Minyak Zaitun Boleh Membantu Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

26 April 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Khasiat minyak zaitun yang pelbagai, sangat berkesan untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi golongan ibu mengandung. Manfaatnya juga sangat mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan. Terutamanya minyak zaitun dari jenis Extra Virgin Olive Oil (EVOO) iaitu minyak zaitun dari perahan pertama buahnya yang sangat berkualiti, dan membantu membekalkan nutrisi secukupnya untuk ibu hamil.

    Kadar nutrisi yang tinggi dalam minyak zaitun juga membantu perkembangan janin semasa dalam rahim. Selain dapat mengelakkan kesan-kesan negatif terhadap kandungan sepanjang tempoh kehamilan.

    Minyak Zaitun Membantu Melengkapkan Perkembangan Bayi

    Minyak zaitun mengandungi hampir semua nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil dan penting dalam perkembangan bayi seperti zat besi, vitamin E, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin K, kalsium, protein, lemak, kalori dan sebagainya.

    Minyak zaitun sangat tinggi kandungan vitamin A yang mampu memperkuat sistem imunisasi badan ibu hamil. Dalam tempoh kehamilan, dengan mengamalkan makanan yang mempunyai vitamin A seperti minyak zaitun dapat menjaga dan melindungi ibu hamil dan bayi dalam kandungan daripada jangkitan dan penyakit.

    Selain itu, dapat mengurangkan risiko keletihan, loya dan muntah-muntah terutamanya semasa awal kehamilan. Vitamin A juga membantu perkembangan janin dalam kandungan, terutamanya bahagian mata, selain berupaya mencegah kecacatan.

    Selain vitamin A, minyak zaitun juga kaya dengan vitamin E yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Vitamin E turut terdapat dalam minyak sayuran, bijirin, kacang dan sayur-sayuran berdaun hijau.

    Vitamin E Sangat Membantu

    Bagi wanita hamil, kekurangan vitamin E mungkin boleh menyebabkan komplikasi seperti pra-eklampsia (tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan pada sistem organ seperti hati dan buah pinggang) dan bayi yang dilahirkan lebih kecil daripada ukuran yang sewajarnya. Sebab itulah pengambilan vitamin E sangat digalakkan semasa awal kehamilan terutamanya pada trimester pertama.

    Vitamin E sangat membantu dalam perkembangan kepala embrio dan mata, sistem saraf serta meningkatkan kemampuan kognitif dan daya berfikir bayi.

    Bahkan, dengan vitamin E dapat membantu mencegah kecacatan bayi serta meminimakan risiko terjadinya kelahiran pra-matang. Vitamin E juga menolong bayi yang masih belum matang agar ginjal dan pankreasnya berfungsi secara normal. Selain itu, bagi ibu hamil, vitamin E ini turut membantu mengelakkan enemia iaitu kekurangan sel darah merah yang kesannya sangat buruk kepada ibu hamil sendiri dan kandungannya.

    Manfaat minyak zaitun yang juga mengandungi vitamin K akan bertindak sebagai antioksidan yang memerangi efek negatif dalam badan dan dapat melindungi tubuh dari radikal bebas (hasil sampingan dari proses pengolahan makanan menjadi tenaga) dan menjaga ibu hamil daripada masalah-masalah kehamilan lain.

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut

    Ketika terbebas dari radikal bebas ini, ibu hamil akan menjadi lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti dengan sebarang penyakit. Ini juga memberi kesan positif kepada bayi dalam kandungan.

    Kelebihan Kandungan Omega-3

    Kandungan Omega-3 turut membantu perkembangan bayi. Banyak kajian yang membuktikan bahawa ibu hamil sangat memerlukan pemakanan yang mengandungi omega-3, termasuklah minyak zaitun.

    Omega-3 begitu penting bagi pertumbuhan bayi dari awal kehamilan sehinggalah kepada fasa kelahirannya. Terutamanya untuk perkembangan jantung, otak, mata termasuklah mempengaruhi ketinggian dan berat bayi sewaktu dilahirkan.

    Dalam aspek perkembangan bayi juga, minyak zaitun turut membantu perkembangan psikomotor bayi, iaitu refleks (reflex action) bayi terhadap apapun yang ada di sekelilingnya yang berkaitan dengan pergerakan, kekuatan dan kecerdasan fizikal. Hasilnya, bayi akan mempunyai refleks psikomotor yang lebih peka dan baik.

    Kesimpulan

    Minyak zaitun boleh dikonsumsi oleh ibu hamil dengan pelbagai cara, termasuklah dengan meminumnya secara terus, mencampur dengan makanan lain seperti salad atau sebagai bahan dalam tumisan masakan. Ataupun, minyak zaitun itu disapu pada bahagian-bahagian tertentu, seperti di bahagian belakang badan dan sebagainya.

    Jadi, bagi ibu mengandung wajar mengamalkan minyak zaitun sebagai salah satu ikhtiar kesihatan dan rawatan. Sebabnya, minyak zaitun sangat membantu tubuh mendapatkan nutrisi optimum untuk perkembangan bayi yang sihat serta memberi banyak kebaikan kepada ibu hamil itu sendiri.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut