Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Buah delima (punica granatum linn) atau nama Latin klasiknya malum granatum, yang bermaksud ‘epal berbiji’. Delima terdiri daripada pelbagai jenis; delima putih, ungu dan merah. Isinya yang bersinar dan berwarna merah jambu atau merah seperti ‘diamond’ membuatkan buah ini kelihatan sangat menarik, seiring dengan khasiatnya yang mewah.
Kemudian, apa lagi keistimewaan buah ini?
Berikut adalah fakta mengenai buah delima yang perlu diketahui untuk peminat buah ini.
Buah delima merupakan buah-buahan tropika dan sub-tropika yang berasal dari keluarga punicaceae. Dipercayai buah ini berasal dari Himalaya dan Afghanistan. Dalam juga sumber lain; bahawa delima mulai ditanam di negara-negara Asia Barat Daya secara meluas di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Caucasus sejak dahulu lagi.
Sehingga kini pun, buah delima ini sangat mudah ditemui di seluruh Turki, Afghanistan, Algeria, Iraq, India, Iran, Pakistan, Syria, kawasan tropika di Afrika dan kawasan kering di Asia Tenggara termasuklah Semenanjung Malaysia.
Setiap negara mempunyai pelbagai nama tersendiri untuk buah ini; Contohnya, dipanggil granatepped di Belanda, anaar di India, granada di Sepanyol, zakuro di Jepun dan dikenali sebagai thap thim di Thailand.
Pokok delima tergolong dalam kalangan pokok renek dengan ketinggian 3 sehingga 6 meter dan terdapat juga jenis berduri pada hujung ranting.Setiap ranting selalunya akan tumbuh satu sehingga lima kuntum bunga berwarna merah dan kuning. Daun delima berwarna hijau, permukaan daun berkerut, susunan daun bertentangan dengan saiz 5 cm panjang dan 2-3 cm lebar.
Pokok delima selalunya akan berbunga dan berbuah selepas tahun pertama dan memerlukan dua atau tiga tahun untuk berbuah secara maksimum. Richard Ashton dalam bukunya The Incredible Pomegranate menyatakan, pokok delima mampu kekal hidup sehingga 300 tahun dan berbuah selama 25 tahun. Walaupun bersifat tahan lasak, produktiviti pokok akan menurun selepas kira-kira 15 tahun.
Delima bersaiz purata seperti buah oren ataupun buah limau gedang. Iaitu berukuran diameter dari tujuh sehingga 12 cm (2.7 hingga 4.7 inci). Bentuknya juga hampir kepada heksagon.
Delima mempunyai kulit yang agak tebal berwarna kemerahan. Bilangan biji dalam buah delima berbeza daripada 200 sehingga kira-kira 1,400 biji berwarna merah atau merah jambu yang lutsinar.
“Rasa buah delima yang original dan sangat sedap serta mudah untuk disediakan. Sejak mengamalkan jus delima ini, saya semakin sihat dan tidak mudah dijangkiti virus. Dengan asbab jus delima ini, imun badan saya semakin kuat.” — Maziah Gee
Buahnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi kuning, merah bercampur hijau apabila masak. Buahnya pula hanya akan matang selepas lima hingga tujuh bulan. Rasanya masam-masam manis, dan sangat enak jika dijadikan jus minuman.
Buah delima mendapat gelaran ‘super fruit’ kerana terdapat banyak vitamin semulajadi seperti mineral, antioksidan, asid amino dan pelbagai lagi. Kajian sains mendapati, setiap 100 gram bahagian buah delima mengandungi 78% air, 14.5% karbohidrat, 1.6% protein, 0.1% lemak, 5.1% serat, 0.7% mineral, vitamin dan juga tenaga.
Buah delima mengandungi bahan tanin dan asid sitrik, kandungan vitamin C yang tinggi dan boric acid menyebabkan buah ini ada kesan antiseptik yang baik untuk kesihatan manusia. Bukan sahaja buahnya yang berkhasiat, malah bunga, kulit kayu, akar dan daun delima juga mempunyai bahan kimia seperti polifenol yang berguna untuk perubatan.
Hasil penyelidikan, mendapati buah delima boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Pokok delima boleh hidup dalam pelbagai iklim, tetapi bagi pertumbuhan yang baik adalah di tempat bersuhu tinggi dan kering. Inibagi menghasilkan buah yang lebih berkualiti. Dari kajian sains, pokok delima tahan kemarau tetapi dapat sesuaikan dengan suhu dingin di kawasan pertumbuhannya. Penanamannya melalui biji benih, namun boleh juga dilakukan dengan kaedah keratan batang sepanjang 250-300mm (10-12 inci).
Orang Mesir kuno menganggap buah delima sebagai simbol kemakmuran dan kejayaan. Menurut Ebers Papyrus, salah satu penulisan perubatan tertua sekitar tahun 1500 SM; buah delima digunakan oleh orang Mesir untuk merawat jangkitan cacing.
Masyarakat dahulu kala juga menggunakannya dalam ubat untuk gangguan pencernaan dan masalah kulit. Dalam mitos Yunani dan Parsi, buah delima dianggap sebagai lambang kesuburan, kecantikan dan kehidupan abadi. Semasa zaman Rom Purba, wanita yang baru berkahwin memakai mahkota yang ditenun daripada daun delima, dan jus buah delima dimanfaatkan untuk menyembuhkan kemandulan.
Buah delima, mempunyai keistimewaan yang tersendiri, terutamanya dari kandungan khasiatnya yang tinggi dan pelbagai.
Dengan kelebihan inilah, buah delima sudah diterima dan diasimilasikan dalam kehidupan masyarakat sejak zaman dahulu kala lagi. Sesuai dengan kajian saintis yang percaya, buah ini antara tanaman yang tertua selain zaitun, anggur, buah tin dan kurma.
Sehingga hari ini pun, buah delima berterusan menjadi pilihan makanan yang selalu diambil oleh penduduk dunia. Bukan sahaja sebagai buah segar, delima kini boleh didapat sebagai bahan produk lain dengan mudah. Selain jus, produk kecantikan juga sudah banyak mengetengahkan delima sebagai salah satu bahan utamanya. Pun begitu, mengamalkan buah delima yang segar adalah lebih baik dan lebih terjamin manfaatnya.
“Rasa buah delima yang original dan sangat sedap serta mudah untuk disediakan. Sejak mengamalkan jus delima ini, saya semakin sihat dan tidak mudah dijangkiti virus. Dengan asbab jus delima ini, imun badan saya semakin kuat.” — Maziah Gee
Organic Pomegranate Juice
“Rasa buah delima yang original dan sangat sedap serta mudah untuk disediakan. Sejak mengamalkan jus delima ini, saya semakin sihat dan tidak mudah dijangkiti virus. Dengan asbab jus delima ini, imun badan saya semakin kuat.” — Maziah Gee