Kajian: Minyak Zaitun Membantu Mencegah Penyakit Jantung

27 August 2019
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, penyakit jantung kekal sebagai pembunuh utama di Malaysia untuk tempoh 13 tahun iaitu bermula dari 2005 sehingga 2017 (Sinar Harian, 2019). Kebanyakan kes rakyat Malaysia mula mendapat penyakit ini awal 5 hingga 7 tahun iaitu pada usia 58 tahun berbanding dengan rakyat di Thailand (65 tahun), China (63 tahun), Kanada (68 tahun) dan negara Barat (66 tahun).

    75% kes Sindrom Koronari Akut (ACS) termasuk serangan jantung (AMI) ialah dalam kalangan lelaki manakala 25% perempuan.

    Menurut pakar jantung IJN, Dr Beni Rusani, antara faktor yang menyumbang kepada ramainya lelaki mengalami masalah jantung ialah disebabkan kencing manis, darah tingi, kolesterol tinggi dalam tubuh, faktor usia, merokok, obesiti, kurang bersenam serta sejarah keluarga (Sinar, 2019). Dalam banyak-banyak faktor, ada 3 faktor yang tidak dapat diubah iaitu faktor jantina, umur dan sejarah keluarga.

    Adakah hanya faktor ini yang mendorong kepada banyaknya pesakit jantung dalam kalangan lelaki? Tidak. Antara sebab lain ialah kerana lelaki memiliki sedikit Hormon Estrogen. Hormon Estrogen ini sangat penting bagi wanita kerana ia bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengawalseliaan sistem pembiakan wanita dan sifat seks sekunder. Disebabkan ini seorang wanita akan menghasilkan banyak hormon ini berbanding lelaki. Hormon ini akan melindungi wanita daripada menghidapi penyakit jantung. Kebanyakan wanita mula menghidapi penyakit jantung setelah mereka sudah putus haid.

    Minyak Zaitun Telah Diiktiraf

    Minyak zaitun atau dikenali sebagai Olive Oil diiktiraf sebagai antara minyak yang paling terbaik untuk masakan berbanding minyak kelapa, minyak sayur, minyak jagung dan lain-lain jenis minyak. Ini diakui oleh pakar bio-analitikal kimia dan patologi kimia iaitu Profesor Martin Grootveld di De Montfort University Leicester (DMU). Minyak zaitun datang dari perahan buah zaitun (Olea europaea).

    Pokok-pokok yang menghasilkan minyak selalunya dalam kalangan kumpulan palma. Pokok palma boleh tumbuh di mana-mana sahaja misalnya pokok kelapa. Walaubagaimanapun, minyak zaitun satu-satunya pokok palma yang hanya tumbuh apabila cuaca sekeliling sesuai dengan pertumbuhannya.

    Disebabkan ini, Al-Quran menyatakan bahawa zaitun hanya tumbuh di bumi Sham sahaja kerana hanya cuaca di kawasan bumi Sham yang sesuai untuk tanaman zaitun ini. Kebanyakan minyak zaitun yang ada di pasaran banyak diimport dari kawasan Mediterranean seperti Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.

    Minyak zaitun extra virgin sangat sensitif dengan haba, cahaya dan oksigen. Oleh yang demikian, minyak zaitun extra virgin ini memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengekalkan kesegaran minyak tersebut.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut

    Minyak Zaitun Mampu Mencegah Penyakit Jantung

    Apa yang membuatkan minyak zaitun ini antara minyak yang paling terbaik? Apabila lemak dan minyak dipanaskan, struktur molekul berubah dan menghasilkan bahan kimia yang dinamakan ’aldehydes’. Bahan kimia yang terhasil ini punca berlakunya penyakit jantung dan kanser.

    Mengikut Profesor Martin Grootveld, aldehydes yang dijumpai di dalam minyak jagung dan minyak bunga matahari 20 kali ganda banyak berbanding di dalam minyak zaitun dan ‘rapeseed’/canola oil. Oleh yang demikian, minyak zaitun sangat disarankan untuk gaya hidup yang sihat.

    Minyak zaitun kaya dengan lemak tidak tepu (monounsaturated) dan sedikit lemak tepu (saturated) di mana komponennya yang lebih stabil apabila di masak berbanding lemak poli tidak tepu (polyunsaturated). Satu kajian (Predimed) telah dijalankan ke atas 7000 orang yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit berkaitan kardiovaskular atau dikenali juga sebagai penyakit jantung bagi mengetahui kaitan antara penyakit jantung dengan pengambilan minyak zaitun dalam diet Mediterranean (MedDiet) (Marta et al. 2014)

    Antara mereka yang terlibat ialah mereka yang tidak mengalami masalah jantung sebaliknya menghadapi kencing manis tahap 2 atau 3 daripada faktor berikut iaitu merokok, darah tinggi, tinggi kolesterol LDL (jahat), rendah kolesterol HDL, berat berlebihan dan sejarah keturunan yang menghidapi penyakit jantung yang berumur 55 sehingga 80 tahun dalam kalangan lelaki dan perempuan. Hasilnya, mereka yang mengambil minyak zaitun dalam MedDiet berisiko rendah untuk menghidapi penyakit jantung walaupun mereka ialah golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapinya.

    Untuk setiap 10 gram pengambilan minyak zaitun extra virgin sehari, akan mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit jantung sebanyak 7% hingga 10%.

    Kesimpulan

    Minyak zaitun terutamanya extra-virgin banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita. Kajian PREDIMED menunjukkan bahawa amalan menggunakan minyak zaitun extra-virgin di dalam pemakanan setiap hari dapat merendahkan risiko untuk menghidapi penyakit jantung walaupun kita tergolong di dalam golongan yang tinggi risiko untuk menghadapinya. Minyak zaitun juga berupaya untuk  mengurangkan risiko kanser payudara (Toledo et al. 2015), Alzheimer (Ngandu et al. 2015) dan kencing manis tahap 2 (Salas-Salvadó. 2014).

    Untuk nutrisi yang maksimum, amalkan minyak zaitun extra-virgin setiap hari secara bersahaja dan bukannya digunakan untuk memasak dengan api yang sangat panas. Minyak zaitun extra-virgin terbukti keberkesanannya oleh para pengkaji sains dan seperti yang tertera di dalam Al-quran sebagai makanan yang diberkati.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut