Minyak Zaitun Membantu Turunkan Berat Badan

9 May 2022
6 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Dalam bidang pemakanan, minyak zaitun dikenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan sangat sesuai diambil secara terus atau dijadikan bahan utama dalam sajian.

    Penggunaan minyak zaitun dalam masakan seperti menumis, memanggang, atau sebagai dressing salad juga mestilah mengikut kesesuaian dan jenis-jenisnya, iaitu; extra virgin, virgin olive, pure olive, refined, dan pomace. Semua jenis minyak zaitun ini mempunyai tahap kualiti tersendiri tetapi, minyak zaitun extra virgin adalah yang terbaik.

    Dikatakan masyarakat di wilayah Mediterranean percaya bahawa pengambilan minyak zaitun dengan terus meminumnya adalah lebih baik daripada mengambilnya melalui sajian makanan.

    Dengan itu, mereka turut mengamalkan sebanyak 1/4 cawan (60ml) minyak zaitun setiap pagi sebagai cara mencegah penyakit, menyahtoksik badan, melegakan perut termasuklah membantu penurunan berat badan.

    Minyak Zaitun Sebagai Sumber Diet Terbaik

    Minyak zaitun menjadi sumber diet yang baik kerana terkandung Lemak Tak Tepu Tunggal atau Monounsaturated Fatty Acid (MUFA) yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

    MUFA juga mempunyai satu ikatan karbon tidak tepu tunggal dalam komposisi kimianya dan biasanya bersifat cecair dalam suhu bilik.

    Amalan diet yang kaya dengan MUFA juga terbukti dapat menghalang pengumpulan lemak dan penambahan berat badan. Terdapat banyak bukti kajian yang mengiyakan bahawa MUFA lebih bermanfaat daripada lemak tepu dalam penjagaan berat badan yang sihat.

    Tambahan lagi, minyak zaitun kaya dengan Trigliserida Rantaian Sederhana atau Medium-Chain Triglycerides (MCT) yang mengandungi asid lemak. Ia dipecahkan dengan cepat dan diserap oleh hati, dan digunakan sebagai tenaga.

    Salah satu kajian, yang membandingkan MCT dengan Trigliserida Rantai Panjang (Long-Chain Triglycerides), mendapati bahawa MCT menghasilkan pengeluaran hormon pengatur selera makan yang membuatkan rasa kenyang lebih lama.

    Jadi MCT, sangat berkeupayaan dalam menggalakkan penurunan berat badan dengan meningkatkan pembakaran kalori dan lemak. Terdapat banyak kajian yang membuktikan hal ini.

    Minyak zaitun yang terbukti membakar dengan cepat dapat meningkatkan metabolisme juga. Para penyelidik menyarankan dengan mengambil satu sudu minyak zaitun setiap pagi semasa perut kosong atau sebagai sarapan dapat meningkatkan metabolisme badan sehingga 60%.

    Selain itu, asid oleik atau Ethanolamide Oleoylethanolamide (OEA) dalam minyak zaitun juga bertindak sebagai penentang lemak dengan membantu tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak dalam saluran darah. Ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran darah sehingga ia boleh dibakar.

    Dalam sistem pencernaan dan pengamalan diet, asid oleik berperanan besar dalam ‘melawan’ hormon kelaparan dengan merangsang sel-sel saraf, dan menyampaikan maklumat pada otak bahawa perut telah penuh.

    Minyak Zaitun Untuk Mengawal Berat Badan

    Dengan mengamalkan makanan yang jumlah lemaknya berlebihan, menyebabkan berat badan turut bertambah. Namun, memasukkan minyak zaitun dalam menu seharian secara sederhana, dapat menghalang peningkatan berat badan.

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut

    Dalam sebuah kajian yang dijalankan selama 30 bulan kepada lebih 7,000 pelajar kolej di Sepanyol, pengambilan minyak zaitun tidak dikaitkan dengan peningkatan berat badan.

    Selain itu, satu kajian lain yang dilakukan selama tiga tahun terhadap seramai 187 orang, mendapati pengambilan minyak zaitun yang kerap dikaitkan dengan peningkatan tahap antioksidan dalam darah, serta dapat menurunkan berat badan dengan ketara.

    Begitu juga dengan tinjauan sistematik terhadap 11 kajian secara rawak, mendapati diet yang terdapat kandungan minyak zaitun berjaya mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan dalam tempoh 12 minggu, berbanding mengikuti diet kawalan makanan.

    Cadangan Pengambilan Minyak Zaitun Dalam Diet

    Terdapat 119 kalori dan 13.5 gram lemak dalam 1 sudu besar (15 ml) minyak zaitun. Ini membantu penambahan diet kalori dengan cepat dan berkesan.

    Walaupun kuantiti minyak zaitun yang diambil adalah sedikit, tetapi ia mampu menyumbang kalori dan lemak yang besar dalam diet pemakanan. Jadi cara pemakanan dan kuantitinya mestilah tepat, bagi menikmati manfaatnya secara maksimum.

    Dalam pemakanan, disarankan mencampurkan minyak zaitun ke dalam masakan seperti sup sayur-sayuran atau pasta selain sebagai tambahan dalam salad. Sesuai juga sebagai bahan utama dalam memanggang atau menumis.

    Bahkan, terdapat juga cadangan mencampurkan minyak zaitun ke dalam jus lemon bagi menurunkan berat badan dengan lebih segera. Hal ini berikutan lemon sebagai bahan ‘pencuci usus’ yang selalunya menghasilkan kalori yang rendah dan membantu menghilangkan banyak lemak.

    Selain itu, banyak kajian menunjukkan diet gaya Mediterranean yang kaya dengan penggunaan minyak zaitun, bijirin, kekacang, kentang buah dan sayur sangat bermanfaat kepada kesihatan dan menggalakkan penurunan berat badan. Minyak zaitun adalah sumber lemak utama dalam diet Mediterranean selain pengambilan gula putih yang sangat terhad.

    Selain digunakan dalam pemakanan, dakwaan urutan dengan minyak zaitun dapat menurunkan berat badan. Namun hal ini masih belum dibuktikan dengan kajian mahupun penelitian makmal. Namun, cara ini barangkali berkesan bagi mengubati permasalahan lain seperti merawat rambut, mencantikan kulit wajah dan penggunaan luaran lain.

    Kesimpulan

    Selain membantu mengawal selera pemakanan dan mengelakkan pembentukan kolesterol jahat, minyak zaitun turut membantu proses detoksifikasi (detox) bagi membuang toksin yang menjadi punca berat badan sukar turun.

    Dengan itu, minyak zaitun penting dalam mengawal berat badan, sekaligus berpotensi menghalang obesiti. Selain membantu meningkatkan tahap kesihatan dengan menjadikan badan lebih bertenaga, sihat serta cerdas kerana minyak zaitun telah membekalkan tenaga semula jadi.

    Pun begitu, semua khasiat ini tidak akan mujarab sekiranya minyak zaitun tersebut tidak tulen mahupun tiruan. Ini kerana terdapat begitu banyak produk minyak zaitun yang mudah didapati. Telitikan minyak zaitun dengan kandungannya serta pastikan ia sah dan lulus dari pihak berwajib.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut