Kajian: Minyak Zaitun Extra Virgin Mampu Mencegah Kanser Payudara

23 September 2019
6 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Kanser merupakan pembunuh kedua tertinggi di dunia yang menyumbang kepada 8.8 juta kematian pada 2015 (Institusi KanserNegara). Malaysia mencatatkan 66.8% untuk penghidap kanser payudara 5 – year relative survival (RS) pada tahun 2007 – 2011. Kanser payudara merupakan punca utama kematian wanita di Malaysia dan seluruh dunia.

    Punca Kanser Payudara
    Punca sebenar kanser payudara masih lagi belum ditemui tetapi kajian telah menemukan beberapa faktor yang mendorong kepada risiko kanser payudara. Terdapat 2 jenis risiko iaitu risiko tidak boleh dikawal dan risiko yang boleh dikawal.

    Sumber Gambar: Utusan Borneo

    Faktor risiko tidak boleh dikawal:

    • Wanita yang berumur 50 tahun ke atas 8 ke 10 kali ganda lebih berisiko untuk mendapat kanser.
    • Wanita 10x ganda lebih berisiko.
    • Sejarah keluarga menghidapi kanser payudara.
    • Sekiranya anda pernah di diagnosa kanser payudara suatu ketika dahulu.
    • Lebih awal datang haid yang pertama ketika kanak-kanak.
    • Faktor keturunan – mempunyai ibu atau adik-beradik perempuan yang ada kanser payudara.

    Faktor risiko boleh dikawal:

    • Mengambil alkohol secara berlebihan.
    • Tidak menyusukan anak untuk tempoh 1-2 tahun.
    • Kurang bersenam.
    • Mengambil rawatan gantian hormon.

    Tahap Kanser Payudara
    Kanser payudara boleh terbahagi kepada empat tahap iaitu:

    • Tahap 1

    Ukuran ketumbuhan kurang dari 2 cm dan hanya berlaku di sekitar payudara sahaja.

    • Tahap 2

    Ukuran ketumbuhan antara 2 cm sehingga 5 cm. Selain payudara, ia juga akan mula mensasarkan nodus limfa yang terletak di bahagian bawah ketiak.

    • Tahap 3

    Ukuran ketumbuhan 5 cm dan bahagian lain yang terlibat termasuk nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

    • Tahap 4

    Ketumbuhan akan mula menjalar ke bahagian selain payudara seperti nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

    Cara Mengesan Kanser Payudara

    1. Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSD)

    Peruntukkan 1 minit semasa mandi untuk memeriksa sekiranya terdapat benjolan di sebahagian atau keseluruhan payudara, permukaan kulit kasar, sakit puting dan sebarang lendiran dari puting. Ambil perhatian sekiranya perubahan pada tekstur kulit atau pembesaran liang kulit payudara seakan kulit buah oren.

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut

    2. Ujian Klinikal

    Dapatkan temu janji dengan pegawai perubatan di klinik atau hospital sekiranya anda berumur kurang dari 40 tahun.

    3. Mamogram

    Untuk wanita yang melebihi umur 40 tahun, cara yang paling berkesan ialah dengan melakukan mamogram. 80% sehingga 90% kanser payudara pada peringkat awal dapat dikesan melalui cara in.

    4. Ultrasound Payudara

    Untuk mereka yang berumur bawah dari 35 tahun.

    5. Biopsi Tisu

    Sebahagian atau keseluruhan tisu yang disyaki kanser akan diambil untuk di diagnosa sama ada ianya sel kanser ataupun tidak.

    Perlu diingatkan bahawa pemeriksaan lanjut perlu dilakukan sekiranya terdapat tanda-tanda kecil yang dinyatakan di atas. Ini kerana bukan semua jenis simton yang anda kesan menjurus kepada kanser payudara. Misalnya 8 daripada 10 benjolan adalah bukan kanser dan kesakitan payudara yang dialami. Peringkat awal kanser payudara tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung. Selain itu, kajian mendapati bahawa 80% dari wanita yang mendapat kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga.

    Tips Pencegahan Kanser Payudara

    1. Bersalin anak pertama sebelum umur 30 tahun.
    2. Memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya 6 bulan.
    3. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
    4. Kurangkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak.
    5. Elakkan berat badan yang berlebihan.
    6. Bersenam sekurang-kurangnya 4 jam seminggu
    7. Tidak mengambil minuman beralkohol.

    Pemakanan Yang Betul Membantu Mencegah Risiko Kanser Payudara
    Sehingga ke hari ini tiada satu kajian yang betul-betul tepat berkaitan makanan yang boleh membantu merawat kanser payudara. Walaubagaimanapun, banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan pemakanan yang sihat dan seimbang mampu untuk meningkatkan sistem imun dan membantu mengurangkan risiko kanser payudara anda serendah mungkin.

    Terdapat satu kajian dijalankan ke atas 4282 wanita yang berumur 60 hingga 80 tahun dan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung selama 6 tahun bermula dari tahun 2003 sehingga 2009. Mereka dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu kelompok pertama mengamalkan diet Mediterranean beserta minyak zaitun extra-virgin, kelompok kedua diet Mediterranean beserta  campuran kacang dan yang ketiga diet Mediterranean yang rendah lemak.

    Hasilnya, kelompok pertama iaitu yang mengamalkan diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun extra-virgin dapat mengurangkan risiko dari terkena kanser payudara sebanyak 62% (Toledo et al. 2015). Tambahan, wanita yang mengambil 15% minyak zaitun extra-virgin sebagai sumber tenaga menunjukkan pengurangan risiko untuk menghidapi kanser payudara yang ketara berbanding mereka yang mengambil 5% minyak zaitun extra-virgin.

    Diingatkan bahawa kajian yang dijalankan ini tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti adakah mereka yang terlibat pernah membuat pemeriksaan mamogram, hanya warga sepanyol sahaja yang terlibat dan sebagainya. Justeru kita tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan minyak zaitun extra-virgin semata-mata sebaliknya perlu di amalkan bersama dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

    Minyak zaitun extra-virgin kaya dengan bahan antioksida semula jadi yang sangat ‘power’ seperti Hydroxytyrosol. Menurut kajian yang dijalankan oleh Marina Cruz-Lozano dan Adrian Gonzalez, Hydroxytyrosol mungkin dapat menggantikan bahan ‘chemopreventive’ untuk merawat penyakit kanser payudara negatif ketiga(TNBC). Hydroxytyrosol  bertindak secara langsung ke atas sel stem kanser payudara dengan cara mengurangkan bilangannya, sifat aggresif sel kanser tahap 3  dan mengawal kapasiti sel tersebut dari berganda.

    Kesimpulan
    Kanser payudara merupakan pembunuh kedua wanita seluruh dunia dan yang pertama di Malaysia. Walaupunbagaimanapun, kanser payudara  boleh dirawati dan jika dikesan awal ia boleh disembuhkan hampir 100% (Institusi Kanser Negara). Oleh yang demikian pemeriksaan sendiri payudara (PSD) perlu dilakukan bagi mengesan simtom awal kanser payudara  ini disamping mengamalkan diet pemakanan yang sihat seperti diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun extra-virgin supaya risiko untuk mendapat kanser payudara dapat dikurangkan. Selain itu, diet Meditterranean yang kaya dengan penggunaan minyak zaitun extra-virgin juga terbukti dapat mencegah daripada penyakit berkaitan kardiovaskular atau penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan Alzheimer.

    Nak Minyak Zaitun Extra-Virgin Original dari Turkey?
    Klik: Saya Mahu

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut