Cuka Hawthorn Mampu Melancarkan Pencernaan

31 May 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Di Turki, buah hawthorn biasanya dimakan sebagai buah segar, selain cukanya yang diminum sebagai minuman panas seperti juga budaya popular di Asia. Di Eropah dan Amerika Utara, ada yang memasaknya atau mengawetnya, selain itu dijadikan jeli atau jem. Bahkan rasa hawthorn yang manis juga sering dijadikan manisan dan gula-gula.

    Hawthorn, agak jarang dikenali dan disebut-sebut akan khasiatnya. Buah seakan beri ini turut berkongsi manfaat dengan biji, bunga dan daunnya sebagai ubat selepas dikeringkan, dijadikan serbuk, sebagai rebusan ataupun cuka.

    Penemuan khasiat hawthorn sebagai rawatan pelbagai penyakit bukanlah baru, tetapi bermula pada 659 Masihi lagi iaitu sebagai ubat herba dalam bab perubatan tradisional terutamanya di Turki, China, Serbia, Perancis dan Chile.

    Selain itu, hawthorn mempunyai sejarah perubatan yang luas, antaranya dalam merawat masalah pencernaan, serangan jantung, dan tekanan darah tinggi.

    Cuka Hawthorn Bermula di Turki

    Buah hawthorn yang diproses dan disimpan sebagai cuka juga sudah lama diasimilasikan oleh generasi zaman pertengahan dahulu lagi. Cuka juga telah digunakan sebagai makanan dan perubatan dalam banyak budaya selama beribu-ribu tahun.

    Pada awalnya, cuka hawthorn dihasilkan secara tradisional hanya di wilayah Bolu, Turki dalam jumlah yang terhad dan kecil-kecilan. Penduduk tempatan sangat meyakini dan percaya cuka hawthorn ini mampu menyembuhkan beberapa penyakit seperti jangkitan selesema dan penyakit berkaitan kardiovaskular.

    Dalam penghasilan cuka, buah hawthorn yang segar sama ada berwarna merah atau kuning dalam kuantiti yang sama ditapai dalam keadaan beroksigen selama dua tahun, di dalam tong yang diperbuat daripada pokok oak.

    Seperti kebanyakan cuka, cuka hawthorn harus diminum dengan air. Ini bagi mengelakkan asid yang berlebihan dalam kandungan cuka yang mampu memberi kesan buruk, terutamanya golongan yang mempunyai perut sensitif.

    Cuka Hawthorn Menangani Masalah Pencernaan

    Telah berabad-abad buah dan ekstrak hawthorn dipercayai dapat mengelakkan gangguan pencernaan. Berdasarkan teori perubatan tradisional Cina, buah hawthorn bertindak mengencangkan limpa untuk menggalakkan proses penghadaman dan mengaktifkan peredaran darah.

    Dengan mewahnya pelbagai asid organik, vitamin, pati minyak, unsur mineral seperti magnesium, molibdenum, zink, kobalt dan fosforus dalam buah hawthorn, menjadikannya sebuah ramuan berharga. Terutamanya dalam meningkatkan fungsi pencernaan secara keseluruhannya.

    Kandungan serat dalam hawthorn atau cukanya membantu mengurangi masalah sembelit dan bertindak sebagai prebiotik. Prebiotik adalah makanan yang memberi nutrisi dan meningkatkan bakteria usus yang sihat bagi menjaga kesihatan pencernaan. Sebab itulah hawthorn juga mampu menghilangkan jangkitan usus, seperti cacing pita.

    Semakin banyak serat dikonsumsi oleh tubuh, semakin kerap dan mudah pembuangan air besar berlaku. Selain dapat mengelak sakit perut, perut kembung dan angin sehingga kepada buasir dan penyakit usus.

    Hawthorn yang dijadikan cuka juga dapat meningkatkan produksi enzim pencernaan yang sangat diperlukan untuk mencerna makanan yang berlemak dan tinggi protein.

    Organic Hawthorn Cider Vinegar

    Cuka Hawthorn mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran serta sesuai digunakan untuk rawatan. Keterangan Lanjut

    Di dalam perut, serat hawthorn sangat membantu untuk mencuci kotoran di dinding perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka di dalam perut.

    Secara tidak langsung, ia membantu merawat penyakit gastrik. Begitu juga ketika melalui sistem usus (duodenum, usus kecil dan usus besar), serat hawthorn bertindak sebagai pencuci dinding saluran usus seperti membuang lemak yang tak diperlukan pada dinding usus.

    Dengan itu secara tidak langsung mempercepat dan memudahkan proses penyerapan zat makanan atau ubatan selain dapat melicin dan membersihkan saluran usus agar dapat melancarkan pergerakan sisa makanan melaluinya.

    Terdapat kajian yang dilakukan pada tikus dan subjek manusia, yang membuktikan ekstrak hawthorn juga dapat mengurangi waktu tempoh makanan berada dalam usus.

    Ini bermaksud makanan bergerak lebih cepat melalui sistem pencernaan, seterusnya dapat meringankan gangguan pada usus dan menyegarkan perut.

    Hawthorn dan cukanya juga meningkatkan kesihatan pencernaan dengan membantu memudahkan penghadaman makanan, menyahtoksik dalam usus, menguatkan antibodi dalam darah, membersihkan dan melancarkan perjalanan sistem darah.

    Dengan itu, apabila usus sihat dan sistem pencernaan berfungsi dengan baik, ia sangat memberi manfaat sepenuhnya kepada tubuh badan.

    Kesimpulan

    Walaupun terdapat banyak khasiat dan kebaikan cuka hawthorn, ada juga kesan sampingan yang mungkin membahayakan jika tidak dipantau ataupun tidak mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

    Antaranya adalah gangguan sistem penghadaman seperti ulser atau gastrik. Jadi, sangat penting untuk mengikuti dos yang betul dan tidak berlebihan dalam pengambilannya.

    Berhati-hati dengan kesan atau petanda seperti sakit perut, mual, berpeluh, pening sehingga sesak nafas mungkin ada yang tidak kena dengan cuka yang diminum.

    Cuba elak daripada mengonsumsi cuka yang tiruan, dan penting untuk mendapatkan cuka hawthorn yang tulen bagi menjamin tahap kesihatan yang maksimum!

    Organic Hawthorn Cider Vinegar

    Cuka Hawthorn mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran serta sesuai digunakan untuk rawatan. Keterangan Lanjut