Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Terdapat lebih kurang 80 jenis penyakit disebabkan masalah sistem imunisasi badan. Tahukah anda, jika sistem imunisasi lemah dan kurang aktif maka lebih mudah tubuh badan diserang penyakit, selain tempoh untuk sembuh juga lebih lama?
Ini kerana sistem pertahanan atau imunisasi badan berperanan penting dalam melawan penyakit dan membantu tubuh untuk sembuh. Jika tubuh badan tidak mempunyai sistem pertahanan yang betul-betul kebal atau lemah, penyakit akan lebih berkepanjangan dan akan menyebabkan gejala lain seperti alergi.
Namun, bagaimana pula untuk mengenali tanda-tanda sistem imunisasi yang semakin lemah? Berikut beberapa cirinya;
Demam merupakan isyarat bahawa tubuh kita sedang aktif melawan bakteria, virus atau kuman yang terjangkiti.
Ketika berlakunya jangkitan, secara automatik tubuh akan mengalami kenaikan suhu untuk melawan mikroorganisme. Jadi, semakin kerap demam, semakin keraplah tubuh bekerja keras mempertahankan diri. Ini juga bermaksud daya tahanan badan tidak berada dalam keadaan yang baik.
Begitu juga dengan selesema yang kerap, menandakan sistem pertahanan badan yang kurang aktif. Jika kerap selesama,sinus atau pneumonia, melebihi dua kali setahun; mungkin diperlukan antibiotik bagi membantu membaiki semula sistem imunisasi badan.
Ketika luka, tubuh akan mengeluarkan protein khusus yang dialirkan melalui darah untuk menumbuhkan sel pada kulit bagi menyembuhkan luka tersebut.
Namun, proses ini sangat bergantung pada sistem imunisasi tubuh, sama ada cepat atau sebaliknya. Jika sistem imunisasi berada dalam keadan baik, maka pertumbuhan sel dan penyembuhan luka akan lebih cepat. Tetapi, jika sistem pertahanan badan semakin lemah dan tidak aktif maka luka juga akan lebih lambat sembuh.
Masalah seperti sering kembung, cirit birit dan sembelit menandakan sistem imunisasi terganggu dan bermasalah.
Sebenarnya, hampir 70% sistem pertahanan badan terdapat dalam saluran pencernaan. Bakteria baik dan mikroorganisme yang hidup di dalamnya berfungsi melindungi usus dari jangkitan dan mempertahanan tubuh.
“Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad
Namun, ketika jumlah bakteria baik ini berkurang, maka tubuh akan mudah terdedah dengan serangan virus dan menyebabkan radang yang kronik dan berlaku gangguan autoimun (sistem imun tubuh yang menyerang sel atau tisunya sendiri).
Letih dan penat yang dimaksudkan adalah tidak bertenaga, berasa seperti lemas atau tidak bermaya, walau telah mendapat tidur dan rehat yang cukup.
Barangkali itu disebabkan sistem imunisasi yang semakin lemah dan menurun, tetapi tetap bekerja keras untuk melindungi tubuh agar tidak dijangkiti penyakit.
Konklusinya, ketika sistem pertahanan ini bermasalah, kekuatan tenaga juga ikut terganggu. Semakin kuat sistem imunisasi bekerja, semakin banyak tenaga yang perlu digunakan. Nah, inilah sebabnya badan menjadi begitu letih.
Ketika imunisasi badan menurun atau mengalami masalah, sistem pencernaan juga mengalami halangan untuk menyerap pelbagai nutrisi. Ketidakseimbangan nutrisi seperti ini akan menyebabkan penurunan dan kenaikan berat badan secara mendadak. Hal ini sangat tidak menyihatkan!
Depresi atau stress merupakan salah satu petanda pertahanan badan yang lemah, rosak atau tidak stabil. Sistem imunisasi yang lemah itu gagal untuk menghantar sel inflamasi yang disebut sitokin ke otak, yang menjadi penyebab depresi.
Selain itu, stress turut mempengaruhi limfosit, iaitu bahagian sel darah putih yang berperanan memerangi jangkitan. Semakin lama tempoh stress atau depresi, kekuatan sistem imunisasi tubuh turut merosot dan mudah dijangkiti penyakit.
Sebenarnya, begitu penting sistem imunisasi dalam badan kita; seperti sebuah kubu pertahanan yang melindungi dan melawan serangan penyakit daripada mendekati tubuh.
Oleh itu jangan sesekali membiarkan sistem penting ini menjadi rosak, lemah dan bermasalah. Caranya adalah dengan menjaga kesihatan diri, melalui pemakanan yang bergizi dan bernutrisi, serta lakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian. Selain itu, jagalah kebersihan, cukupkan tidur dan rehat di samping uruskan stress dengan betul.
Lakukan pencegahan jangkitan lebih awal dengan menjaga sistem imunisasi badan yang betul. Paling penting, elak penyakit adalah lebih baik daripada merawatnya!
“Alhamdulillah pembelian Madu Sidr Sihaté kali kedua. Beli untuk emak yang juga pesakit dialisis sbg makanan tambahan. Juga sangat berkesan utk hilangkan batuk.” — Mohd Faizul
Sidr Honey
“Alhamdulillah pembelian Madu Sidr Sihaté kali kedua. Beli untuk emak yang juga pesakit dialisis sbg makanan tambahan. Juga sangat berkesan utk hilangkan batuk.” — Mohd Faizul