Cuka Hawthorn Mampu Menurunkan Tekanan Darah

31 May 2022
4 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Seperti buahnya, cuka hawthorn kaya dengan pelbagai vitamin, seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6, C, E serta vitamin K, yang sangat memenuhi keperluan tubuh dan mencegah kekurangan vitamin harian.

    Daripada cuka atau ekstrak hawthorn juga terdapat karotenoid, serat, karbohidrat (fruktosa). Selain asid organik seperti sitrat dan tartaric. Termasuk kandungan mineral seperti, zat besi, kalsium, zink, fosforus, potassium, kobalt, kalium, tembaga, dan magnesium.

    Khasiat dalam buah hawthorn yang dijadikan cuka juga cukup untuk melengkapkan keperluan nutrien yang membantu semua organ berfungsi dengan baik termasuklah sistem perjalanan darah menjadi lebih teratur.

    Buah Hawthorn Kaya Antioksidan

    Selain buahnya, daun hawthorn termasuk bunganya juga sudah lama digunakan sebagai minuman kesihatan dan dalam perubatan.

    Dalam perubatan tradisional cina sejak dahulu kala, buah hawthorn menjadi satu makanan yang sangat disyorkan bagi membantu merawat tekanan darah tinggi. Ini kerana buah hawthorn mengandungi bahan kimia yang digelar ‘flavonoid’ yang mempunyai kesan antioksidan yang tinggi.

    Umumnya, antioksidan sangat berkesan menghalang radikal bebas atau melindungi tubuh daripada penyakit dan jangkitan kuman.

    Selain itu, antioksidan sangat membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan menguatkan saluran darah serta merangsang aliran darah dari jantung.

    Kandungan antioksidan juga berkesan terhadap penyakit kardiovaskular dan penyumbatan vaskular. Ini merupakan pencegahan yang baik daripada penyakit yang melibatkan serangan seperti strok atau masalah jantung.

    Maknanya, peredaran darah baik memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang paling maksimum. Ini kerana cuka hawthorn juga dapat menguatkan sistem imunisasi pada masa yang sama.

    Maka, dengan pertahanan tubuh badan yang kuat, proses membersihkan darah serta sistem perjalanan darah juga menjadi lancar dan tidak tersekat.

    Organic Carob Cider Vinegar

    Cuka Carob mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda. Keterangan Lanjut

    Cuka Hawthorn Mampu Mengawal Hipertensi

    Dalam satu kajian, ekstrak hawthorn didapati berkesan untuk mengawal hipertensi (tekanan darah tinggi). Kumpulan subjek diberikan 1,200 mg ekstrak hawthorn setiap hari selama 16 minggu. Hasilnya, tekanan darah mereka menjadi lebih rendah daripada yang sebelumnya.

    Ini disokong dengan kajian lain pada tahun 2002, sebanyak 38 pesakit yang mengidap hipertensi ringan diberikan tambahan 500 mg ekstrak hawthorn. Selepas 10 minggu, sebanyak 19 subjek menunjukkan penurunan dalam tekanan darah mereka.

    Kajian selama 10 minggu pula memperlihat kesan pengambilan ekstrak hawthorn terhadap 36 orang yang tekanan darah mereka sedikit meningkat. Hasilnya, selepas pengambilan ekstrak hawthorn yang konsisten memberikan kesan sangat baik dalam penurunan darah.

    Dalam penelitian lain juga membuktikan; ekstrak hawthorn boleh bertindak sebagai vasodilator, iaitu mampu mengendurkan saluran darah yang tersekat dan membantu melebarkan saluran darah. Ini secara tak langsung dapat menurunkan dan mengurangkan tekanan darah.

    Dengan itu, para penyelidik membuat konklusi bahawa golongan yang mengamalkan 500 mg ekstrak hawthorn setiap hari mampu mengurangkan tekanan darah diastolik (nombor bawah bagi bacaan tekanan darah) dan dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dengan baik.

    Kesimpulan

    Walaupun telah mengalami proses penapaian sebagai cuka, cuka hawthorn masih mengandungi khasiat dan manfaat daripada buahnya yang asli. Selain memiliki kepelbagaian dari aspek rasa, cuka hawthorn lebih tahan lama dan boleh digunakan dalam pelbagai cara makanan sama ada melalui masakan atau dimakan secara terus.

    Sama ada didapati dari buahnya yang asli, ekstraknya ataupun sebagai cuka, penggunaan buah hawthorn dalam makanan sangat membawa manfaat yang tak ternilai. Cukup dengan hidangan yang kecil sahaja sehari, cuka hawthorn sudah memenuhi kekurangan enzim yang bermanfaat.

    Organic Carob Cider Vinegar

    Cuka Carob mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda. Keterangan Lanjut