Habbatus Sauda Rawatan Terbaik Untuk Kulit

1 June 2023
8 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Selama beribu-ribu tahun dahulu habbatus sauda telah digunakan dalam bidang perubatan dan kecantikan terutamanya di negara Asia Selatan dan wilayah Timur Tengah. Disebabkan keberkesanannya itulah habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa tetap dijadikan sebagai bahan utama dalam kebanyakan produk kecantikan serta rawatan kulit sehingga kini.

    Habbatus sauda mengandung pelbagai nutrisi yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat, seperti karbohidrat, protein, lemak sihat seperti; asid oleat dan asid linoleat, kalsium, serat, zat besi, natrium, kalium, dan antioksidan. Setiap vitamin yang terdapat dalam bijian ini menjadikan habbatus sauda sangat istimewa dan sesuai dengan kulit, selain membantu membaiki semula kulit melalui sifatnya yang menghidrat dan menyuburkan.

    Tidak hairanlah jika habbatus sauda mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan kulit, seperti;

    1. Mencegah Dan Merawat Jerawat

    Habbatus sauda sangat bermanfaat dalam mencegah penumbuhan jerawat, khasnya pada bahagian kulit wajah. Hal ini kerana terdapat asid linoleat dalam habbatus suada selain, vitamin E, asid amino yang berfungsi mencegah dan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

    Selain itu, dengan sifat antibakteria yang terdapat dalam habbatus sauda juga mampu mengurangkan inflamasi di samping mempercepatkan penyembuhan jerawat yang ada pada kulit wajah! Menurut sebuah kajian yang terdapat dalam jurnal Dermatology and Dermatologic Surgery, subjek yang mengamalkan habbatus sauda mempunyai kulit yang lebih sihat dan kurang berjerawat.

    Dalam satu kajian lain yang melibatkan 58% peserta menggunakan losyen yang mengandungi 10% minyak habbatus sauda. Selepas dua bulan terdapat kesan yang positif; iaitu pengurangan jerawat. Bahkan tidak terdapat kesan sampingan dalam penggunaan losyen tersebut.

    2. Mengubati Gejala Ekzema

    Ekzema adalah keadaan kulit yang mengalami keradangan yang menyebabkan bahagian itu menjadi kering dan gatal, bertompok, bersisik serta lepuh. Jika keadaan yang lebih serius boleh membuatkan kulit terdedah kepada jangkitan. Habbatus sauda juga boleh mengurangkan simptom ekzema selain berpotensi membantu mencegah jangkitan ekzema pada kulit.

    Terdapat banyak kajian yang membuktikan hal ini, yang dilakukan terhadap kulit kering dan gatal. Ekzema didapati semakin sembuh apabila habbatus sauda digunakan secara berkala dan konsisten. Selain itu, satu kajian membandingkan penggunaan minyak habbatus sauda berbanding ubat steroid pada ekzema, menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda sama keberkesananya dengan krim steroid.

    Kajian lain yang dilakukan mendapati kandungan thymoquinone, iaitu sebatian bioaktif yang terdapat dalam habbatus sauda, mengurangkan keradangan dan memperbaiki gejala ekzema pada kulit.

    3. Rawatan Pigmentasi Vitiligo

    Vitiligo adalah sejenis gangguan pada kulit yang menyebabkan kehilangan pigmentasi pada kulit. Sesetengah penyelidik mencadangkan minyak habbatus sauda untuk merawat vitiligo. Hasil penyelidikan juga mendapati minyak habbatus sauda mempunyai keupayaan untuk menyebarkan melanin ke dalam kulit. Melanin ialah sejenis pigmen semulajadi yang terdapat pada rambut, kulit dan mata.

    Terdapat kajian terhadap 33 orang yang menghidapi vitiligo menggunakan krim yang diperbuat daripada habbatus sauda pada kulit mereka secara konsisten dua kali sehari. Kesannya, mereka berjaya meningkatkan pigmentasi pada bahagian tangan, muka dan kawasan kemaluan mereka selepas enam bulan. Lebih menarik, kajian pada tahun 2014 terhadap 52 orang menunjukkan penggunaan minyak habbatus sauda secara konsisten selama enam bulan telah membantu mengecilkan saiz vitiligo yang ketara pada lengan, kepala dan leher.

    4. Menyelesaikan Masalah Psoriasis

    Psoriasis merupakan keadaan yang menyebabkan pembentukan tompokan gatal, kemerahan, sedikit bersisik perak dan sakit pada bahagian kulit.
    Kajian terhadap sekumpulan dewasa yang mengalami psoriasis tahap sederhana sehingga tahap serius, dirawat dengan menggunakan habbatus sauda. Kesannya sangat memuaskan.

    5. Memudarkan Bekas Jerawat

    Habbatus sauda sudah muncul sebagai rawatan jerawat semulajadi yang sangat berkesan sejak dahulu kala lagi. Selain menghilangkan jerawat, ia juga menyelesaikan masalah bekas atau parut jerawat ini. Habbatus sauda mengandungi antiinflamasi yang baik bagi kulit lantaran mengandungi antioksidan yang tinggi. Kandungan antioksidan akan mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit sehingga keadaan kulit pulih kembali.

    Sifat anti-radang dalam habbatus sauda juga mengurangkan bintik-bintik kemerahan atau bekas jerawat yang disebabkan oleh keradangan kulit. Selain itu, dengan adanya vitamin A dan asid amino, habbatus sauda turut membantu mengurangkan parut jerawat.

    Minyak Sauda Melancarkan Nafas Saya!

    Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar

    Keterangan Lanjut

    6. Melembapkan Kulit

    Habbatus sauda sangat sesuai untuk digunakan ke atas semua jenis kulit. Apabila digunakan, ia akan memberikan kelembapan pada kulit lantaran terkandung asid amino yang tinggi dan sangat sesuai untuk melindungi kulit.

    Ini kerana khasiat kalsium yang terdapat dalam habbatus sauda ini berfungsi dengan epidermis untuk menghasilkan sebum, iaitu bahan salutan kulit semulajadi yang membantu kulit untuk sentiasa lembap dan kekal segar. Habbatus sauda juga kaya dengan kandungan vitamin B9 (Asid Folik) yang yang terbukti dapat mengurangkan kekeringan kulit serta meningkatkan kelembapan kulit pada masa yang sama. Dengan vitamin B9 juga berfungsi untuk menguatkan penghalang kulit.

    7. Sebagai Ejen Anti Penuaan

    Habbatus sauda juga mempunyai khasiat sebagai anti-penuaan. Selalunya, tanda-tanda penuan ini dapat dikesan dengan munculnya garis-garis kerutan pada wajah, noda-noda hitam, dan kurangnya elastisitas pada kulit. Antara sebabnya adalah kerana terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari, debu pencemaran, serta radikal bebas.

    Mineral niasin yang terdapat dalam habbatus sauda ini membantu merangsang pengeluaran elastin dan kolagen yang sangat berfungsi sel-sel kulit yang rosak, mengurangkan benjolan, kemerahan dan kerengsaan kulit, melicinkan garis-garis halus dan mengatasi kedutan pada wajah.

    Bahkan, gabungan asid amino, asid lemak dan vitamin A membantu menjana semula sel kulit dan mengurangkan parut serta memudarkan bintik-bintik penuaan. Di samping itu, habbatus sauda kaya dengan antioksidan yang tinggi, iaitu sebagai faktor utama anti penuaan untuk kulit. Antioksidan melawan radikal bebas yang menjadi punca penting kepada kerosakan sel kulit melalui pengoksidaan.

    Radikal bebas juga bertindak memusnahkan sel kulit dengan mengurangkan oksigen dari kulit yang sihat. Sebab itulah kesannya kulit menjadi kusam, tidak bermaya, dan membentuk garis serta menjadi kendur.

    Pendek kata, habbatus sauda bertindak melawan proses penuaan ini!

    8. Penyembuhan Luka

    Habbatus sauda mempunyai khasiat yang sempurna dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka. Melalui kajian, proses penyembuhan ini berlaku disebabkan perkaitan dengan sifat antioksidan dan anti-radang dari sebatian thymoquinone yang terdapat dalam habbatus sauda.

    Kandungan sebatian thymoquinone erbukti melalui kajian mampu merangsang pertumbuhan tisu dan menyokong penyembuhan luka. Selain itu, ia juga meningkatkan pembentukan kolagen yang boleh membantu menyembuhkan luka dengan segera. Kajian pada haiwan mendapati bahawa thymoquinone boleh membantu merawat luka bakar, luka terpotong dan luka kencing manis kerana kesan antiradang, antioksidan dan antibakterianya.

    Sebagai contoh, satu kajian haiwan mendapati bahawa ekstrak habbatus sauda dengan ketara meningkatkan penyembuhan luka pada tikus yang menghidap diabetes.

    Kesimpulan

    Manfaat habbatus sauda dalam bidang kecantikan yang begitu ketara adalah dalam menutrisi kulit. Apatah lagi dengan kandungan antiradang dan antimikrob, habbatus sauda sangat membantu mengurangkan gejala dermatologi seperti jerawat, ekzema, vitiligo dan psoriasis. Melalui semua manfaat ini, sebaiknya habbatus sauda dijaakan sebagai rutin bagi mendapatkan kesihatan kulit yang sebaiknya, sama ada dikonsumsi secara pemakanan ataupun melalui sapuan seperti minyak atau losyen.

    Demi memberi kesan terbaik pada wajah, habbatus sauda boleh dijadikan sebagai masker, pelembap harian, krim wajah serta pencuci muka berasaskan bijian ini. Bahkan pelbagai produk yang lebih mudah penggunaannya seperti minyak habbatus sauda banyak terdapat di pasaran, tinggal untuk pilih yang sesuai dan tulen sahaja!

    Yang pasti minyak habbatus sauda dari Sihaté adalah asli!

    Minyak Sauda Melancarkan Nafas Saya!

    Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar

    Keterangan Lanjut