Madu Melegakan Masalah Sinus Resdung

21 December 2023
7 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Sinus (sinusitis) atau resdung adalah keradangan rongga hidung pada ruang udara di sekitar kawasan hidung dan mata. Gejala ini berpunca daripada kuman, virus dan jangkitan yang berlanjutan dan membuatkan ketidakselesaan pada bahagian hidung atau pernafasan.

    Resdung selalunya diikuti dengan beberapa simptom, seperti; hidung tersumbat dan kerap selesema, gatal-gatal pada muka atau di tengah hidung, hingus berwarna kuning, hijau atau bercampur darah, rasa sakit di bahagian dahi, kerap migrain dan demam.

    Gejala ini akan menjadi serius jika tidak dirawat, termasuklah mata menjadi rabun, nafas berbau, selain sakit tekak berpanjangan. Termasuklah alahan yang menyebabkan pembengkakkan muka dan rongga sinus. Keadaan ini akan berlaku secara kerap, berulang-ulang dan berlarutan yang menganggu kegiatan harian penghidapnya.

    Walaupun boleh menyerang tanpa had usia, resdung masih boleh ubati dengan banyak alternatif lain. Antaranya dengan rawatan semulajadi seperti madu. Beberapa kajian membuktikan madu sangat berkesan menangani masalah resdung; lebih baik daripada antibiotik moden!

    Menyelesaikan Masalah Sinus Dengan Madu

    Kandungan magnesium, sulfur, fosforus, klorida,ferum, kalsium, potassium, iodin dan sodium serta galian lain yang terdapat dalam madu menjadikan madu sangat ‘ajaib’ dalam merawat pelbagai masalah kesihatan, termasuklah resdung.

    Namun, bagaimana madu berfungsi dalam menangani gelaja sinus ini?

    Pertama, komponen organik dalam madu asli mengandungi anti-bakteria yang membantu membersihkan bahagian sinus dan membunuh bakteria penyebab resdung. Selain itu, madu juga bersifat anti-virus yang melawan bakteria dalam tekak untuk melegakan tekak daripada batuk dan sakit.

    Terdapat beberapa kajian yang membuktikan hal ini. Antaranya kajian dari seorang Ahli Biokimia, Dr. Peter Molan dari Universiti Waikato, New Zealand yang berjaya menemukan Natural Hydrogen Peroxide (NHP) atau Hidrogen Peroksida Semulajadi iaitu bahan yang dapat membunuh bakteria dalam madu.

    Ini bermaksud, madu juga bertindak sebagai antiseptik. Iaitu hasil kajian terpenting; Enzim dan asid amino yang terdapat dalam madu mengeluarkan ‘hydogen peroxide’, yang dikenali sebagai antiseptik!

    Kedua, madu asli juga sebagai antibiotik. Selain menjadi penguat sistem imunisasi tubuh, madu juga berfungsi melawan bakteria dan melindungi tubuh dari keradangan dan jangkitan sinus.

    Terdapat banyak kajian yang mendapati kadar madu mampu membunuh bakteria adalah lebih tinggi daripada ubat-ubatan lain yang ditetapkan.

    Ketiga, madu asli yang berfungsi sebagai antiradang, anti-oksidan, dan anti-jangkitan akan mengurangkan sumbatan lendir pada hidung, seterusnya melancarkan aliran pernafasan secara normal. Dengan itu madu mampu menghilangkan penyumbatan, mengeringkan cairan sinus, selain menghilangkan jangkitan serta rasa sakit.

    Terdapat ramai saintis dan doktor perubatan yang melakukan kajian terhadap para pesakit alahan ini. Antaranya kajian kepada enam jenis sakit alahan yang telah didiagnosa berkaitan dengan sistem pernafasan iaitu; chronic bronchitis, asthmatic bronchitis, bronchial asthma, chronic rhinitis,allergy rhinitis, sinusitis juga pesakit radang paru-paru seperti chronic bronchitis, juga pneumonia.

    Madu Ni Sangat Berkesan Hilangkan Batuk!

    “Alhamdulillah pembelian Madu Sidr Sihaté kali kedua. Beli untuk emak yang juga pesakit dialisis sbg makanan tambahan. Juga sangat berkesan utk hilangkan batuk.” — Mohd Faizul

    Keterangan Lanjut

    Hasil kajian tersebut juga amat menakjubkan dan begitu positif dengan penggunaan madu sebagai rawatan utama!

    Campuran Madu dengan Bahan Organik Lebih Efektif

    Rawatan sinus melalui madu dilihat lebih efektif dengan campuran bahan semulajadi lain, seperti halia, kulit kayu manis, bawang putih dan beberapa lagi organik. Antara yang didapati sesuai dan terbukti keberkesanannya ialah;

    1. Madu Dengan Bawang Putih

    Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Ia juga ejen anti-bakteria yang menentang dan membunuh bakteria pembawa jangkitan dalam tubuh manusia. Gabungan bersama khasiat madu asli ini dapat meningkatkan fungsi anti-bakteria dan membantu mengurangkan masalah resdung.

    Ramuan ini digalakkan juga dicampur dengan beberapa titik minyak zaitun untuk dijadikan sebagai ‘jem’ pada biskut atau roti.

    2. Madu Dengan Lemon

    Lemon sangat mewah dengan vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan. Lemon juga bertindak sebagai ejen anti-mikrob semulajadi. Jadi campuran ini akan membantu mengurangkan tekanan pada bahagian sinus, pada masa sama membunuh mikroorganisma pembawa penyakit dengan cepat dan berkesan.

    3. Madu Dengan Cuka Tin

    Buah tin mempunyai khasiat yang sangat tinggi, terutamanya dalam mengurangkan pembengkakan. Selain itu, sangat berkesan merawat masalah berkaitan tekak.
    Buah tin juga bersifat anti-radang kerana kandungan anti-oksidanya yang tinggi dan dapat mengelakkan oksidatif stress. Campuran ini adalah cara terbaik melegakan hidung tersumbat.

    Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu cuka tin bersama sesudu madu ke dalam air dan kacau sebati sebelum diminum.

    4. Madu Dengan Halia

    Halia mengandungi beberapa lagi bahan aktif yang baik untuk tubuh manusia, seperti gingerols dan shogaols. Ia dapat membantu menyingkirkan hingus sekaligus melegakan hidung yang tersumbat. Sesuailah dengan madu yang mampu mengeluarkan kahak dan boleh mengurangkan penyempitan bronkial.

    Amalkan pengambilan ramuan ini dengan memasukkan satu sudu halia yang telah diparut atau dilumatkan ke dalam air panas, sebelum memasukkan madu asli.

    5. Madu Dengan Kayu Manis

    Kandungan kimia aktif yang dikenali sebagai eugenol dan cinnamaldehyde yang terdapat dalam kayu manis dapat membunuh bakteria jahat dalam tubuh. Dengan campuran kayu manis bersama madu dalam keadaan likat akan membantu merawat dan menghalang masalah resdung berpanjangan.

    6. Madu Dengan Jintan

    Campuran madu bersama serbuk jintan putih atau jintan manis sangat membantu mengeluarkan lebihan mukus dalam hidung. Campuran ini juga selain berfungsi mengurangkan bengkak. Memadai jika ramuan ini diamalkan sekali dalam sehari.

    7. Madu Dengan Daun Basil

    Daun basil atau daun selasih sangat berkesan dalam membersihkan lebihan mukus. Bahkan campurannya dengan madu sangat berfungsi mengurangkan sakit kepala dan kepenatan akibat resdung. Sebaiknya, 12 helai daun basil dijadikan sebagai serbuk sebelum dicampur dengan dua sudu teh madu asli. Dan amalkan setiap pagi!

    Kesimpulan

    Masalah sinus atau resdung dapat dielakkan daripada menjadi lebih kronik. Ini bermakna jangkitan kuman dan virus dapat dihindari dengan meningkatkan daya tahan tubuh, rehat yang cukup, persekitaran yang bersih, bersenam, dan amal pemakanan yang seimbang.

    Bagi pesakit resdung, jauhi beberapa alahan daripada makanan atau ubatan, kurangkan aktiviti berenang atau menyelam, selain jauhi alergen seperti debu dan habuk, jerebu, bulu binatang seperti kucing yang boleh meninggalkan reaksi ketidakselesaan. Jangan lupa dapatkan rawatan jika gejala semakin kronik!

    Walaupun sinus ini boleh dirawat dengan penggunaan madu, namun keberkesanan ramuan ini juga bergantung kepada keaslian sesuatu madu itu. Jika tiruan madunya, pasti hasilnya juga tidak memuaskan.

    Lalu dapatkanlah produk madu dari Sihate’ yang madu mentahnya asli, serta dijamin jauh dari bahan tiruan. Dengan madu yang terbaik ini akan membantu masalah resdung anda!

    Sumber Rujukan:

    • http://homeremediesforlife.com/honey-for-sinus-infection/
    • http://www.mmgazette.com/sinus-or-resdung-dr-ahmad-nordin/
    • https://www.everydayhealth.com/sinus-infection/self-treatment-mistakes-to-avoid/%20
    • https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27935259/
    • https://www.advancedsinusandallergy.com/blog/is-honey-really-good-for-your-sinus-infection
    • https://www.medicalnewstoday.com/articles/324743#treatments

    Madu Ni Sangat Berkesan Hilangkan Batuk!

    “Alhamdulillah pembelian Madu Sidr Sihaté kali kedua. Beli untuk emak yang juga pesakit dialisis sbg makanan tambahan. Juga sangat berkesan utk hilangkan batuk.” — Mohd Faizul

    Keterangan Lanjut