda.

    2. Al-Quran Menyebut Madu Sebagai Ubat

    Madu bukan sahaja makanan amalan Rasulullah SAW, malah disebut dalam al-Quran sebagai penawar ]pelbagai penyakit. Sifat madu juga mengubati secara menyeluruh.

    Malah, madu menjadi satu-satunya makanan yang disebut dengan terperinci dalam al-Quran sebagai ubat.

    Dalam surah an-Nahl : 68-69, Allah berfirman;

    Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

    3. Madu Sebagai Ikhtiar Dalam Kesihatan

    Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai salah satu kaedah perubatan termasuklah menggalakkan umat Baginda menggunakan madu sebagai cara hidup. Sabda Rasulullah SAW;

    Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat.
    (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

    Antara hadis lain, Baginda bersabda:

    Setiap Pagi Saya Amalkan Madu Ni!

    “Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar

    Keterangan Lanjut

    Kesembuhan dilakukan melalui tiga acara: bekam, minum madu, atau membakar dengan api. Dan aku melarang umatku membakar dengan api.
    (Hadis Riwayat Bukhari)

    Ada juga disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim, bahawa Nabi SAW bersabda tentang madu;

    Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat iaitu madu dan al-Quran.

    Selain itu, Baginda juga menggunakan madu untuk mengubati orang lain. Daripada Abu Said al-Kudri RA katanya:

    Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW. lalu ia berkata, ‘Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air’, berkata Rasulullah SAW. ‘Minumlah madu lebah kepadanya’ Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah SAW lalu katanya ‘Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah’, Rasulullah pula menyuruhnya meminumkan madu sebanyak tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi SAW terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang itu, ‘Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga’. Sabda Rasulullah SAW. ‘Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang dusta’. Lalu Rasulullah SAW sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu, maka sembuhlah saudaranya.
    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Menurut kajian, madu terdiri dari 80% karbohidrat, 18 % air, dan 2% vitamin dan mineral serta asid amino (National Honey Board). Madu juga berfungsi sebagai anti bakteria yang bertindak melawan penyakit dan meningkatkan kesihatan tubuh.

    Penelitian ini sekaligus membuktikan mukjizat ayat Al-Quran yang jelas memberitahu manusia mengenai manfaat madu sebagai penyembuh penyakit.

    4. Islam Memperakui Kehebatan Madu

    Dalam buku berjudul Sumbangan Keilmuan Islam Pada Dunia, Prof. Dr. Ahmad Fuad Basya, madu merupakan bahan penting semasa era kebangkitan Islam. Para doktor Islam menggunakan madu untuk mengubati pelbagai penyakit.

    Antaranya, Ibn Sina; seorang ilmuwan dan pakar dalam bidang perubatan sekitar abad ke-10 Masihi, menyatakan tentang khasiat madu dari segi kesihatan; menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dari yang ringan sehingga kepada penyakit berat, seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Madu juga mampu menurunkan suhu badan dan demam. Selain membantu menguatkan semangat, menambah kerajinan, awet muda serta melancarkan pertuturan.

    Daripada hasil kajian, dalam aspek perubatan madu kaya dengan vitamin A, B1, B2, mineral seperti kalsium, natrium, kalium, magnesium, besi, garam iodin dan radium. Kandungan gula semula jadi iaitu glukosa dan fruktosa yang tinggi menjadikannya pemanis yang baik berbanding gula putih.

    Kesimpulan

    Umumnya, makanan sunnah juga adalah apa-apa makanan yang disebut atau diamalkan oleh Rasulullah SAW menerusi hadis, atau makanan yang disebut Allah dalam Al-Quran.

    Maka, umat Islam sangatlah disaran untuk mengamalkan pemakanan yang baik dan dari sumber yang sahih mengikut Islam. Rasulullah SAW telah menyediakan contoh terbaik dalam memilih makanan yang mampu menjaga kesihatan rohani dan jasmani agar terhindar daripada gejala penyakit.

    Cara yang ditunjukkan Rasulullah ini membuktikan makanan yang digemari dan diamalkan adalah bermanfaat, sehinggakan Baginda sendiri tidak pernah jatuh sakit.

    Gaya hidup Baginda sangat sesuai dijadikan sebagai ikutan, kerana seseorang yang sihat dan kuat dapat berkerja mencari rezeki dan nafkah, bahkan pastinya bertenaga dalam menjalani ibadah dan perintah Allah SWT.

    Setiap Pagi Saya Amalkan Madu Ni!

    “Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar

    Keterangan Lanjut