Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Sistem imunisasi adalah sistem perlindungan atau pertahanan dalam tubuh badan manusia, yang berfungsi menangkis radikal bebas yang boleh menyebabkan serangan pelbagai penyakit.
Organ dan tisu sistem imunisasi termasuk limpa, apendiks, nodus limpa, kulit dan tulang sum-sum. Setiap anggota ini menjalankan peranan berbeza bagi melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit.
Jika sistem imunisasi tidak berfungsi dengan baik, badan tidak akan mendapat perlindungan sewajarnya. Akibatnya, badan akan mudah jatuh sakit lantaran terdedah kepada pelbagai jenis patogen, termasuk bakteria dan virus.
Dalam tubuh manusia, sistem imunisasi terbahagi kepada dua jenis, iaitu sistem imunisasi semulajadi yang terbentuk sejak dilahirkan dan sistem imunisasi adaptif. Contoh sistem imunisasi semula jadi adalah kulit, membran mukus usus dan tekak.
Sistem imunisasi ini adalah barisan hadapan pertahanan terhadap patogen, iaitu agen biologi yang boleh menyebabkan penyakit, atau disebut juga sebagai ‘mikroorganisme parasit’.
Manakala, sistem imunisasi adaptif pula adalah sistem imunisasi yang terbentuk selepas mendapat vaksin atau apabila badan diancam penyakit. Sistem imunisasi jenis ini membina antibodi yang mampu membezakan pelbagai jenis patogen.
Sel-sel sistem imunisasi secara amnya merupakan jenis sel darah putih. Termasuk juga sel B yang menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan seperti selesema dan sel isyarat seperti sel T yang membantu CD4 menghantar mesej di sekeliling sistem imunisasi.
Molekul sistem imunisasi termasuk sitokin dan antibodi. Kedua-duanya ini berfungsi memberi amaran kepada pelbagai bahagian sistem pertahanan ini jika terdapat bakteria berbahaya.
Ada waktunya, sistem pertahanan ini akan melemah dan kurang berfungsi dengan baik. Perkara ini mungkin disebabkan oleh penyakit, tekanan, gaya hidup tidak sihat dan corak pemakanan yang tidak baik.
Pemakanan atau diet yang baik sangat mempengaruhi fungsi sistem imun. Selain mengamalkan makanan seimbang mengikut piramid makanan, boleh juga menambah penggunaan madu sebagai ikhtiar dalam menguatkan sistem pertahanan badan.
Madu asli yang tidak ditapis dan tidak dipastur (dipanaskan untuk membunuh bakteria) bebas natrium dan lemak atau diproses secara berlebihan akan memusnahkan nutrisi dalam madu.
“Alhamdulillah pembelian Madu Sidr Sihaté kali kedua. Beli untuk emak yang juga pesakit dialisis sbg makanan tambahan. Juga sangat berkesan utk hilangkan batuk.” — Mohd Faizul
Madu penuh dengan khasiat asid amino, vitamin, mineral, karbohidrat, zat besi, kalium, magnesium dan antioksidan. Madu juga mempunyai sifat antimikrob yang boleh mengurangkan keradangan. Pengambilan madu setiap hari boleh membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh lantaran sifat antioksidan, antimikrob dan antibakterianya boleh melawan jangkitan virus dan bakteria.
Madu merupakan pilihan terbaik sama ada dijadikan sebagai makanan ataupun untuk tujuan perubatan. David Wolfe, pengarang Superfoods menjelaskan bahawa produk berasaskan lebah dianggap sebagai salah satu makanan yang mempunyai unsur spiritual, dan ajaib di Bumi serta salah satu makanan super dan sumber pemakanan khasiatnya terkumpul dalam satu.
Penyelidikan oleh Michigan State University membuktikan madu adalah pembina sistem imunisasi dengan sifat antioksidan, antibakteria dan antitumor. Hal ini dibuktikan dengan, kehadiran dua molekul bioaktif utama iaitu flavonoid dan polifenol yang bertindak sebagai antioksidan. Bahan molekul bioaktif ini membantu dalam meneutralkan radikal bebas dalam badan.
Menurut penyelidikan oleh Jabatan Imunogenetik, Institut Penyelidikan BuAli, Universiti Sains Perubatan Mashhad, di Iran, sejenis gula, iaitu nigerooligosakarida yang terdapat dalam madu, mempunyai kesan immunopotentiation atau perubahan kadar peningkatan tindak balas imunisasi. Bahan bukan gula madu juga bertanggungjawab untuk imunomodulasi (perubahan dalam sistem imun badan, disebabkan agen yang mengaktifkan atau menekan fungsinya).
Malah kajian lain mengenai khasiat madu oleh saintis di Universiti Memphis, Amerika Syarikat yang diterbitkan pada 2020, menunjukkan bahawa madu manuka meningkatkan pembebasan sejumlah sitokin, yang menjadi unsur penting untuk tindak balas imun. Sitokin ini membantu sel darah putih mencari dan menghapuskan tisu yang dijangkiti atau rosak.
Madu sewajarnya lebih kerap diambil sebagai amalan seharian tanpa apa-apa keraguan lagi. Komposisi khasiat yang terkumpul dalam madu bukan sahaja bersifat melindungi tubuh daripada sebarang jangkitan, tetapi turut melawan organisma dan bakteria yang mengakibatkan penyakit pada masa sama.
Sebab itulah, madu penting untuk diamalkan secara berterusan. Sumber ‘phytonutrient’ untuk diet harian yang terkandung dalam madu sangat bermanfaat sebagai ‘immune booster’ demi perlindungan diri sepanjang hari.
“Ini adalah repeat order kali ke-2. Saya sangat berpuas hati dengan Pine Honey dari Sihaté ini. Ia memberi kesan yg sangat baik utk kesihatan terutama bagi mereka yg ada darah tinggi dan kolestrol tinggi serta lain-lain penyakit.” — Norliza Mohd Salleh
Organic Pine Honey
“Ini adalah repeat order kali ke-2. Saya sangat berpuas hati dengan Pine Honey dari Sihaté ini. Ia memberi kesan yg sangat baik utk kesihatan terutama bagi mereka yg ada darah tinggi dan kolestrol tinggi serta lain-lain penyakit.” — Norliza Mohd Salleh