10 Khasiat Delima Untuk Ibu Hamil

14 April 2022
7 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Jika para ibu hamil sedang memikirkan khasiat tambahan untuk kandungan, delima adalah jawapannya. Bukan sahaja kerana rasa dan bentuknya yang menarik, tetapi buah ini sangat tinggi khasiat dan manfaatnya. Sehinggakan buah ini menjadi hampir ‘wajib’ diambil bagi ibu hamil sebagai diet tambahan.

    Buah delima atau pomegranate juga dikenali dengan nama ‘rumman’ dalam bahasa Arab. Pokoknya jenis renek dengan ketinggian tiga sehingga enam meter, buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada kuning, merah bercampur hijau apabila matang atau masak. Bijinya banyak berwarna merah atau merah jambu lutsinar dengan rasanya masam-masam manis. Sangat mudah untuk memikat hati ibu hamil.

    Jadi, mengapa buah delima sangat disaran kepada golongan ibu hamil? Ini adalah beberapa sebab buah ini perlu ada dalam senarai makanan ibu mengandung.

    1. Mencegah Anemia

    Zat besi merupakan mineral yang berperanan penting dalam pembentukan hemoglobin (sel darah merah). Dengan mengamalkan buah delima yang kaya dengan zat besi, membantu ibu hamil mengelakkan anemia (kekurangan sel darah merah/RBC).

    Delima juga kaya dengan vitamin C yang mengoptimumkan kemampuan tubuh untuk menyerap zat besi.

    Vitamin C dan zat besi berfungsi menurunkan risiko anemia yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang dan risiko buruk lain terhadap kandungan.

    2. Membantu Sistem Pencernaan

    Setengah cawan isi buah delima, mengandungi lima gram serat, sudah memenuhi suku jumlah pengambilan serat, yang disyorkan untuk ibu mengandung. Delima yang kaya dengan serat, akan melancarkan fungsi usus agar lebih selesa.

    Hal ini kerana, ibu hamil selalu merasa perut tidak selesa dan terkena sembelit. Pengambilan buah delima lebih baik dan selamat untuk mengatasi masalah ini berkaitan pencernaan.

    3. Mengurangkan Risiko Masalah Plasenta

    Masalah berkaitan plasenta sangat membimbangkan golongan ibu hamil. Tetapi risiko tersebut boleh dikurangkan dengan mengamalkan jus buah delima. Menurut kajian dalam American Journal of Physiology pada tahun 2012; jus delima terbukti mengurangkan risiko ini.

    Masalah pada plasenta bermula daripada stres oksidatif yang menyebabkan kelahiran pramatang, preeklampsia dan pelbagai komplikasi lain. Sifat buah delima yang tinggi antioksidan dapat membantu ibu hamil menghindarkan diri dan kandungan daripada masalah berkaitan plasenta ini.

    4. Mengelakkan Lenguh Badan dan Kekejangan

    Inilah masalah yang kerap dialami ibu hamil; kekejangan otot dan badan mudah lenguh. Amalkan delima dalam diet seharian, kerana kandungan kalium dalam buah ini penting untuk kesihatan saraf dan otot.

    Kalium juga membantu pengimbangan elektrolisis bagi kesihatan menyeluruh. Secara tidak langsung mengelakkan daripada sakit-sakit ini.

    Rasa Buah Delima Asli & Sedap!

    “Rasa buah delima yang original dan sangat sedap serta mudah untuk disediakan. Sejak mengamalkan just delima ini, saya semakin sihat dan tidak mudah dijangkiti virus. Dengan asbab jus delima ini, imun badan saya semakin kuat.” — Maziah Gee

    Keterangan Lanjut

    5. Mengurangkan Risiko Preeklampsia dan Eklampsia

    Buah delima juga mempunyai zat fitokimia yang sangat baik untuk jantung dan mampu mengawal paras darah tinggi.

    Pengamalan buah delima secara konsisten, terutamanya sewaktu kandungan berusia 20 minggu ke atas, dapat membantu mencegah risiko preeklampsia dan eklampsia. Preeklampsia adalah komplikasi kehamilan yang memberi kesan kepada tekanan darah dan sistem organ lain. Manakala eklampsia merupakan serangan kejang atau sawan akibat tekanan darah tinggi ketika hamil.

    6. Sumber Vitamin K untuk Ibu dan Bayi

    Buah delima juga kaya dengan Vitamin K yang dapat membantu menguatkan tulang ibu hamil dan pembentukan tulang yang sempurna dalam perkembangan tumbesaran bayi. Fungsi lain vitamin K juga mempercepat proses pemulihan darah dan tisu pada badan.

    Sebab itulah, buah delima lebih elok jika diamalkan secara berterusan semasa hamil dan selepas bersalin. Ini kerana selepas bersalin pula, vitamin K membantu mempercepat proses pemulihan darah dan tisu badan. Bahkan, kekurangan vitamin K dibimbangi akan menyebabkan kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran.

    7. Padat dengan Asid Folik

    Amalan meminum secawan jus delima segar merangkumi satu perempat jumlah asid folik yang diperlukan semasa sedang hamil. Asid folik sangat diperlukan dalam perkembangan minda dan fizikal bayi yang sihat.

    Selain itu, asid folik dalam buah delima mengurangkan risiko komplikasi kecacatan tiub saraf pada tulang belakang janin. Selain itu, dapat mengelakkan kecacatan bibir sumbing pada bayi.

    8. Sumber Antioksidan untuk Kandungan

    Kandungan antioksidan dalam buah delima amat tinggi berbanding buah kranberi dan teh hijau. Antioksidan khusus pada buah delima iaitu polifenol dapat membantu melindungi otak bayi daripada kekurangan oksigen semasa proses kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research; dengan mengamalkan jus delima sepanjang tempoh kehamilan, dapat melindungi otak bayi yang baru lahir.

    Malah, sifat antioksidan ini dapat memulihkan radikal bebas yang memudaratkan plasenta. Kandungan antioksidan juga menguatkan kekebalan tubuh ibu untuk melawan jangkitan penyakit.

    9. Membekalkan Zat yang Mencukupi

    Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah delima amat ideal bagi ibu hamil kerana vitamin C memulihkan tisu-tisu badan, mencegah risiko kanser dan mengawal kolesterol. Apabila tisu badan pulih, badan akan berfungsi dengan lebih baik dalam menyerap zat besi dan nutrisi lain.

    Hasilnya, ibu akan lebih mudah mendapat zat yang cukup dan boleh membantu perkembangan bayi dengan lebih baik. Dalam Medical News Today, dikatakan buah delima selain mengandungi pelbagai vitamin, turut terdapat protein, kalium dan serat selain asid akrobat dan asid fumarate yang sangat diperlukan oleh seorang ibu hamil.

    10. Membantu Imunisasi Tubuh

    Buah delima juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutamanya bagi ibu hamil yang memiliki kekebalan tubuh yang lemah dan mudah diserang penyakit.

    Oleh itu, delima sangat efektif untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kerana kandungan vitamin yang tinggi dan pelbagai. Selain kandungan antioksidan, buah delima juga mampu memulihkan banyak penyakit lain seperti penyakit jantung dan buah pinggang.

    Kesimpulan

    Menjaga pemakanan dengan diet yang sesuai sangat penting bagi golongan ibu hamil. Bahkan sangat banyak makanan yang berfungsi efektif untuk menjaga kesihatan selama tempoh kehamilan.

    Salah satunya adalah buah delima, sebagai salah satu makanan terbaik dan sangat sesuai untuk memberi 1,001 kebaikan untuk si ibu dan kandungan, termasuk membantu perkembangan janin di samping menjaga tubuh si ibu.

    Semoga semua ibu hamil yang mengamalkan buah delima sebagai diet seharian; sama ada buah segar atau jus yang diekstrak, mendapat nikmat kesihatan kepada diri dan kandungan mereka sebaiknya!

    Alhamdulillah Platelet Darah Cepat Naik!

    “Alhamdulillah. Kebetulan kena demam denggi baru² ni and dah minum jus delima beberapa hari sebelumnya alhamdulillah platelet cepat je naik. Rasa pun sedap. InshaaAllah ada rezeki repeat lagi.” — Nana Byul

    Keterangan Lanjut