6 Manfaat Minyak Zaitun Terhadap Kesihatan Lelaki

19 April 2022
4 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Minyak zaitun sangat popular sebagai salah satu superfood yang menyediakan manfaat yang begitu banyak, apatah lagi dalam penjagaan kesihatan manusia.

    Selain mengurangi risiko penyakit, ramai yang masih kurang tahu, bahawa minyak zaitun mempunyai khasiat khas untuk golongan lelaki.

    Ya, golongan lelaki harus ambil tahu tentang beberapa manfaat ini:

    1. Membantu Ketidaksuburan

    Salah satu punca kepada masalah ketidaksuburan; jumlah sperma yang tidak cukup, dan tidak sihat, selain kekurangan nutrisi penting. Namun Minyak zaitun dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma secara semula jadi dengan bantuan vitamin E, dan yang begitu banyak terkandung di dalamnya.

    Vitamin yang larut dalam lemak ini telah terbukti melindungi membran sel sperma dari kerosakan oksidatif pada lelaki yang tidak subur (Arab Journal of Urology).

    2. Mengurangkan Risiko Impotensi

    Daripada penelitian kajian, dengan mengamalkan minyak zaitun membantu mengurangkan risiko impotence dan lemah syahwat (Central European Journal of Urology, 2017)

    Menurut penemuan kajian dari University of Athens, sembilan sudu makan minyak zaitun yang diminum selama seminggu, cukup untuk membantu masalah impotensi ataupun masalah mati pucuk sehingga 40%.

    3. Meningkatkan Keupayaan Seksual

    Cukup dengan menjadi sedikit bahan penambah dalam makanan, minyak zaitun dapat membantu mengatasi kelemahan ini.

    Hal ini kerana minyak zaitun berperanan penting dalam meningkatkan kadar testosterone iaitu hormon seks kaum lelaki. Di samping menjaga pembuluh darah, serta melancarkan sistem peredaran darah.

    4. Mengawal Glycemic Index

    Berdasarkan kajian, bilangan pesakit diabetes lelaki adalah lebih tinggi berbanding pesakit dari golongan wanita, bahkan semakin meningkat saban tahun.

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut

    Namun, dengan mengonsumsi minyak zaitun, kadar penyerapan gula (glycemic index) dalam badan dapat dikawal.

    Daripada penelitian kajian juga mendapati minyak zaitun jenis Extra Virgin Olive Oil dapat menurunkan risiko diabetes.

    Minyak Zaitun yang kaya dengan monounsaturated fatty acid sangat membantu menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular selain menormalkan kadar gula dalam darah.

    5. Merawat Masalah Rambut

    Bukan sahaja bagi wanita, rambut juga sangat penting bagi golongan lelaki. Dengan itu masalah botak dan rambut luruh menjadi hal yang sangat perlu untuk diselesaikan.

    Selain itu masalah lain seperti kelemumur, rambut tidak sihat atau rosak mampu dirawat dengan penggunaan minyak zaitun secara luaran sahaja. Selain itu minyak zaitun mampu membuatkan rambut lebih kuat hingga ke akarnya kerana berkhasiat untuk melembabkan lapisan kulit kepala.

    6. Membantu Meningkatkan Kesihatan Mental

    Statistik golongan lelaki yang mengalami masalah mental atau psikologi sangat tinggi dan kian meningkat.

    Bukti kajian menunjukkan pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil) secara konsisten membantu mengurangkan masalah depresi ini. Bahkan minyak zaitun juga sebagai makanan penting yang menolong meningkatkan kesihatan mental.

    Kesimpulan

    Rupa-rupanya minyak zaitun menyediakan khasiatnya yang tersendiri untuk golongan lelaki. Bahkan turut membantu menyelesaikan masalah yang sukar dan terkadang tidak mahu dikedepankan.

    Jadi, bagi golongan lelaki, amalkanlah minyak zaitun ini sekurang-kurang sesudu sehari untuk mengekalkan stamina tubuh badan dan mengelakkan beberapa permasalahan kesihatan lain.

    Namun, dalam semangat untuk mengamalkan minyak zaitun secara konsisten, jangan lupa untuk menyemak keaslian minyak ini sehinggakan ketulenannya diragui.

    Pilihlah minyak zaitun yang asli dan diperakui keasliannya!

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut