Madu Mampu Membekalkan Tenaga

9 May 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Madu merupakan pemanis semula jadi daripada nektar tumbuhan atau buah-buahan, yang sudah sekian lama dijadikan sumber tenaga penting. Ini kerana madu adalah makanan yang memenuhi semua keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

    Jadi, dengan mengamalkan sesudu besar madu setiap hari secara konsisten dapat memenuhi lebih kurang 3% keperluan tenaga harian yang diperlukan oleh tubuh. Satu sudu madu ini mengandungi lebih kurang 64 kalori yang digunakan sebagai sumber tenaga.

    Madu Sumber Tenaga Segera

    Dalam sistem pemakanan, karbohidrat merupakan sumber tenaga utama yang diperlukan oleh badan. Madu merupakan salah satu sumber karbohidrat ringkas yang merangkumi glukosa dan fruktosa sebanyak 65-80%. Selain itu, karbohidrat dalam madu juga adalah yang tertinggi sehingga memberikan tahap tahan lapar yang maksimum.

    Oleh itu, madu sangat memberi manfaat kepada ahli sukan sebagai sumber tenaga, terutamanya bagi atlet pelari jarak jauh. Ini kerana karbohidrat dalam madu, boleh diserap dengan pantas, iaitu dalam tempoh 15 minit sahaja.

    Bagi mengekalkan simpanan tenaga dalam badan, seseorang pelari memerlukan 30-60g karbohidrat sejam, dan tambahan madu sebanyak dua hingga tiga sudu pada setiap jam bagi mendapat jumlah tenaga yang sama. Satu sudu madu mengandungi 17g karbohidrat.

    Jadi, daripada mengamalkan minuman tambahan yang penuh dengan gula, lebih baik menggantikannya dengan madu asli. Bukan sahaja memberikan tenaga segera tetapi sebagai cara terbaik untuk mengelak keletihan otot.

    Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis; madu menjadi pilihan karbohidrat terbaik jika diambil sebelum bersenam.

    Dikatakan sejak dahulu lagi pelari dalam Sukan Olimpik di Greece telah mengamalkan madu sebagai ‘ubat’ penambah tenaga mereka.

    Selain itu, monosakarida seperti fruktosa dan glukosa merupakan komponen gula penting yang terdapat dalam madu. Monosakarida adalah gula paling ringkas, mudah dicerna dan diserap ke saluran darah, lalu merangsang pankreas untuk merembeskan insulin. Insulin pula berfungsi memberi isyarat kepada sel agar menyerap glukosa untuk digunakan sebagai tenaga dalam tubuh.

    Memandangkan madu adalah gula ringkas yang mudah diserap oleh badan, ia mampu menggalakkan pengambilan tenaga yang positif melalui diet. Bagi individu yang mengalami kekurangan (deficit) tenaga akibat daripada pengambilan makanan yang tidak menentu, madu boleh dijadikan sebahagian tambahan kepada diet bagi mendapat tenaga harian yang diperlukan.

    Madu juga terbukti kaya dengan antioksidan serta vitamin dan mineral yang mudah dihadam dan terurai. Ini dapat memberi sumber tenaga semula jadi segera kepada tubuh badan.
    Antara vitamin yang terdapat dalam madu adalah vitamin kumpulan B yang diperlukan dalam proses metabolik badan iaitu; vitamin B2, B3, B5, B6, B9, vitamin C atau asid askorbik, vitamin A, asid folik dan karotena-A. Selain vitamin, madu juga mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium, zink, besi, natrium, fosforus, dan banyak elemen lain lagi.

    Madu Ni Sangat Berkesan Hilangkan Batuk!

    “Alhamdulillah pembelian Madu Sidr Sihaté kali kedua. Beli untuk emak yang juga pesakit dialisis sbg makanan tambahan. Juga sangat berkesan utk hilangkan batuk.” — Mohd Faizul

    Keterangan Lanjut

    Madu Membaik Pulih Tenaga

    Sering berasa letih, lemah dan mengantuk di siang hari, cara alternatif yang terbaik adalah dengan mengamalkan madu. Cara ini adalah lebih bermanfaat daripada mengambil apa-apa makanan tambahan lain.

    Kandungan neuron kortikal, iaitu sejenis sumber tenaga yang diperlukan oleh badan terdapat dalam madu. Unsur neuron kortikal ini, juga membantu memastikan tubuh badan sentiasa bertenaga.

    Selain itu, dalam madu terkandung nutrisi dan mineral lain termasuk 78% gula yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa, vitamin, enzim, protein, asid amino, dan lain-lain seperti kalsium dan fosforus.

    Nutrisi ini akan memberi tenaga yang berpanjangan kepada pengamal madu. Selain turut merawat masalah keletihan dengan pantas, di samping membantu badan menjadi lebih segar.

    Jadi, dengan pengambilan madu sebelum tidur dapat menggalakkan tidur yang lebih baik dan berkualiti. Ini sangat penting untuk memulih dan mengembalikan tenaga. Dengan itu tidur menjadi satu cara untuk badan mendapatkan rehat yang baik.

    Makan madu sebelum tidur juga sangat membantu glycogen ke hati, dan menghalang otak daripada bangun. Ini dapat melepaskan melatonin (hormon tidur) dalam otak, yang membantu meningkatkan imuniti dan pembinaan semula tisu semasa badan sedang berehat. Fungsi utama glycogen hati juga adalah menjaga kadar gula dalam darah pada tahap yang sihat.

    Kesimpulan

    Jelas, madu mengandungi nutrisi yang hampir penuh untuk memenuhi keperluan tenaga seharian. Jadi, sangat baik untuk menjadikan madu sebagai amalan pemakanan setiap hari. Madu sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya, apatah lagi ia sudah terbukti mengandungi khasiat tersendiri.

    Namun, sebaiknya madu diambil semasa perut kosong setiap pagi sebelum sarapan. Sama ada dimakan secara terus sahaja mahupun dicampur bersama-sama air, seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

    Setiap Pagi Saya Amalkan Madu Ni!

    “Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar

    Keterangan Lanjut