10 Manfaat Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

3 October 2022
6 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Rendaman buah tin kering dalam minyak zaitun adalah kombinasi yang mewah nutrien yang bukan sahaja merawat tetapi sebagai pencegah penyakit dan masalah kesihatan.

    Cara ramuan ni diperbuat adalah dengan merendam buah tin kering ke dalam botol kaca dengan minyak zaitun (extra virgin oil). Selalunya sebanyak 40 biji tin kering direndam ke dalam satu liter minyak zaitun dan dibiarkan selama 40 hari, kemudian ia disimpan di tempat yang sejuk dan gelap.

    Bagi kesan yang terbaik, ramuan ini diambil pada setiap pagi sewaktu perut kosong iaitu sebelum sarapan.

    Khasiat Buah Tin Kering Dalam Minyak Zaitun Yang Luar Biasa

    Kedua-dua bahan ini, iaitu minyak zaitun dan buah tin mempunyai aktiviti antioksidan dan antimikrobial yang boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit.

    Buah tin kering mengandungi banyak protein, lemak, energi, glukosa dan mineral dari buah-buahan segarnya. Selain kaya juga dengan mineral seperti serat, kalsium, tembaga, kalium, mangan, besi dan selenium yang semuanya berfungsi penting dalam menjaga kesihatan tubuh.

    Manakala minyak zaitun mengandungi lemak tak jenuh tunggal atau MUFA (Monounsaturated Fat Acids) yang sangat membantu mengurangi risiko pelbagai penyakit, selain melawan radikal bebas dan jangkitan penyakit.

    Dengan itu banyak lagi manfaat rendaman tin kering dalam minyak zaitun ini; dan mengapa setiap rumah perlu memiliki sekurangnya sebotol ramuan ini.

    1. Mencegah Kanser

    Ramuan ini sangat membantu dalam usaha mencegah kanser kerana terdapat kandungan ‘coumarin’ dalam buah tin yang mampu mengurangkan risiko dihinggapi penyakit barah. Terutamanya kanser prostat dan kanser payudara.

    Buah tin juga mengandungi benzaldehid sebagai phenol dan agen antitumor. Manakala, minyak zaitun pula bertindak sebagai pengubat bagi penyakit kanser, selain mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser.

    Terdapat kajian dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol pada 2010, melaporkan bahawa pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah kanser payudara.

    2. Bantu Masalah Kolesterol

    Masalah kolesterol dapat dikurangkan kerana rendaman buah tin ini mengandungi pectin iaitu fiber larut air (yang terdapat dalam buah tin) yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.

    Ramuan ini juga mampu menurunkan paras kolesterol total dan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik). Selain itu dapat mencegah pengoksidaan kolesterol LDL, meningkatkan fungsi endotelium (lapisan dalam saluran darah arteri) selain membantu mengawal tekanan darah dan mengelakkan berlakunya darah beku.

    3. Mengawal Penyakit Jantung

    Rendaman tin dalam minyak zaitun ini sangat sesuai bagi mencegah serangan jantung serta beberapa penyakit kardiovaskular lain seperti strok juga. Ini kerana terdapat kandungan potassium, omega-3 dan omega-6 yang tinggi dan mampu mengawal tekanan darah dan serangan jantung.

    Selain itu, ia juga menjaga jantung dengan menurunkan tekanan darah, mengelak penggumpalan darah, serta melindungi dinding pembuluh darah.

    4. Mengawal Darah Tinggi

    Rendaman buah tin dalam minyak zaitun ini mengandungi kalium yang tinggi yang akan membantu keseimbangan sodium-potassium (yang menyebabkan berlakunya risiko darah tinggi).

    Ini kerana kandungan kalium yang berfungsi mengawal otot jantung, menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan aliran darah, seterusnya mengawal tekanan darah agar sentiasa menjadi normal.

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut

    Kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan buah tin dan minyak zaitun dalam diet harian, membantu menurunkan tekanan darah.

    5. Mengurangkan Masalah Pencernaan

    Buah tin yang bersifat laksatif atau pencuci perut yang membantu mengurangkan masalah sembelit, buasir, sukar membuang air besar, serta masalah-masalah perut yang lain.

    Ramuan ini mampu membunuh bakteria H.pylori yang mengganggu perut kerana mengambil khasiat daripada minyak zaitun extra virgin.

    6. Menjaga Tulang

    Rendaman ini juga mengandungi pelbagai mineral yang penting yang baik untuk tulang seperti kalsium, kalium, dan magnesium. Ia membantu dalam menyihatkan tulang, meningkatkan kepadatan tulang yang selalunya semakin rapuh atas faktor peningkatan usia.

    7. Mengurangi Risiko Depresi

    Rendaman buah tin ini juga membantu dalam mengurangkan stress dan tekanan jika diambil secara konsisten setiap hari. Ia seperti terapi yang menyenangkan kerana sifat semulajadi yang terkandung dalam ramuan ini tanpa campuran atau menggunakan lemak trans.

    8. Membantu Merawat Diabetes

    Ramuan ini membantu penyakit diabetes dengan mempercepat rasa kenyang dan kepuasan selepas makan. Ini kerana terdapat serat dalam buah tin dan minyak zaitun pula membantu menormalkan kadar gula, dan mengawal kadar penyerapan gula dalam darah agar berlaku secara beransur-ansur. Jadi resepi ini sangat sesuai untuk dijadikan menu diet bagi golongan yang obesiti.

    9. Membantu Alzheimer

    Rendaman tin dalam minyak zaitun ini juga mampu mengurangkan keletihan dan kelesuan lantaran aktiviti seharian. Secara tidak langsung dapat mengembali dan memulihkan tenaga semula.

    Campuran minyak zaitun dan buah tin juga sedikit sebanyak membantu merawat alzheimer. Di samping membantu meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.

    Selain itu, ramuan ini juga mampu merawat dan mencegah anemia iaitu kekurangan sel darah merah.

    10. Melegakan Sakit Tekak

    Ramuan ini juga mengandungi kandungan mucus tinggi yang sangat berguna jika mengalami sakit tekak.

    Mucus yang dihasilkan di kerongkong mengandungi sel-sel imun yang menyembuhkan dan melindungi daripada virus, bakteria dan juga bahan asing.

    Rendaman ini juga akan memberi kelegaan jika terkena sakit batuk, termasuklah mengurangkan bengkak atau tonsilitis.

    Kesimpulan

    Minyak zaitun yang dikombinasi dengan buah tin sememangnya menjadi satu campuran khasiat yang luar biasa. Walaupun pengambilannya hanyalah sebagai makanan tambahan sahaja, tetapi ianya mempunyai begitu banyak kelebihan dan keistimewaan kepada kesihatan.

    Sebaiknya ramuan ini diambil dalam kadar yang sederhana, tidak berlebihan dan bersesuaian dengan nasihat doktor juga. Namun, yang terpenting adalah mendapatkan buah tin dalam minyak zaitun ini daripada produk yang tulen dan bukannya tiruan agar dapat menjamin manfaat kesihatan yang maksimum.

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut