Madu Boleh Membantu Melegakan Batuk

21 April 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Sungguhpun batuk adalah sejenis penyakit, tetapi batuk juga ada fungsi baiknya; untuk menyingkirkan bendasing dan kuman, yang menghalang salur pernafasan daripada apa-apa jangkitan pada paru-paru yang membawa penyakit serius seperti radang paru-paru (pneumonia).

    Batuk bertindak balas secara semulajadi dan akan menghasilkan kahak atau lendiran. Melalui batuk, udara serta zarah keluar dari paru-paru dan tekak dengan kelajuan hampir 80 km sejam.

    Mengalami batuk sekali sekala adalah normal, tetapi jika batuk berterusan melebihi dua minggu, dibimbangi penyakit lain sedang menyerang, seperti penyakit paru-paru chronic obstructive pulmonary disease (COPD).

    Selain menyebabkan asid dari perut naik semula ke esofagus atau gastroesophageal reflux disease (GERD), rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome), jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis).

    Rawatan altenatif bagi batuk yang biasa (tanpa masalah kesihatan lain) boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi, seperti madu asli.

    Madu Dari Nektar Yang Berkhasiat

    Madu merupakan pemanis semulajadi yang terhasil daripada lebah madu yang mengutipnya dari nektar atau sari bunga, perkumuhan tumbuhan, atau rembesan bahagian hidup tumbuhan.

    Madu lalu dikumpul oleh lebah madu dan digabung serta diubah dengan bahan spesifik bagi menghasilkan madu sehingga matang dalam sarang lebah madu (Suruhanjaya Alimentarisu Kodeks, 1989).

    Terdapat dua jenis madu; madu poliflora dan monoflora. Madu monoflora dihasilkan dari sejenis nektar bunga sahaja. Contohnya, lebah yang mengambil nektar dari pokok akasia akan menghasilkan madu akasia.

    Manakala madu yang dihasilkan oleh lebah madu dengan mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga, dikenali sebagai madu poliflora atau madu multiflora. Contohnya, madu tualang dan madu asli.
    Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu itu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap oleh lebah madu tersebut, keadaan cuaca serta proses pemprosesan madu.

    Madu Sebagai Penawar Batuk

    Walau apa-apa jua jenis madu, ia tetap mempunyai khasiat seperti karbohidrat, asid amino bebas, vitamin, dan flavonoid. Juga sebatian yang berfungsi sebagai antioksidan dan ciri-ciri antibakteria, antivirus serta antiradang yang sangat bersifat merawat.

    Penelitian melalui kajian membuktikan madu berkesan untuk membaik pulih penyakit yang berkaitan pernafasan, salah satunya adalah batuk. Dengan mengamalkan dua sudu madu yang dicampur dengan air suam sudah memadai bagi mengubati batuk.

    Dalam satu kajian melibatkan 105 orang kanak-kanak dan remaja berumur antara 2-18 tahun, mendapati madu boleh melegakan batuk dengan lebih berkesan berbanding ubat penahan batuk atau OTC yang mengandungi dextromethorphan (DM).

    Madu Ni Sangat Berkesan Hilangkan Batuk!

    “Alhamdulillah pembelian Madu Sidr Sihaté kali kedua. Beli untuk emak yang juga pesakit dialisis sbg makanan tambahan. Juga sangat berkesan utk hilangkan batuk.” — Mohd Faizul

    Keterangan Lanjut

    Rawatan seperti dalam kajian, boleh dilakukan di rumah dengan mengambil dua sudu teh madu, dicampurkan dengan air suam dan lemon atau teh herba.

    Dan, kesan daripada batuk selalunya membuatkan tekak berasa sakit dan perit, dengan itu madu yang dicampur dengan jus lemon atau teh mampu untuk merawatnya.

    Madu Terbukti Melegakan Batuk

    Selain itu, dalam madu juga terkandung demulsen, iaitu sejenis unsur yang membaluti tekak dan menenangkan selaput lendir. Unsur antimikrob dan antioksidan dalam madu juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan batuk.

    Dalam kajian yang disiarkan di laman web National Library of Medicine pada tahun 2010, madu dianggap memiliki kesan lebih baik berbanding dextromethorphan dan diphenhydramine, bagi meredakan batuk semasa malam yang disebabkan jangkitan saluran pernafasan atas.

    Bahkan kajian yang mencampurkan madu kayu putih, madu sitrus dan madu labiatae, mampu meredakan batuk yang disebabkan oleh jangkitan saluran pernafasan atas.

    Madu berupaya merawat batuk yang tidak serius. Menurut, penelitian oleh Parviz Ayazi dari Children Growth Research Centre, Qazvin University of Medical Science, Iran, yang menguji kesan dua jenis madu Iran dengan diphenhydramine (DPH) terhadap batuk kanak-kanak pada waktu malam dan kualiti tidur kanak-kanak serta ibu bapa mereka.

    Keputusan daripada kajian itu menunjukkan bahawa madu melegakan batuk yang lebih baik berbanding DPH pada kanak-kanak dan meningkatkan kualiti tidur kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

    Kesimpulan

    Umumya, batuk adalah masalah kesihatan yang masih dalam kategori normal dan terkawal. Cuma jika ia berlangsung dalam jangka masa yang sama ia membuatkan pesakit itu tidak selesa, mengganggu kualiti tidur dan kadang-kadang menjengkelkan. Bimbang sekiranya berlarutan, cara altenatif dengan menggunakan madu sangatlah digalakkan, selain tidak mempunyai kesan sampingan seperti ubat moden madu mempunyai khasiat lain yang sangat baik untuk tubuh badan.

    Madu bukan sahaja makanan yang merawat, tetapi sudah terbukti sebagai bahan yang mampu mencegah sesuatu penyakit juga. Dengan itu jadikanlah penggunaan madu sebagai ikhtiar dalam mencegah dan merawat penyakit batuk, dan penyakit-penyakit lain lagi. Lebih baik, ambillah madu sebagai makanan harian yang ternyata menjamin kesihatan tubuh.

    Setiap Pagi Saya Amalkan Madu Ni!

    “Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar

    Keterangan Lanjut