Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Habbatus sauda atau jintan hitam adalah sejenis rempah yang berbentuk bijian yang berwarna hitam. Juga dikenali sebagai black seed, natura seed, black caraway, bijan hitam, black cumin, kaluduru dan beberapa nama lain lagi, habbatus sauda telah lama menjadi bahan perubatan, rawatan kesihatan malah dalam bidang kecantikan.
Dalam bidang perubatan, habbatus sauda telah dimanfaatkan sebagai sebagai herba ubatan sejak 2000-3000 tahun Sebelum Masihi dahulu lagi, bahkan masih dimanfaatkan sehingga kini. Sesuailah dengan gelarannya ‘blessed seed’ atau bijian yang diberkati.
Khasiat bijian ini dalam aspek kesihatan sudah lama terserlah, termasuk manfaatnya dalam melancarkan proses pencernaan dan menjadikan usus sentiasa sihat. inilah kehebatan habbatus sauda! Lalu, bagaimana habbatus sauda ini, bertindak menjaga usus dan sistem pencernaan?
Penyakit gastrousus merujuk kepada masalah yang berlaku di sekitar esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum, hati, pundi hempedu dan pankreas. Gejala gangguan gastrousus pula termasuk sakit perut, senak, pedih ulu hati, dispepsia, kembung perut, loya, muntah, sembelit dan cirit-birit. Habbatus sauda mempunyai manfaat dalam membantu melegakan ketidakselesaan perut yang berkaitan dengan gas dan saluran gastrousus ini.
Thymoquinone, iaitu kandungan bioaktif utama yang bersifat antioksidan, antikanser, antibakterial, antimutagenik dan antiradang sangat membantu melindungi lapisan perut, termasuk daripada toksin. Secara semulajadi, sifat anti-radang ini akan mengurangkan gejala gangguan gastrousus. Apatah lagi jika habbatus sauda dicampurkan dengan minyak yang sifatnya karminatif (kandungan yang mencegah atau mengurangkan kembung perut). Pasti lebih berkesan dan membantu masalah berkaitan perut dengan berkesan.
Dalam sebuah kajian, 20 ekor tikus yang dijangkiti ulser perut telah dirawat dengan menggunakan habbatus sauda. Hasilnya lebih kurang 83% daripadanya telah pulih. Paling memuaskan, habbatus sauda tidak meninggalkan kesan sampingan seperti kebanyakan ubat ulser perut yang lain.
Ini berkaitan dengan kajian lain yang menunjukkan habbatus sauda dan komponen aktifnya dapat menghalang perkembangan ulser ke bahagian lain, dan melindungi lapisan perut daripada kesan alkohol. Bahkan, hasil kajian pada tahun 2010, minyak habbatus sauda didapati berkesan dalam melawan jangkitan bakteria Helicobacter Pylori, iaitu punca kepada penyakit ulser perut. Dan, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keradangan pada saluran penghadaman dan ke tahap yang lebih serius; kanser perut!
“Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar
Hippocrates, pengamal perubatan dari Greece yang terkenal dengan gelaran ‘Bapa Perubatan Awal’ telah menyarankan habbatus sauda sebagai rawatan dalam menyelesaikan penyakit berkaitan sistem penghadaman. Sebenarnya, bijian daripada habbatus sauda sangat membantu menyelesaikan masalah ini dengan membersihkan saluran usus dan membaiki sistem pencernaan yang bermasalah.
Tambahan lagi, jika bijian habbatus sauda dicampur dengan minyak, ia dapat melicinkan dan melancarkan pergerakan usus dengan lebih baik. Selain, memudahkan proses pembuangan air besar. Oleh itu saluran pencernaan yang sihat dapat mencegah daripada masalah sembelit. Jadi, apabila habbatus sauda diambil secara kerap atau berkala, sudah tentu sistem-sistem yang terdapat di perut dapat dilindungi dengan baik.
Sehingga kini, banyak bukti telah menunjukkan peranan habbatus sauda yang memberangsangkan terhadap kesihatan, termasuklah manfaatnya terhadap rawatan usus dan sistem pencernaan. Namun begitu, seiring dengan pengambilan habbatus sauda, harus dipratikkan juga cara pengambilan makanan yang betul, minum air yang secukupnya serta mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mendapatkan kesihatan tubuh badan luar dan dalaman.
“Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar
Habbatus Sauda Oil
“Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar