Ketahui 6 Sebab Jus Delima Perlu Diamalkan

26 April 2022
4 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Tahukah anda, anggaran sebiji buah delima yang dijadikan jus mempunyai lebih daripada 40% vitamin C yang diperlukan oleh badan kita dalam seharian.

    Manakala, segelas delima mempunyai sejumlah kecil (antara 1 sehingga 4%) nutrien seperti fosforus, selenium, zink, magnesium, besi, kalsium, dan vitamin B kompleks. Selain terkandung vitamin B2, B5, B6,C,E,K, asid folik, dan potassium.

    Jus dari buah delima asli juga mengandung antioksidan yang lebih tinggi daripada jus buah-buahan lain, iaitu tiga kali lebih banyak daripada teh hijau dan anggur merah.

    Lalu selain manis dan enak, apa lagi kelebihan dan manfaat jus delima ini kepada kesihatan?

    Menguatkan Sistem Pertahanan Badan

    Vitamin C dan E dalam jus bertindak sebagai antioksidan yang menangani penyakit dan jangkitan. Menurut Journal of Current Research in Science Medicine, dua jenis vitamin ini menyokong sistem imunisasi badan dan terbukti menghalang jangkitan penyakit seperti E. coli (Escherichia coli).

    Namun, jika ingin mendapatkan lebih banyak vitamin C, pastikan jus tersebut dari buah delima yang segar. Jus yang dicampur dengan pemanis tambahan hanya akan menghilangkan khasiat di dalamnya.

    Melawan Penyakit Jantung

    Penyakit jantung berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol, lalu mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi. Namun, jus delima dapat membantu melancarkan peredaran darah selain mengurangkan pembentukan lemak pada dinding arteri, serta memperbaiki sel yang rosak.

    Selain itu, bahan dalam antioksidan iaitu flavanoids dan polifenol juga berfungsi melawan kanser dan penyakit jantung.

    Meningkatkan Prestasi Seksual

    Jus delima mampu mencegah kemandulan dan ketidaksuburan. Kandungan antioksidan berupaya memberi kesan baik untuk menghalang tekanan oksidatif. Ini kerana gangguan fungsi sperma dan kurangnya kesuburan wanita berpunca daripada tekanan oksidatif ini.

    Rasa Buah Delima Asli & Sedap!

    “Rasa buah delima yang original dan sangat sedap serta mudah untuk disediakan. Sejak mengamalkan just delima ini, saya semakin sihat dan tidak mudah dijangkiti virus. Dengan asbab jus delima ini, imun badan saya semakin kuat.” — Maziah Gee

    Keterangan Lanjut

    Kelebihan antioksidan dalam jus ini juga dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi selain membantu merangsang hormon testosteron pada lelaki atau wanita.

    Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser Prostat

    Jus buah delima telah terbukti dapat memerangi penyakit kanser prostat ini dengan mengekang pertumbuhan sel-selnya. Dalam satu kajian yang dijalankan, sekumpulan pesakit kanser ini diminta untuk meminum segelas jus delima setiap hari selama enam tahun. Kesannya, didapati tiada pertumbuhan sel kanser yang tinggi berbanding pesakit yang tidak mengamalkan jus delima.

    Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa jus buah delima mampu menyekat dan memperlambat perkembangan kanser prostat selepas rawatan lain tidak berjaya. Dengan mengamalkan jus delima juga, sebagai satu alternatif bagi menangguhkan rawatan hormon atau kimoterapi yang memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

    Menjaga Sistem Penghadaman

    Jus delima juga menjaga sistem penghadaman badan dengan membantu mengurangkan masalah radang pada usus. Hal ini sangat memberi kebaikan kepada pesakit radang usus. Namun, jika mengalami masalah berkaitan cirit-birit, hindari meminum jus delima kerana boleh menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk.

    Mencegah Penyakit Alzheimer

    Penyakit alzheimer, mudah lupa atau nyanyuk sering melanda golongan yang lanjut usia, sama ada lelaki ataupun wanita. Ini disebabkan sel otak yang rosak secara perlahan-lahan sehingga ia mati dan menyebabkan pesakit menjadi pelupa.

    Kandungan antioksidan yang banyak terkandung dalam jus delima diyakini membantu memperlambatkan penyakit alzheimer ini. Kajian oleh Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt menyatakan, meminum jus delima tiga kali atau lebih dalam seminggu, dapat menurunkan kadar penyakit ini sebanyak 76%.

    Walaupun bukanlah sebagai ubat, tetapi usaha ini diyakini dapat membantu mengekalkan daya ingatan di samping mencerdaskan fikiran.

    Penutup

    Tidak terhitung manfaat jus delima ini kepada kesihatan manusia. Jadi sangatlah rugi seandainya mengabaikan kebaikannya begitu sahaja.

    Sebaiknya, bagi menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan bermakan, amalkanlah pemakanan yang seimbang dari sumber yang segar dan baik. Seeloknya, tambahkan jus delima dalam diet pemakanan seharian demi pencegahan dan perawatan kesihatan yang maksimum.

    Walaupun pelbagai jenis jus delima mudah ditemui di pasaran hari ini, pastikan ianya original dan tiada bahan pemanis tambahan yang berlebihan yang pastinya berbahaya kepada kesihatan pula. Pilihlah produk jus delima yang berkualiti demi kesihatan yang lebih terjamin.

    Alhamdulillah Platelet Darah Cepat Naik!

    “Alhamdulillah. Kebetulan kena demam denggi baru² ni and dah minum jus delima beberapa hari sebelumnya alhamdulillah platelet cepat je naik. Rasa pun sedap. InshaaAllah ada rezeki repeat lagi.” — Nana Byul

    Keterangan Lanjut