Rendaman Tin Kering Dalam Minyak Zaitun Bantu Penjagaan Usus

3 October 2022
4 min baca

Kajian yang teliti tentang kebaikan minyak zaitun dan buah tin terhadap rawatan kesihatan memberikan hasil yang positif dan mengujakan.

Kombinasi buah tin kering dengan minyak zaitun juga sangat berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit seperti; bronkitis, anemia, asma, kolesterol tinggi dan sebagainya.

Begitu juga dengan penyakit berkaitan usus; seperti buasir, gangguan usus, masalah pencernaan, sembelit dan cirit-birit, terbukti mampu dirawat dengan ramuan istimewa ini.

Lalu, bagaimana ramuan ini membantu menyelesaikan masalah berkaitan usus?

1. Membantu Melancarkan Sistem Usus

Selain mengandung lebih banyak protein, lemak, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus dan lain-lain, ramuan ini mengandungi kandungan serat yang tinggi. Khususnya dalam buah tin kering yang kandungan seratnya lebih pekat.

Kandungan serat sangat penting dalam melancarkan sistem usus, iaitu dengan menggalakkan pergerakan usus yang kerap dan licin. Jadi, ramuan rendaman ini sangat membantu melancarkan proses penghadaman, seterusnya dapat mengelakkan sembelit dan masalah cirit-birit.

2. Melegakan Masalah Sembelit

Buah tin adalah sejenis buah yang bersifat laksatif asli (ubat pencuci perut), iaitu dengan pengambilannya mampu mengurangkan masalah sembelit yang kronik dan berfungsi sebagai prebiotik, iaitu sumber makanan untuk bakteria sihat.

Ini ditambah dengan khasiat minyak zaitun yang berupaya melembutkan najis. Jadi, ramuan rendaman ini akan membantu memudahkan proses membuang air besar menjadi lebih lancar. Seterusnya, dapat merawat simptom radang usus.

3. Menstabilkan Sistem Pencernaan

Ramuan rendaman tin dalam minyak zaitun ini juga mengandungi enzim-enzim seperti flavonoid dan ficin yang baik untuk menggalakkan sistem pencernaan dalam perut.

Selain membersihkan lendir dalam usus, ia juga memudahkan proses pembuangan najis tanpa rasa sakit. Bahkan dapat menangani perut kembung atau angin, termasuk masalah sukar membuang air besar.

Selain itu, ramuan ini dapat membantu menstabilkan kembali sistem pencernaan dan merawat sembelit dengan melawan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori) yang menjangkiti dan melukakan bahagian dinding perut.

4. Merawat Penyakit Buasir

Khasiat daripada buah tin juga bertindak sebagai ubat untuk merawat masalah buasir jika diamalkan secara konsisten. Dalam rawatan tradisional, rendaman buah tin yang dibiarkan semalaman sering diamalkan bagi menyelesaikan masalah buasir. Fungsi buah tin yang mampu mengurangkan tekanan pada bahagian rektum dubur mampu menyembuhkan penyakit buasir.

Manakala campuran minyak zaitun yang tidak kurang hebatnya mengandungi asid lemak (Monounsaturated fatty acids) sangat membantu memperkuat lapisan lendir pada bahagian usus yang lemah.

5. Menangani Gastrik

Ramuan rendaman buah tin dalam minyak zaitun ini juga mampu membersihkan najis yang berbaki dalam usus. Ini berikutan usus besar dirangsang untuk membuang najis dan mengosongkannya.

Ini membuatkan perut lebih selesa kerana ia turut membantu menghilangkan rasa pedih dan sakit kerana terdapat membentuk lapisan mucin yang melindungi permukaan dalam perut. Sebab itulah ramuan ini sangat sesuai untuk golongan pesakit gastrik dan GERD.

Barangkali disebabkan ini juga buah tin masak dijadikan sebagai julap semulajadi yang sangat berguna pada zaman dahulu kala.

Kesimpulan

Kajian juga mendapati, terdapat bahan berkhasiat atau polifenol yang lebih tinggi dalam buah-buahan kering seperti buah tin kering ini. Manakala minyak zaitun jenis extra virgin yang mengandungi antioksidan paling tinggi digunakan sebagai rendaman buah tin kering.

Dengan itu campuran kedua-duanya telah menghasilkan ramuan yang terbukti bermutu dan kaya khasiat dalam menangani apa-apa jua masalah kesihatan, terutamanya dalam merawat sistem pencernaan dan penghadaman.

Eksklusif

Rendaman Buah Tin Kering Dalam Minyak Zaitun Asli

Rendaman buah tin kering dalam minyak zaitun asli. Tinggi kandungan Vitamin E, antioksidan fenol dan bermacam lagi yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Keterangan Lanjut