Penggunaan Gas Nitrogen Mengekalkan Kualiti Minyak Zaitun?

22 June 2020
4 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Kenapa perlu gas nitrogen?

    Gas nitrogen banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan dan pembungkusan. Hal ini kerana gas nitrogen murah, mudah didapati dan selamat untuk digunakan.

    Nitrogen digunakan bagi menggantikan oksigen. Oksigen boleh memberi ancaman terhadap makanan yang dibungkus kerana oksigen mampu untuk membuatkan makanan tersebut teroksida dan menggalakkan pertumbuhan microorganisma (Welt dan Connaughton, 2017).


    Banyak pengilang makanan menyedari akan kepentingan untuk menggunakan gas nitrogen untuk memastikan jangka hayat sesuatu produk tersebut bertahan lebih lama (American Chemistry, 2010).
    Antara cabaran utama untuk memastikan kualiti makanan ini terjaga ialah perlunya oksigen di dalam pembungkusan makanan tersebut untuk mengekalkan tekstur dan warna.
    Contohnya, pembungkusan daging merah memerlukan sedikit kandungan oksigen supaya warna dan tekstur daging tersebut dapat dikekalkan.
    Jadinya, ini cabaran kepada pengilang untuk melaraskan supaya kandungan nitrogen dan oksigen yang dikenakan selaras dengan kondisi yang diperlukan makanan tersebut.

    Kegunaan Gas Nitrogen Dalam Pembotolan Minyak Zaitun

    Di dalam pembotolan minyak zaitun, oksigen mampu untuk mencemarkan kandungan Vitamin E, K, ‘Phenolics’ dan khasiat lain yang ada dalam minyak ini.

    Justeru, penggunaan gas nitrogen ini sangat digalakkan bagi memastikan jangka hayat dan kualiti minyak zaitun ini terjaga.

    Walaubagaimanapun, penggunaan gas nitrogen bukanlah sesuatu yang diwajibkan di dalam industri pembungkusan dan perbotolan.

    Sebagai contoh di dalam pembotolan minyak zaitun, bukan menjadi kewajipan untuk setiap ladang mengenakan gas nitrogen ke dalam setiap botol.

    Sebelum minyak zaitun dibotolkan ke dalam botol-botol kecil untuk diedar, minyak ini akan diletakkan di dalam 1 tangki simpanan yang sangat besar yang boleh memenuhi 1000kg minyak.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut

    Tangki ini kedap udara dan penutupnya di ‘seal’ dengan getah. Gas nitrogen akan dimasukkan sekiranya ruangan tangki ini banyak kosong bagi memastikan kandungan oksigen yang ada dalam tangki tersebut pada tahap minima.

    Tangki simpanan minyak zaitun Sihaté di Turki.

    Ada beberapa situasi yang tidak memerlukan suntikan gas nitrogen. Contohnya, jika tahap minyak dalam tangki ini hampir penuh, gas nitrogen tidak diperlukan kerana kandungan oksigen yang ada dalam tangki tersebut sangat sedikit untuk mencemarkan keseluruhan minyak dalam tangki tersebut.

    Tetapi sekiranya ruang kosong di dalam tangki tersebut makin banyak kerana sebahagian minyak sudah diisi ke dalam bekas yang lebih kecil, maka gas nitrogen akan disuntik untuk memastikan ruang yang ada tidak dipenuhi dengan oksigen.

    Kilang pemprosesan Sihaté di Turki mula mengenakan gas nitrogen di akhir musim sejuk sekiranya minyak tersebut belum dibotolkan.

    (Baca:  7 TIPS PEMILIHAN MINYAK ZAITUN (EVOO) YANG ASLI DAN PALING TERBAIK)

    Ketika musim sejuk, suhu yang rendah mengurangkan aktiviti tindak balas kimia dari berlaku terhadap minyak zaitun berbanding suhu ketika panas. Suhu persekitaran yang panas meningkatkan aktiviti tindak balas kimia berlaku dengan lebih cepat.


    Minyak Zaitun Extra-Virgin Sihaté 250ml

    20% Diskaun Untuk Belian Minyak Zaitun Extra-Virgin Sihaté Di Shopee

    Penutup

    Seperti yang kita ketahui, ancaman kepada minyak zaitun ialah haba, cahaya dan udara (oksigen). Justeru, minyak zaitun yang dibotolkan beserta gas nitrogen tidak mencukupi bagi memastikan kualiti minyak tersebut berapa pada tahap tertinggi.

    Cara penyimpanan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kualiti minyak ini terjaga. Misalnya, penggunaan kontena sejuk beku untuk membawa masuk minyak dari luar negara memberi jaminan tambahan terhadap kualiti minyak tersebut.

    Minyak zaitun extra-virgin Sihaté menggunakan sepenuhnya kontena sejuk beku bermula dari kawasan ladang di Milas, Turki sehingga kontena tiba di gudang penyimpanan Sihaté di Kota Bharu.

    Berbulan-bulan lamanya minyak ni berada dalam persekitaran yang sejuk sekitar 8 – 12 darjah selsius bagi memastikan tiada tindak balas kimia berlaku sepanjang perjalanan minyak ini diimport.

    Minyak Zaitun Extra-Virgin Sihaté di dalam kontena sejuk beku.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut