Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Sembelit adalah suatu gangguan sistem pencernaan yang menyebabkan kesukaran ketika membuang air besar. Keadaan ini selalunya membuatkan rasa tidak selesa pada bahagian perut ataupun rasa sangat sakit ketika membuang najis. Hal ini kerana pesakit perlu berusaha keras, dengan meneran kuat bagi mengeluarkan najis. Manakala keadaan najis pula tidaklah semestinya keras, berketul atau kering.
Masalah sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air, atau otot kolon mengecut secara lambat menyebabkan najis bergerak ke arah kolon dengan cara yang sangat perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering.
Kesannya perut pesakit akan berasa tidak selesa, sakit dan buncit selain bau mulut dan badan yang tidak menyenangkan, badan juga cepat berasa letih dan mengantuk serta hilang selera makan.
Sebab berlakunya sembelit apabila kurang atau jarang membuang air besar seperti kurang daripada tiga kali seminggu. Ini juga disebabkan kerap mengabaikan isyarat membuang air besar atau sering menahan dan menunda pembuangan najis. Selain itu apabila kurang minum air dan makan makanan serat juga boleh menyebabkan sembelit, termasuklah kurang melakukan aktiviti sosial.
Apapun, sembelit masihlah dalam kategori masalah kesihatan biasa yang dialami hampir semua penduduk dunia, namun dikatakan golongan warga emas yang berusia 65 tahun ke atas lebih berisiko untuk mengalami masalah sembelit ini.
Hal yang boleh membantu adalah dengan minum air yang lebih banyak iaitu sekurang-kurangnya tiga liter sehari bagi mengubati dan mencegah daripada sembelit. Minumlah air apabila terasa dahaga, itu isyarat mudah bagi mengetahui badan memerlukan air ketika itu.
Selain air, pengambilan minyak zaitun juga sangat membantu, minumlah setiap pagi bagi memudahkan pelancaran pembuangan air besar.
Bukan sahaja khasiat untuk banyak penyakit lain, tetapi sangat bagus untuk sistem penghadaman dan pencernaan. Ini telah dibuktikan dengan kajian dari Journal of Renal Nutrition pada tahun 2015, yang menemukan potensi besar minyak zaitun sebagai penyelesaian masalah sembelit.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan minyak zaitun dapat menyelamatkan pesakit sembelit selain memelihara sistem pencernaan melalui beberapa cara.
1. Melancarkan Sistem Usus
Minyak zaitun dapat melincirkan lapisan usus kerana terdapat bahan aktif di dalamnya yang berfungsi sebagai ubat untuk merawat sembelit. Ini membuatkan makanan mudah melalui usus besar.
Umumnya, masalah sembelit berlaku disebabkan sistem usus yang bergerak lambat. Dengan itu vitamin K, vitamin E, omega 3, antioksidan, dan asid lemak (fatty acid) yang terkandung dalam minyak zaitun dapat merangsang penguncupan usus.
Apabila semakin besar penguncupannya, feses (sisa pencernaan dari zat-zat yang tidak lagi berguna bagi tubuh) yang tersumbat di bahagian usus akan lebih mudah ditolak ke dubur dan dikeluarkan dari tubuh dengan mudah.
2. Meningkatkan Fungsi Pundi Hempedu
Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil ‘Cholecystokinin’ dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu (Portal rasmi MyHealth)
Minyak zaitun merupakan bahan yang sangat baik untuk merangsang rembesan cecair hempedu dari pundi hempedu disebabkan sifatnya yang sedikit berasid.
Oleh itu, kandungan lemak (Monounsaturated fatty acids) yang terdapat dalam minyak zaitun berfungsi menolak pundi hempedu untuk melepaskan enzim pencernaan agar cepat mencerna makanan yang masuk.
“Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad
Selain membantu mengeluarkan batu hempedu dari tubuh, minyak zaitun juga dipercayai dapat mencegah pembentukan batu hempedu di dalam pundi hempedu. Dengan itu penyakit batu hempedu (batu karang hempedu) dapat dielakkan.
3. Membantu Mencegah Radang
Helicobacter pylori (H. pylori) adalah sejenis bakteria yang sering menyerang bahagian perut, terutamanya golongan kanak-kanak. Jika serius, bakteria ini dapat mengakibatkan jangkitan dan luka pada bahagian lapisan dinding perut. Dan, masalah sembelit juga berlaku.
Minyak zaitun akan membantu menstabilkan kembali sistem pencernaan yang diakibatkan oleh bakteria ini. Bahkan asid lemak (Monounsaturated fatty acids) yang ada dalam minyak zaitun turut memperkuat lapisan lendir pada usus yang lemah.
Terdapat banyak cara untuk mengatasi sembelit dengan hanya menggunakan minyak zaitun.
Pertamanya, minyak zaitun boleh terus diambil secara terus tanpa apa-apa campuran pada setiap pagi, iaitu sesudu semasa perut masih kosong dan belum bersarapan. Cara ini juga boleh diamalkan pada waktu malam sebelum tidur. Minum minyak zaitun secara terus seperti ini mampu untuk merawat sistem pencernaan dan melancarkan masalah pembuangan air besar.
Boleh juga dengan mencampurkan minyak zaitun ke dalam air minuman, seperti air kosong yang suam serta beberapa jenis minuman lain seperti susu yang masih hangat. Ini sangat membantu melembutkan feses (najis) yang keras, selain ini membuatkan usus lebih lembab supaya tidak sakit semasa proses membuang air besar.
Pengambilan minyak zaitun juga boleh dicampur bersama lemon atau kopi, iaitu sebanyak dua sudu. Ini sebagai satu proses untuk mencuci usus besar dan berfungsi sebagai julap juga.
Selain daripada minuman, campuran minyak zaitun ke dalam makanan juga sangat digalakkan. Jadikan minyak zaitun sebagai bahan utama dalam menumis, deep fry atau memanggang, sesuai dengan jenis-jenis minyak zaitun yang sepatutnya digunakan. Termasuklah salad, boleh jadikan minyak zaitun sebagai bahan dressing.
Minyak zaitun juga boleh dicampurkan dalam jus buah atau sayuran, lebih banyak kandungan seratnya adalah lebih bagus. Ini sangat penting untuk membuatkan proses buang air besar lebih teratur dan lancar.
Tuntasnya, minyak zaitun sangat membantu masalah sembelit ini; sama ada dengan menghentikannya ataupun mencegah daripada berlaku. Pun begitu tidak ada takat atau had tertentu dalam usaha merawat sembelit dengan menggunakan minyak zaitun ini. Bahkan tidak terdapat dos medik yang diaturkan sebagai ubat untuk mengatasi masalah sembelit ini.
Namun, daripada penelitian dan kajian yang kesannya menyembuhkan, sesudu atau dua dalam sehari sudah memadai sebagai amalan berterusan. Ini kerana dalam sesudu itu, minyak zaitun sudah menyediakan sebegitu banyak nutrien yang sangat mencukupi untuk keperluan tubuh dalam seharian.
Tetapi, penggunaannya secara berlebihan juga dibimbangi akan memudaratkan masalah sedia ada, seperti cirit-birit yang kronik, elergi, hipoglikemia (kadar gula darah merosot lebih rendah) dan sebagainya. Jadi berpadahlah dalam mengonsumsinya. Paling utama, cari dan amalkanlah minyak zaitun yang asli dan tulen!
“Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad
Teenzeytun
“Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad