Ketahui 7 Khasiat Madu Secara Saintifik

11 April 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Tahukah anda, sesudu besar madu mengandungi 17 gram gula, 64 kalori, termasuk sukrosa, maltosa, glukosa dan fruktosa, serta bebas lemak, sodium dan kolesterol?

    Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.

    Umumnya, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis; madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.

    Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli.
    Berikut kelebihan yang perlu diketahui agar kita boleh mengambil khasiatnya secara optimum.

    1. Sebagai Sumber Tenaga Asli

    Daripada artikel Honey For The Fast Track oleh British Honey Importers and Packers Association (BHIPA) Online di honeyassociation.com, madu merupakan sumber tenaga asli yang baik untuk ahli sukan dan orang awam.

    Madu juga mengandungi antara 4-5% fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Dengan itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

    2. Menguatkan Otot

    Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 % dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj bagi menjadikan otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

    Kajian oleh Universiti Memphis di Tennessee; dengan mengamalkan madu lebah, kadar hormon kortisol dapat dikawal pada tahap rendah oleh seseorang ahli sukan, ini bagi meningkatkan kekuatan otot.

    3. Membantu Meningkatkan Metabolisme

    Mike McInnes, seorang pakar nutrisi menyatakan madu dapat membakar lemak badan, walaupun ketika seseorang itu sedang tidur. Oleh itu, sangat baik jika diambil sesudu madu sebelum tidur.

    Selain itu, madu juga boleh dicampurkan dengan air suam untuk diminum pada awal pagi semasa perut masih kosong. Mengambil madu sebagai makanan pertama, meningkatkan kadar metabolisme badan, sekaligus mengurangkan berat badan dengan lebih pantas.

    Madu Pine Ni Memang Puas Hati!

    “Ini adalah repeat order kali ke-2. Saya sangat berpuas hati dengan Pine Honey dari Sihaté ini. Ia memberi kesan yg sangat baik utk kesihatan terutama bagi mereka yg ada darah tinggi dan kolestrol tinggi serta lain-lain penyakit.” — Norliza Mohd Salleh

    Keterangan Lanjut

    4. Menyembuhkan Katarak Mata

    Semasa dalam persidangan World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China, ahli sains Amerika dan pelbagai negara lain mengakui khasiat madu lebah untuk kesihatan.

    Seorang doktor dari Romania, berkongsi pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2,094 pesakit katarak mata, daripada jumlah itu 2,002 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

    5. Menghalang Pembiakan Bakteria

    Seorang pakar biokimia, Dr. Peter Molan dari Unit Kajian Madu Lebah, Universiti Waikato, New Zealand menyatakan; antara kelebihan madu lebah adalah p.H-nya berada pada tahap yang mampu menghalang pembiakan bakteria.

    Selain itu, enzim hydrogen peroxide iaitu bahan antibakteria akan dirangsang sewaktu madu dicairkan. Kesan kuasa antibakteria dalam madu lebah, mampu membunuh sejenis kuman berbahaya yang bernama ‘staphylococcus aureus’.

    Secara tidak langsung, madu juga membantu meningkatkan sistem imun badan manusia.

    6. Menjaga Sistem Pencernaan

    Madu terbukti berkesan untuk memberi rawatan mencegah bakteria H.pylori, yang menjadi punca utama jangkitan dalam usus dan ulser perut. Madu juga merupakan agen prebiotik yang berkesan, selain menjadi makanan bakteria baik dalam usus, iaitu bakteria yang menjaga sistem pencernaan dan kesihatan badan keseluruhannya.

    Kajian terhadap 150 orang kanak-kanak penghidap gastroenteritis akut, menunjukkan mereka yang menerima madu dengan larutan rehidrasi oral sembuh daripada cirit-birit dengan lebih baik, berbanding yang tidak meminum madu.

    Mereka yang meminum madu juga sembuh lebih cepat dan tidak kerap membuang air kecil. Namun, pengambilan madu perlu dalam kuantiti sederhana, kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan cirit-birit menjadi semakin teruk.

    7. Membantu Penjagaan Kesihatan Mulut

    Penjagaan kesihatan dan kesegaran mulut dapat ditingkatkan dengan pengamalan madu dalam diet seharian. Madu mencegah plak gigi, gingivitis dan periodontitis. Sifat antioksidan pula, mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan karies gigi.

    Madu bersifat kurang kariogenik. Kariogenik ialah makanan manis hingga menyebabkan karies gigi. Kajian ke atas lapisan gigi yang diletakkan madu dan jus buah menunjukkan, jus buah menghakis enamel gigi dalam tempoh 10 minit. Manakala madu, menunda proses itu sehingga 30 minit kemudiannya. Bahkan kesan hakisannya tidak begitu ketara berbanding enamel gigi yang diletakkan dengan jus buah.

    Penutup

    Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi. Bahkan khasiat ini sudah diketahui dan digunakan dalam bidang perubatan sejak 5,000 tahun lalu, juga sebagai bahan penting dalam penjagaan kesihatan.

    Pengamalan madu sehingga hari ini sebagai makanan tambahan, bahkan termasuk dalam produk kecantikan meneruskan ‘budaya’ madu sebagai daripada kepentingan hidup manusia. Hal ini sangat baik lantaran khasiat madu yang sudah terbukti juga disokong oleh kajian sains di serata dunia.

    Setiap Pagi Saya Amalkan Madu Ni!

    “Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar

    Keterangan Lanjut