Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Madu; bukan sahaja manis, tidak sebagai pengganti gula semata-mata, bahkan bukan sebagai penambah perasa dalam dessert sahaja. Malah lebih daripada itu, madu sangat penting kepada kesihatan dan sangat diperlukan dalam bidang perubatan.
Madu bukan sahaja ciptaan Allah yang ‘superfood’ tetapi hampir ajaib. Kekayaan khasiat madu bukan sahaja terbukti melalui kajian sains dan eksperimen, tetapi turut disebut dalam al-Quran dengan sahih; bahawa makanan dalam al-Quran yang dinyatakan dengan jelas sebagai ubat adalah madu.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (al-Nahl: 69)
Sebagai ubat, madu dijadikan sebagai bahan alternatif untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti batuk dan sukar tidur. Namun, meminum madu sahaja pastilah tidak cukup untuk mendapatkan khasiatnya secara maksimum, jika cara pengambilan madu tersebut tidak betul atau tidak tepat.
Jadi bagaimana cara pengambilan madu yang betul, agar madu tersebut menjadi ubat? Jom semak cara-caranya, agar madu itu menjadi penyembuh kepada penyakit.
Terdapat cara dan pelbagai petua untuk mengesahkan keaslian madu melalui fizikalnya. Antaranya madu yang asli tidak dihurung semut melainkan terdapat campuran gula di dalamnya.
Bahkan terdapat petua popular bagi menetukan keaslian madu yang mungkin boleh diaplikasikan bagi mengalpasti ketulenan madu, antaranya;
Pertama, pilihlah madu paling gelap warnanya dan likat.
Kedua, tuangkan satu sudu madu kecil ke dalam sebuah piring. Siramkan air suam dan goncang sedikit piring tadi. Jika madunya asli, akan kelihatan bentuk seperti corak heksagon atau sarang lebah.
Keaslian madu sangat penting untuk menjadikan madu tersebut sebagai ubat, bukannya minuman manis semata-mata. Bahkan yang paling baik adalah madu yang asli, bukannya yang dicampur pengawet atau pewarna.
Penting untuk mengetahui kuantiti yang wajar diambil, agar tidak menjadi berlebihan dan mendatangkan mudarat pula, seperti berasa mual dan muntah.
“Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar
Contohnya, pengambilan madu dalam setengah sehingga dua sudu teh sebelum tidur adalah disarankan bagi mengubati batuk. Namun cara ini dilarang dilakukan terhadap bayi, melainkan usianya setahun ke atas.
Masa dan waktu semasa meminum madu juga penting bagi mendapatkan khasiat madu serta mengembalikan kesembuhan dengan pantas. Antaranya untuk merawat sakit di bahagian kepala seperti migrain, masa pengambilan yang disarankan adalah antara waktu subuh hingga sebelum habis waktu dhuha.
Selain itu, untuk rawatan sakit di bahagian pinggang ke bawah badan, adalah dengan meminum madu pada waktu zohor sehingga asar.
Cara pengambilan madu juga membantu menjadikan sesuatu rawatan lebih mujarab atau sebaliknya. Ada sesetengah rawatan memerlukan madu diminum begitu sahaja, malah ada rawatan lain yang memerlukan madu dicampur dengan air suam dan sebagainya.
Contohnya seperti merawat demam, madu dicampur bersama air putih dan diminum sebelum sarapan, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur.
Ini bermaksud, cara kandungan atau campuran madu tersebut disediakan sebelum diminum sebagai ubat. Contohnya, mengacau madu dengan air suam mengikut arah lawan jam kerana dikatakan semua perkara yang dilakukan ikut arah lawan jam akan menghasilkan tenaga.
Oh ya, cara ini sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah berkaitan perut dan usus.
Keadaan suhu badan juga penting dalam menentukan cara pengambilan madu. Selalunya, bagi mengubati sakit lantaran suhu badan yang tinggi, madu dibancuh mengikut suhu badan tersebut. Jika suhu badan panas, letaklah madu dahulu di dalam gelas. Kemudian, tuangkan air. Bancuhan sebegini, akan membantu menyejukkan badan.
Manakala, jika suhu badan lebih sejuk pula, tuang air dalam gelas dan diikuti dengan madu. Cara ini pula dipercayai untuk menghangatkan badan.
Tidaklah menjadi satu kesalahan pun jika tidak mengikuti cara-cara meminum madu ini, lantaran khasiat yang sudah mewah terkandung dalam madu itu sendiri.
Pastinya, kita boleh meminum madu, mengikut waktu dan kuantiti yang kita suka dan selesa. Namun, bagi mendapat kesan mujarab dan lebih berkesan, tentu ada cara dan aturan tertentu. Barangkali dengan cara itu membantu kesembuhan penyakit dengan lebih cepat dan lebih berkesan.
“Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar
Habbatus Sauda Flower Honey
“Rasa yang baru! Setiap pagi saya amalkan. Alhamdulillah rasa Sauda Flower Honey Sihaté kene dengan tekak saya. Sangat2 memberi kesan pd kesihatan kami terutama pd parents saya. Terima kasih di atas pengeluaran produk berkualiti.” — Norfazlina Jaffar