Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Pada tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa penyakit kanser telah menyumbang sebanyak 9.34% daripada jumlah kematian di negara ini berbanding 7.37% pada tahun 1975. Selain itu, dianggarkan bahawa risiko mendapat penyakit kanser di Malaysia adalah 1 dalam 4 orang (Web Institut Kanser Negara).
Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018. Ia menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16,000 kematian di Malaysia (Berita Harian, 2020).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian akibat kanser dijangka akan meningkat 104% di seluruh dunia menjelang tahun 2050. Pada tahun 2008, terdapat 6.7 juta kes kanser di negara membangun dan 5.4 juta kes di negara maju, berbanding tahun 2000 iaitu seramai 6.5 juta orang.
Negara membangun mempunyai kes kanser lebih tinggi dan semakin meningkat berbanding negara maju. Selain itu, negara membangun menunjukkan kes kanser banyak berlaku akibat jangkitan. Manakala kes kanser di negara maju sering dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan.
Penyakit barah atau kanser merupakan sejenis penyakit berkaitan ketidakseimbangan tindak balas sel dan replikasi (bertambah) sel dalam badan. Kebiasaannya, sel akan bertambah mengikut aturan tumbesaran dan pemulihan selepas berlaku kecederaan. Tetapi, adakalanya, sel bertambah secara tidak normal dan menyebabkan ketumbuhan tidak normal atau tumor.
Pesakit selalunya akan diberi rawatan secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) dan kimoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan untuk mengubati pesakit kanser. Namun, hal ini juga bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang menghidap barah, umur pesakit dan sejauh mana pembiakan sel kanser ke bahagian anggota lain.
Bagi pesakit kanser, diperlukan pemakanan yang tinggi kalori dan protein bagi memastikan tahap kesihatan pada tahap yang optimum , terutamanya bagi menghadapi proses rawatan kanser yang diberikan.
Kandungan madu terdiri daripada pelbagai gula, asid fenolik, flavonoid, enzim, asid amino, protein, fitokimia dan pelbagai sebatian lain.
Para saintis kini memberi perhatian kepada madu sebagai rawatan pelengkap dan alternatif dalam perubatan moden. Madu dianggap fitoestrogen semulajadi dengan pengubahsuaian epigenetik, selain mempunyai potensi untuk menjadi agen pencegah kanser.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Profesor al-Ramadi, Profesor Imunologi, yang mengetuai Makmal Imunologi di Kolej Perubatan dan Sains Kesihatan, Emeriah Arab Bersatu, telah mengkaji kesan madu manuka terhadap pengurangan sel kanser.
Kumpulan pengkaji ini memulakan penyelidikan dengan menggunakan sel-sel kanser yang berbeza, yang dikulturkan dengan madu manuka bagi meneliti kesan madu terhadap sel kanser tersebut. Hasilnya, terbukti madu manuka membunuh sel-sel kanser pada larutan rendah. Lantas ujian diteruskan secara in vivo atau diuji secara langsung terhadap organisma hidup.
Keputusan eksperimen amat menggalakkan. Penyuntikan madu manuka dapat mengurangkan pertumbuhan tumor sehingga 20 ke 30 %. Paling utama kombinasi rawatan bukan sahaja efektif, malah meningkatkan kadar hidup kumpulan tikus yang dieksperimen, dibandingkan dengan penggunaan ubat kanser yang bertoksik dapat dikurangkan.
“Ini adalah repeat order kali ke-2. Saya sangat berpuas hati dengan Pine Honey dari Sihaté ini. Ia memberi kesan yg sangat baik utk kesihatan terutama bagi mereka yg ada darah tinggi dan kolestrol tinggi serta lain-lain penyakit.” — Norliza Mohd Salleh
Menurut Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Madya Dr. Nik Soriani Yaacob, kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser di samping membunuh sel berbahaya itu daripada merebak.
Kajian ke atas tikus makmal dan sel kanser menunjukkan madu lebah tualang mempunyai aktiviti anti-kanser yang dikultur menyebabkan sel kanser boleh dikesan, dimatikan dan disekat pertumbuhannya. Peningkatan jumlah sel imun juga telah membunuh sel kanser.
Sel kanser yang dirawat menggunakan madu tualang menunjukkan kematian atau apoptosis, yang kebiasaannya tidak berlaku kepada sel itu. Ini bermaksud madu tualang mampu meningkatkan rangsangan kematian sel kanser.
Jelasnya, madu mampu mengatasi pencegahan sel kanser daripada merebak ke bahagian anggota lain. Perkara ini tentunya memberi berita baik kepada para pesakit kanser, yang sering berhadapan dengan kesan-kesan buruk selepas menjalani rawatan penghapusan sel kanser.
Penemuan baharu ini secara dramatiknya berkesan untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan trauma berkaitan dengan rawatan kanser pada masa hadapan. Sekaligus, memberi gambaran bahawa ubat-ubat perubatan boleh dikombinasikan dengan sumber semulajadi seperti madu.
Pun begitu, kajian terhadap kemampuan madu dan sejauh mana potensinya untuk mencegah, sekaligus merawat kanser hendaklah berterusan dijalankan bagi memberi beribu manfaat kepada masyarakat umum.
1. http://www.myhealth.gov.my/apa-itu-kanser/
3. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/11/madu-tualang-berpotensi-ubati-penyakit-kanser/
4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3385631/
5. https://honeyandspice.in/blogs/raw-honey-blog/raw-honey-as-a-cancer-shield-part-one/
6. https://bmccomplementmedtherapies.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12906-017-1721-4/
“Ini adalah repeat order kali ke-2. Saya sangat berpuas hati dengan Pine Honey dari Sihaté ini. Ia memberi kesan yg sangat baik utk kesihatan terutama bagi mereka yg ada darah tinggi dan kolestrol tinggi serta lain-lain penyakit.” — Norliza Mohd Salleh
Organic Pine Honey
“Ini adalah repeat order kali ke-2. Saya sangat berpuas hati dengan Pine Honey dari Sihaté ini. Ia memberi kesan yg sangat baik utk kesihatan terutama bagi mereka yg ada darah tinggi dan kolestrol tinggi serta lain-lain penyakit.” — Norliza Mohd Salleh