Minyak Zaitun Boleh Membantu Mengurangkan Risiko Strok

16 May 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Strok atau angin ahmar adalah penyakit yang disebabkan oleh gangguan pengaliran darah ke otak, yang berpunca daripada saluran tersumbat (thrombotic) atau saluran darah pecah (hemorrhagic stroke).

    Strok menjadi penyakit ketiga tertinggi dan berbahaya yang menyumbang 75% daripada kes kematian di Malaysia. Golongan yang kerap dan berpotensi tinggi mengalami serangan strok adalah yang berumur lebih daripada 65 tahun (J Neurosci Nurs, 1994).

    Satu perangkaan pada tahun 2016 daripada The Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide; di Malaysia pada tahun 2040, setiap seorang daripada empat orang akan diserang strok.

    Perangkaan daripada Monitoring Stroke Burden pada tahun 2017, dijangkakan seramai 150 orang dari 100,000 rakyat Malaysia akan mengalami serangan strok dengan purata 92 kes sehari. Daripada jumlah itu, 40% berusia bawah 60 tahun. Dan ketika ini, dilaporkan kira-kira 32 kematian sehari akibat serangan strok.

    Diet Mediterranean Membantu Mengelak Strok

    Namun begitu, serangan strok boleh dielak dan dicegah daripada awal antaranya dengan pengamalan diet Mediterranean yang mengutamakan pengambilan banyak sayur-sayuran dan protein dari laut, selain minyak zaitun (British Journal of Nutrition, 2014).

    Kajian kesihatan terhadap diet Mediterranean pada tahun 2014, menggunakan minyak zaitun terhadap 20,000 orang subjek. Dan kesannya sangat positif terhadap tekanan darah yang lebih rendah.

    Bahkan keputusan yang menunjukkan bahawa paras asid oleik dalam darah yang lebih tinggi, membuatkan risiko strok menjadi lebih rendah. Minyak zaitun mempunyai kandungan yang kaya dengan asid oleik, selain beberapa makanan lain seperti telur, daging lembu, keju dan lemak itik.

    Dengan itu, para penyelidik mencadangkan minyak zaitun dijadikan amalan. Ini berikutan ia sangat sesuai untuk mengelak daripada strok, selain digunakan sebagai alternatif kepada minyak sayuran lain.

    Minyak Zaitun Terbukti Mengurangkan Risiko Strok

    Terdapat banyak bukti kajian tentang keberkesanan minyak zaitun dalam merawat atau mengurangkan risiko serangan strok.

    Antaranya, terdapat kajian yang menyatakan dengan pengambilan 25 gm (dua atau tiga sudu besar) minyak zaitun sangat membantu membaiki atau mengurangkan aras kolesterol (LDL) dan mengawal gula dalam badan dengan lebih baik.

    Ini juga sekaligus menurunkan risiko penyakit jantung dan strok dengan mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Rendahnya kadar kolesterol dalam darah akan menurunkan risiko strok selain serangan jantung juga.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut

    Selain itu, mengutip The American Journal of Clinical Nutrition, minyak zaitun terutamanya jenis Extra Virgin terbukti memiliki sifat antioksidan yang tinggi sehingga mampu menurunkan tekanan darah kepada pesakit strok.

    Minyak zaitun juga dibuktikan mempunyai kandungan asid lemak mono tak tepu atau Monounsaturated Fatty Acids (MUFA) yang sangat baik untuk kesihatan dan merawat penyakit. Asid lemak mono tak tepu ini juga sangat membantu mengurangkan risiko peradangan, serta melancarkan peredaran darah ke otak.

    Satu kajian review yang melibatkan sejumlah besar subjek, iaitu seramai 841,000 orang juga menunjukkan minyak zaitun adalah satu-satunya sumber lemak mono tak tepu yang boleh mengurangkan risiko penyakit strok dan penyakit jantung koronari.

    Selain itu, para penyelidik mendapati bahawa golongan tua yang mengamalkan minyak zaitun secara konsisten; (sama ada dalam masakan atau sebagai dressing dalam salad) dapat mengurangkan risiko diserang strok sebanyak 41% jika dibandingkan dengan golongan yang jarang mengamalkannya.

    Menyokong kenyataan ini, sebuah kajian dari British Journal of Nutrition yang berjaya membuktikan sebanyak 140,00 orang yang mengamalkan minyak zaitun ternyata memiliki risiko serangan strok yang lebih rendah, berbanding dengan golongan yang tidak meminumnya.

    Begitu juga dengan kajian Journal of American College of Cardiology; pesakit yang mengamalkan sekurang-kurangnya tujuh gram minyak zaitun setiap hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena penyakit jantung koroner dan penyakit kardiovaskular lain.

    Kesimpulan

    Strok berpunca daripada hipertensi (tekanan darah tinggi), cara pengambilan makan yang tidak sihat, tabiat merokok serta gaya hidup yang tidak cukup rehat atau tidur.

    Penyakit strok ini akan membuatkan pesakit mengalami serangan dan kesan yang serius sekiranya tidak dicegah atau dirawat. Jadi, sangat penting untuk pesakit menjaga dan mengawasi kadar tekanan darah dan kolesterol dalam badan.

    Berdasarkan banyak kajian dan pemerhatian, dengan mengamalkan minyak zaitun secara berterusan sangat membantu mengurangkan risiko serangan strok serta beberapa penyakit berkaitan.

    Oleh itu, sama ada kesan secara langsung atau tidak langsung pengambilan minyak zaitun sangat disaran untuk mengelak dan mencegah penyakit ini.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut