Bukti Saintifik: Khasiat Minyak Zaitun Untuk Pesakit Diabetes Jenis 2

3 September 2019
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    FAKTA KENCING MANIS

    Malaysia merupakan negara yang tertinggi penghidap penyakit Diabetes di Asia dan antara kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi menurut Pengerusi Eksekutif National Diabetes Institute(NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong. Seramai 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidapinya. Kementerian Kesihatan Malaysia  merekodkan kematian sebanyak 26,452 kes berpunca dari Diabetes pada tahun 2017. Pada 2011, kerajaan dan sektor swasta Malaysia menanggung kos perubatan sebanyak RM 2.01 billion setahun untuk penyakit Diabetes sahaja.

    Diabetes terjadi apabila kandungan gula dalam darah melebihi tahap normal atau dipanggil hiperglisemia. Kandungan gula berlebihan ini berlaku kerana 2 perkara iaitu pancreas gagal untuk menghasilkan insulin yang secukupnya kepada tubuh badan atau kerana sel dan tisu gagal untuk menyerap gula yang terkandung di dalam darah.

    Diabetes terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

    • Diabetes Jenis 1

    Dikenali sebagai diabetes awal remaja. Terjadi kerana kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.

    • Diabetes Jenis 2 (T2D)

    Terjadi kerana penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan.

    • Diabetes Gestasi

    Berlaku ketika hamil.

    • Diabetes bentuk lain

    Terdapat diabetes yang berlaku disebabkan faktor genetik, pembedahan, dadah, kurang zat pemakanan, jangkitan dan penyakit lain.

    Walaupun masyarakat India di Malaysia merupakan gologan minority di Malaysia tetapi Diabetes Jenis 2 banyak terjadi kepada mereka iaitu sekitar 24.9% diikuti dengan Melayu 16.9% dan Cina 13.8% pada tahun 2011 (Mafauzy et al. 2011). 90% pesakit yang mengalami Diabetes adalah dari jenis 2 (T2D).

    Diabetes Jenis 2 terjadi disebabkan pancreas gagal menghasilkan insulin yang secukupnya atau sel dan tisu gagal untuk menyerap insulin yang dilepaskan (rintangan insulin). Hasilnya, kandungan gula yang terkandung dalam darah tidak diserap oleh sel dan gula terus kekal tinggi di dalam darah. Antara punca Diabetes Jenis 2 adalah berbadan gemuk, berat badan yang berlebihan, peningkatan usia, sejarah diabetes dalam keluarga, bangsa, mengandung serta kurang bersenam. 75% pesakit Diabetes Jenis 2 mengalami masalah obesiti atau berat badan yang berlebihan (Zaki et al. 2010).

    Nota: Insulin merupakan hormon yang dihasilkan pancreas dan diperlukan untuk membawa gula ke dalam sel dan tisu.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut

    Diabetes turut meningkatkan risiko kepada komplikasi penyakit hati, kegagalan buah pinggang, kematian pramatang, buta dan amputasi (potong kaki). Tambahan, Diabetes yang tidak dikawal akan mengundang risiko untuk menghidapi penyakit jantung 2 hingga 4 kali ganda berbanding mereka yang tidak ada Diabetes.

    KHASIAT MINYAK ZAITUN UNTUK PESAKIT DIABETES JENIS 2

    Gambaran buah dan minyak zaitun.

    Bermula tahun 2000, banyak kajian telah dijalankan ke atas minyak zaitun. Antara penemuan yang sangat menarik ialah kandungan bahan antioksida yang tinggi di dalam minyak zaitun seperti hydroxytyrosol yang hanya ada pada minyak zaitun dan tyrosol. Tyrosol berupaya untuk melindungi sel Beta pankreas dari tidak berfungsi yang seterusnya mengurangkan rintangan insulin (Lee at al. 2015). Justeru glukos dapat diserap sel dan tisu badan dan mengurangkan kandungan gula dalam darah.

    Pada tahun 2015, ada satu kajian yang dijalankan ke atas 642 pesakit untuk mengetahui tentang yang mana satu memberi manfaat kepada rintangan insulin sama ada pengambilan minyak zaitun di dalam MedDiet atau rendah lemak di dalam diet. Kajian tersebut merumuskan bahawa pesakit yang menghidapi rintangan insulin pada otot atau otot dan hati terbukti dapat dikurangkan dengan mengamalkan minyak zaitun dalam MedDiet (Blanco-Rojo et al. 2015). Ini terjadi kerana kandungan lemak mono tidak tepu di dalam minyak zaitun extra-virgin yang tinggi bertindak membantu untuk mengurangkan rintangan insulin.

    Tambahan, minyak zaitun extra-virgin yang digabungkan sekali dengan ‘conjugated’ linoleic acid (CLA) juga dapat melindungi dari berlaku rintangan insulin (Baraldi et al. 2016).

    Minyak zaitun extra-virgin juga terbukti untuk mengurangkan komplikasi buta untuk pesakit Diabetes Jenis 2 sebanyak 40% (Salas-Salvado et al. 2014). Kandungan antioksida yang tinggi dalam minyak zaitun membantu mengurangkan kerosakan yang berlaku disebabkan oleh tekanan oksidatif yang berpunca dari kandungan gula yang tinggi dalam darah.

    KESIMPULAN

    Kebanyakan mereka yang menghidapi diabetes jenis 2 tidak menyedarinya sehinggalah mereka tiba-tiba terkena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah, buta dan terpaksa dilakukan amputasi. Pada 2015, World Heart Federation menyatakan bahawa kira-kira 5 juta pesakit diabetes seluruh dunia mati akibat kegagalan fungsi jantung. Seorang pesakit Diabetes meninggal setiap 7 saat.

    Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 2824 kajian berkaitan MedDiet dengan pengurusan Diabetes Jenis 2 pada tahun 2015 menyokong pengambilan minyak zaitun extra-virgin dalam MedDiet dalam mengawal gula dalam darah dan risiko penyakit kardiovaskular berbanding diet yang terkawal seperti diet rendah lemak (Esposito K et al. 2015).

    Justeru, pengambilan minyak zaitun extra-virgin yang digabungkan dengan MedDiet sangat dianjurkan untuk mencegah dan mengawal Diabetes Jenis 2 (Schwingshackl et al. 2017).

    Nak Minyak Zaitun Extra-Virgin Original dari Turkey?
    Klik: Saya Mahu

     

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut