Adakah Minyak Zaitun Boleh Membantu Sembuhkan Radang Usus?

16 May 2022
4 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Radang usus merupakan masalah terhadap sistem pencernaan yang berpanjangan, bengkak atau sakit pada bahagian usus yang kronik. Keradangan usus juga dikenali sebagai Inflammatory Bowel Disease (IBD).

    Kurang daya tahan tubuh atau sistem imunisasi yang lemah antara penyebab berlakunya keradangan ini, selain faktor keturunan dan tabiat merokok yang aktif.

    Antara lain, cara pengambilan pemakanan serta penjagaan kebersihan juga mempengaruhi penyakit tersebut. Malah ia akan bertambah teruk jika dibiarkan dan akan mengganggu sistem pencernaan daripada berfungsi dengan baik. Selain itu, penyakit ini juga akan mengakibatkan kehilangan darah sehingga membawa kepada anemia, radang sendi, batu ginjal, batu empedu atau penyakit kronik lain.

    Radang usus besar adalah penyakit radang isi perut yang mengakitkan bisul di saluran dubur dan usus besar, sehingga meninggalkan rasa nyeri di dalam perut, cirit-birit dan penurunan berat badan yang mendadak.

    Gangguan ketidakselesaan perut juga menyebabkan hilang daya fokus serta hilang selera makan.

    Terdapat cara alternatif lain bagi mengelakkan penyakit ini, antaranya dengan pengambilan dua sehingga tiga sudu minyak zaitun sehari. Cara ini dipercayai dapat membantu mencegah penyakit radang usus besar atau ulcerative colitis (UC) ini.

    Minyak Zaitun Membantu Kesihatan Usus

    Minyak zaitun yang sememangnya sudah terkenal dan disebut-sebut sebagai berkhasiat untuk melindungi dan merawat masalah usus termasuklah melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman.

    Lalu bagaimana minyak zaitun berfungsi menjaga usus dan merawatnya?

    Umum mengetahui, usus besar dan kecil sangat penting dalam proses mencerna makanan dan membekalkan nutrien ke seluruh tubuh badan. Minyak zaitun juga berfungsi meningkatkan kecekapan usus, terutamanya bagi perut yang mengalami gangguan pencernaan. Selain itu, menggalakkan usus untuk menyerap vitamin dan mineral daripada makanan yang dimakan.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut

    Dalam kandungan minyak zaitun (terutamanya jenis minyak zaitun extra virgin), terdapat polifenol (bahan aktif yang terhasil secara semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan) jenis oleuropein aglycone yang berfungsi melancarkan perjalanan darah ke bahagian usus. Ia juga melindungi usus daripada kerosakan atau risiko iskemia iaitu kekurangan aliran darah dalam tubuh akibat gangguan pada pembuluh darah.

    Hasil kajian dari University of Messina, oleuropein aglycone yang kaya dalam minyak zaitun memang terbukti kebal dalam mengurangkan cedera dan kerosakan usus (Toronto Sun, 2002).

    Dalam sebuah persidangan, Digestive Disease Week di New Orleans, Amerika Syarikat, menyatakan dengan mengamalkan minyak zaitun dapat mengurangi risiko radang usus besar.

    Menambah kenyataan ini, beberapa penelitian dari School of Medicine, University of East Anglia di England membuat kesimpulan bahawa dengan pengambilan oleic acid atau asid oleik mampu menolak penyakit radang usus besar hampir 90%.

    Oleic acid ialah asid lemak omega-9 monotepu yang terdapat daripada sumber binatang mahupun tumbuhan yang diyakini dapat mencegah perkembangan radang usus besar. Asid oleik dapat menahan bahan kimia pada usus besar yang menjadi penyebab radang semakin parah.

    Bahkan, berdasarkan kajian ini kes radang usus besar dapat dicegah jika `oleic acid` diamalkan secara konsisten. Pengambilan sehingga dua atau tiga sudu makan setiap hari akan memberi kesan perlindungan yang baik pada usus.

    Kesimpulan

    Pakar perubatan yang tersohor dahulu kala seperti Ibnu Sina dan Galen turut mengakui akan kehebatan minyak zaitun yang mampu merawat pelbagai penyakit dan sebagai salah satu ubat yang paling berkesan.

    Kandungan minyak zaitun dengan nutriennya yang lengkap; vitamin (A, E, D) asid amino antioksidan sangat sesuai untuk pembersihan usus terutamanya.

    Setiap Hari Amalkan Minyak Zaitun!

    Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak

    Keterangan Lanjut