Cuka Carob Mampu Mengawal Kolesterol

31 May 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh sistem tubuh untuk berfungsi dengan baik. Biasanya kolesterol dihasilkan dalam bahagian hati dan didapati daripada sumber makanan yang berasaskan haiwan.

    Terdapat dua jenis kolesterol iaitu, kolesterol baik atau High Density Lipoproteins (HDL) yang membantu menyokong fungsi sistem badan.

    Manakala kolesterol buruk iaitu Low Density Lipoproteins (LDL) yang mendedahkan tubuh dengan bahaya jika tidak dikawal. Kolesterol buruk atau jahat ini akan menjejaskan kesihatan jika tahapnya terlalu tinggi, termasuklah risiko berlaku keradangan kronik atau ‘aterosklerosis’.

    Kolesterol Punca Kepada Aterosklerosis

    Aterosklerosis adalah masalah yang berpunca daripada bahagian dalam arteri (pembuluh darah) yang semakin mengecil kerana pembentukan plak.

    Situasi ini berlaku apabila plak ini menyempitkan lumen dan mengganggu perjalanan darah sehingga tidak dapat dialirkan melalui arteri ke bahagian organ badan seperti jantung dan otak.

    Akibatnya, aliran darah tersumbat yang adakalanya boleh pecah dan membentuk darah beku. Jika berlaku pada bahagian jantung, ini akan menyebabkan serangan jantung koronari.

    Manakala, jika aliran darah ke bahagian periferi bermasalah, mengakibatkan penyakit arteri periferi atau Peripheral Artery Disease (PAD) yang boleh merosakkan organ. Begitu juga dengan otak yang tidak menerima bekalan darah dengan cukup, akan menyebabkan serangan strok atau angin ahmar.

    Pada tahun 2004, sekitar 9% atau 4,000 daripada 50,000 pesakit dirawat di hospital kerajaan meninggal akibat aterosklerosis, berbanding dengan kematian akibat kanser sebanyak 7%.

    Jadi, pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak ikan membantu menurunkan LDL dan meningkatkan paras HDL.

    Selain itu, terdapat saranan untuk pengambilan cuka carob sebagai pilihan lain, namun fungsinya tetap sama dalam menurunkan kadar kolesterol yang tinggi.

    Carob Melawan Kolesterol

    Cuka carob berasal daripada buah carob (Ceratonia Siliqua) yang popular di negara-negara Mediterranean. Buah ini diproses menjadi serbuk, sirap sebelum dijadikan cuka.

    Organic Hawthorn Cider Vinegar

    Cuka Hawthorn mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran serta sesuai digunakan untuk rawatan. Keterangan Lanjut

    Carob juga sering digunakan sebagai pengganti coklat selain dijadikan bahan perasa dalam manisan dan masakan. Namun, disebabkan manfaatnya yang tinggi terhadap kesihatan selain ciri-ciri perubatannya, carob dikenali sebagai makanan yang mengawal dan melawan kolesterol.

    Namun, cuka carob mempunyai lebih banyak flavonoid, protein, mineral, asid fenolik, fenol serta antioksidan yang tinggi. Bagi pesakit hiperkolesterolemia iaitu keadaan kolesterol yang tinggi dalam darah, mungkin ada berita baik dengan pengamalan cuka carob.

    Ini kerana carob terkenal kaya dengan kandungan serat dan polifenol dapat membantu mengawal paras kolesterol jahat. Sebab itulah carob dianggap ejen yang berpotensi untuk merawat hiperkolesterolemia.

    Terdapat satu kajian klinikal, secara rawak yang diadakan oleh sekumpulan penyelidik di The Complutense University Madrid, Sepanyol. Keputusan kajian tersebut diterbitkan dalam Plant Foods for Human Nutrition journal.

    Kajian tersebut mengkaji kesan serat tak larut yang kaya dengan polifenol dalam carob, mempengaruhi tahap lemak dalam darah.

    Seramai 88 orang yang mengalami hiperkolesterolemia dijadikan subjek dalam kajian selama empat minggu ini. Hasilnya, subjek yang diberikan carob sebanyak 4 gram ekstrak buah carob (mengandungi 80% polifenol) dua kali sehari menunjukkan penurunan jumlah kolesterol mereka.

    Seperti yang ingin dibuktikan dalam kajian ini, carob membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mencegah dan merawat hiperlipidemia iaitu kadar lemak atau kolesterol yang tinggi dan tidak normal.

    Kajian ini juga membuktikan carob sebagai diet yang sesuai dalam mengurangkan risiko penyakit strok dan jantung, walaupun terdapat beberapa sumber makanan lain yang dapat membantu mengawal paras kolesterol seperti barli, epal, daging ayam dan kacang.

    Jangan lupa, selain menyelesaikan masalah kolesterol carob juga berfungsi baik dalam merawat sistem pencernaan agar berjalan acar, termasuklah berkaitan dengan cirit-birit, pedih ulu hati dan muntah, selain mempunyai tindakan anti-refluks. Disebabkan itulah carob dipilih menjadi bahan tambahan dalam susu formula untuk bayi.

    Penutup

    Penyakit yang melibatkan kolesterol meninggalkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan. Dengan itu, cara selamat adalah mengawal cara pemakanan agar peningkatan kadar kolesterol dapat dielakkan.

    Antara cara terbaik dalam mengawal kolesterol adalah dengan mengurangkan makanan tinggi lemak trans (Trans Fat) dan gula putih yang menjadi punca saluran darah tidak anjal lalu darah tidak mengalir dengan baik ke organ dalaman.

    Dengan itu, amalkankan cara pemakanan yang sihat, seperti cuka carob sebagai permulaan penjagaan kesihatan yang optimum.

    Organic Hawthorn Cider Vinegar

    Cuka Hawthorn mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran serta sesuai digunakan untuk rawatan. Keterangan Lanjut