5 Jenis Minyak Zaitun Yang Perlu Anda Tahu

19 April 2022
6 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Minyak zaitun atau olive oil adalah lemak yang diperolehi daripada perahan yang diekstraksi daripada buah zaitun atau nama saintifiknya Olea Europaea. Pokok zaitun sangat telah lama dijadikan tanaman tradisional serta bahan bakar penting, dan terkenal sebagai ‘minyak kaya manfaat’.

    Minyak zaitun juga terdiri daripada beberapa jenis yang diklasifikasikan berdasarkan proses pembuatannya, kualiti serta tujuan penggunaan. Dengan itu pemilihan minyak zaitun yang tepat berdasarkan kegunaannya juga sangat penting.

    Berikut terdapat lima jenis minyak zaitun yang perlu diketahui.

    1. Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil)

    Minyak Zaitun Extra Virgin ini adalah yang paling berkualiti tinggi dan terjamin daripada jenis minyak zaitun yang lain. Disebabkan itu ia lebih mendapat perhatian dan permintaan di pasaran. Minyak zaitun jenis ini juga dikenali sebagai minyak zaitun paling menyihatkan kerana tidak melibatkan penambahan bahan-bahan kimia yang menjejaskan kualitinya.

    Minyak Zaitun Extra Virgin diperoleh dengan pengekstrakan mekanikal sejuk tanpa apa-apa pelarut atau kaedah penapisan yang menjejaskan rasa dan bau yang asli. Ini bermakna minyak ini dibuat dengan teknik cold-press yang tidak mengubah sifat kimia dari buah zaitun atau minyak yang dihasilkan.

    Disebabkan itu, Minyak Zaitun Extra Virgin lebih berkhasiat dan berfungsi sebagai pelindung dari penyakit barah, sakit jantung, diabetes, anti-radang dan lain-lain lagi. Bahkan ia bahan terbaik untuk penjagaan kesihatan kulit dan rambut

    Selain itu, Minyak Zaitun Extra Virgin sesuai diminum begitu sahaja dan selamat untuk dijadikan rutin harian. Ia boleh digunakan dalam masakan, tetapi tidak disarankan untuk deep fry yang boleh menjejaskan khasiat dan nutrisi minyak, sebaiknya sebagai dressing salad sahaja.

    2. Minyak Zaitun Virgin (Virgin Olive Oil)

    Virgin Olive Oil ini merupakan minyak yang prosesnya sama seperti Extra Virgin Olive Oil. Minyak Zaitun Virgin ini tidak mengalami proses pemurnian (unrefined) dan pemanasan atau menggunakan bahan kimia. Secara kualitinya, minyak zaitun jenis ini berada di bawah Extra Virgin Olive Oil.

    Kualitinya adalah lebih rendah, dengan keasidan bebas sehingga 2.0%, manakala warnanya lebih ke arah kuning kehijauan dan rasanya juga lebih ringan.
    Penggunaan jenis minyak ini pula terhad hanya untuk makanan dengan api yang kecil sahaja, dan tidak sesuai untuk penggunaan jenis masakan yang berhaba tinggi. Minyak Zaitun Virgin ini juga lebih sesuai untuk perawatan kulit.

    3. Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)

    Minyak Zaitun Asli ini selalunya diolah dari Minyak Zaitun Extra Virgin atau Virgin. Kualitinya adalah lebih rendah sedikit daripada Minyak Zaitun Extra Virgin atau Virgin.
    Harganya agak murah berbanding minyak zaitun yang lain. Warna Pure Olive Oil ini adalah lebih cerah dan terang selain rasanya pula ringan dan neutral. Kadar kandungan asid oleik pula antara 3-4% sahaja.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut

    Minyak Zaitun Asli ini lebih sesuai digunakan dalam masakan, bahkan lebih bagus untuk memasak dalam suhu panas seperti deep fry.

    4. Minyak Zaitun Refined (Refined Olive Oil)

    Minyak Zaitun Refined merupakan minyak yang diperoleh dari minyak zaitun dara dengan kaedah suling yang tidak mengubah struktur gliserida awal.

    Jenis minyak ini diekstrak dari buah zaitun hitam dan matang. Namun ia memiliki kandungan minyak zaitun paling sedikit karena telah melalui proses penyulingan. Kandungan asid oleiknya pula tidak lebih dari 0.3% menjadikan minyak jenis ini tidak terlalu kuat rasanya dan hampir tidak berwarna.

    Minyak Zaitun Refined ini sering digunakan sebagai bahan untuk memanggang dan menggoreng dalam masakan.

    5. Minyak Zaitun Pomace (Pomace Olive Oil)

    Minyak Zaitun Pomace mendapat nama dari ‘pomace’ zaitun iaitu sisa kering yang terdiri daripada kulit buah zaitun, setelah minyak zaitun dara diperah dan diekstrak. Dengan itu, minyak zaitun jenis ini kualitinya lebih rendah dan harganya lebih murah, namun komposisi lemaknya dengan minyak zaitun lain serta manfaat kesihatannya tetap sama.

    Pomace Olive Oil mempunyai smoke point yang tinggi; bermaksud ia sesuai untuk masakan bersuhu tinggi yang tidak merosakkan kualiti minyak, termasuk rasa atau bau. Sering juga digunakan sebagai bahan campuran dalam produk kosmetik, krim dan sebagainya.

    Penutup

    Banyak bukti dan penelitian kajian tentang kebaikan minyak zaitun terhadap kesihatan. Kelebihan serta khasiatnya memang tidak boleh disangkal sehingga banyak digunakan sebagai bahan utama dalam bidang perubatan, kulinari, kecantikan dan sebagainya.

    Bahkan dalam aspek kesihatan, beribu khasiat zaitun lagi yang memberi gambaran bahawa ia sebagai buah ‘hebat’ yang jelas terbukti kebenarannya.

    Malah, dalam perspektif Islam pun mengakuinya; Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali bersama dengan buah kurma, delima, anggur dan buah tin. Ternyata ciptaan Allah ini memiliki ‘kuasa‘ luar biasa untuk kesihatan manusia.

    Diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:

    “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah)

    Namun, dalam usaha untuk mendapat semua manfaat dari minyak zaitun ni, pastikan ianya daripada sumber yang asli dan dari pengeluar yang dipercaya. Ini kerana di pasaran hari ini, 70% minyak zaitun adalah tidak tulen dan ada daripadanya dicampur dengan minyak lain yang berkualiti rendah.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut