Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Habbatus sauda menjadi bijian ajaib yang memberi seribu satu khasiat yang menjamin manfaat terhadap kesihatan. Habbatus sauda mengandungi beberapa bahan aktif dan antioksidan seperti; Karbohidrat, protein, kalsium, serat, Kalium, zat besi, lemak, fosforus, vitamin C, vitamin B3, vitamin B1, dan banyak lagi.
Begitu juga setelah diekstrak sebagai minyak, manfaatnya menjadi lebih berganda. Daya tarikan minyak habbatus sauda yang paling ketara adalah asid lemak khusus yang penting dan sihat; asid linoleik, oleik dan palmitik. Selain sebagai rawatan alternatif, habbatus sauda sangat berperanan penting untuk menurunkan berat badan dengan cara selamat dan sihat. Namun, bagaimana habbatus sauda bertindak?
Kandungan thymoquinone (TQ) dalam minyak habbatus sauda bertanggungjawab memberi manfaat yang besar terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Thymoquinone adalah agen antioksidan dan antiradang dalam minyak habbatus sauda yang boleh membantu dalam penurunan berat badan. Menurut kajian dari Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine, minyak habbatus sauda juga dapat menurunkan peradangan dan pembengkakan dalam tubuh dengan bantuan thymoquinone. Ini sangat memberi peluang besar dalam usaha mencegah masalah obesiti.
Selain itu, terdapat banyak kajian juga menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda boleh menurunkan berat badan dengan mengurangkan rasa lapar dan selera makan, serta membuang jumlah lemak badan dengan ketara. Ini berkaitan dengan nutrien aktif dalam habbatus sauda yang berfungsi boleh mengurangkan lemak dengan mengubahsuai ekspresi gen tertentu yang mengawal tahap kelaparan, sekaligus sangat menggalakkan pengurangan berat badan.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal Complementary Therapies in Medicine mendapati bahawa wanita yang berlebihan berat badan dan mengidap obesiti yang mengambil jumlah tambahan minyak habbatus sauda mengalami penurunan selera makan, selain mengurangkan jumlah lemak badan dan lemak visceral (lemak perut).
Jadi tidak hairanlah, terdapat banyak produk seperti suplemen rawatan obesiti menggunakan habbatus sauda sebagai bahan utama.
Selain itu, habbatus sauda juga membantu membaiki bacaan gula dalam darah ke paras yang stabil. Kadar bacaan gula dalam darah yang normal dan baik dapat mengurangi nafsu makanan dan membantu menurunkan berat badan. Terdapat banyak kajian yang membuktikan keberkesanan habbatus sauda dalam penurunan berat badan ini. Termasuk sebuah kajian kecil yang dilakukan terhadap 45 orang wanita yang mengalami obesiti. Mereka mengamalkan 2000 mg minyak habbatus sauda selama 8 minggu, hasilnya mereka berjaya menurunkan berat badan.
Beberapa kajian juga dilakukan yang mendapati minyak habbatus sauda memberi kesan positif dalam membantu mengurangkan indeks jisim badan atau Body Mass Index (BMI) terhadap individu yang mengalami obesiti atau diabetes jenis 2. Dan, dalam tinjauan pada tahun 2018 tentang kesan minyak habbatus sauda terhadap penurunan berat badan, penyelidik mendapati habbatus sauda itu membawa kepada penurunan berat badan dengan purata kira-kira 2.1 kg.
“Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar
Dalam Minyak habbatus sauda terkandung asid lemak tak tepu yang tinggi yang meningkatkan kolesterol baik atau High Density Lipoprotein (HDL) dalam tubuh badan manusia, selain membuang kandungan kolesterol ‘jahat’ atau Low Density Lipoprotein (LDL). Dalam satu lagi kajian kecil pada tahun 2015, peserta diabetes jenis 2 yang mengambil 3 gram minyak habbatus sauda setiap hari secara konsistan selama 12 minggu, telah menampakan hasil penurunan kolesterol jahat LDL dengan begitu ketara.
Minyak habbatus sauda telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, dan membantu menurunkan berat badan. Diterbitkan dalam Journal of Diabetes and Metabolic Disorders; tinjauan yang menemukan bahawa habbatus sauda sebagai tanaman yang memiliki sifat antiobesiti yang terbesar.
Bahkan, para pengkaji membuat kesimpulan bahawa habbatus sauda merupakan salah satu rawatan penurunan berat badan semulajadi yang paling efektif ketika ini. Dalam usaha menurunkan berat badan, minyak habbatus sauda ini sebaiknya diamalkan bersama-sama dengan cara pemakanan diet rendah kalori, selain senaman dan aktiviti fizikal yang bersesuaian. Ini bagi mendapatkan hasil yang terbaik selain mempercepat dan memudah proses penurunan berat badan.
Jangan risau untuk pengambilan yang kerap, memandangkan minyak habbatus sauda sangat selamat walau untuk ibu hamil, atau golongan ibu yang menyusui bayi. Cuma pastikan pengambilannya tidak melebihi dos, dan minyak habbatus sauda yang diambil adalah tulen!
“Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar
Habbatus Sauda Oil
“Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar