9 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kecantikan Wajah

13 April 2022
5 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Sejarah turut mencatatkan pelbagai manfaat daripada buah zaitun yang telah wujud dan digunapakai dalam kehidupan sejak zaman Yunani, bahkan semasa tamadun Mesir Purba dan Greek. Keunggulan buah zaitun juga sudah terbukti dan diaplikasikan dalam dunia kecantikan sejak zaman pemerintahan Ratu Cleopatra lagi. Minyak zaitun yang kaya dengan khasiat juga menjadi bahan penting dalam aspek kecantikan dan dimanipulasi dalam pelbagai produk kecantikan melalui proses yang lebih moden hari ini.

    Aslinya, dalam aspek kecantikan buah zaitun mampu mengatasi pelbagai masalah kulit lantaran kandungan nutrisinya; vitamin, protein, magnesium, karbohidrat, kalsium, serat, zat besi, fosfor, beta-karoten dan banyak lagi.

    Disebabkan itulah minyak zaitun mampu memberikan banyak kebaikan pada wajah, dan berikut merupakan lapan khasiatnya;

    1. Melembabkan Kulit Kering

    Minyak Zaitun Extra Virgin yang kaya dengan asid lemak dan sterol tumbuhan, sangat sesuai dijadikan’pembersih wajah’ kerana mengandungi squalene yang melembabkan kulit wajah yang kering, selain mengurangi risiko kehilangan air pada kulit.

    Minyak zaitun juga membantu meningkatkan kandungan air dalam kulit, lalu kulit akan lebih sihat dan wajah kelihatan lebih segar. Ia juga membantu melembabkan bibir yang kering dan kusam.

    2. Anti Keradangan

    Bukti dan hasil kajian menunjukkan; kandungan asid lemak omega-3 yang bersifat anti-keradangan dalam minyak zaitun membantu mengatasi keradangan yang merosakkan kulit.

    Dengan itu minyak zaitun boleh digunakan sebagai minyak untuk urutan muka dan sebagai sabun semulajadi. Minyak zaitun juga membantu mengelakkan bintik-bintik penuaan, kedutan, garis halus, dan kemerahan pada wajah kerana ia berfungsi sebagai ‘booster’ atau ‘sun-block’ alami yang melindungi kulit.

    3. Anti Penuaan

    Dalam minyak zaitun terkandung bahan antioksidan yang dapat membantu proses awet muda serta mencegah kerosakan akibat sinaran ultraviolet (UV). Penggunaan minyak zaitun juga dapat melindungi kira-kira 20 % daripada sinaran ultraviolet yang selalunya terkesan akibat terdedah kepada cahaya matahari.

    Minyak zaitun juga mengandungi banyak vitamin; vitamin A, D, K dan E yang diperlukan oleh kulit selain dapat mengurangi stres oksidatif, yang menjadi salah satu punca mempercepat proses penuaan pada kulit.

    4. Mengurangkan Jerawat

    Minyak zaitun mengandungi manfaat sebagai ubat jerawat lantaran kandungannya yang terdiri daripada vitamin, anti racun dan infeksi, serta anti inflamasi. Paling penting, ia mengandungi anti bakteria.

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut

    Minyak zaitun sangat membantu untuk menghilang jerawat dan kesannya dengan melembabkan dan menghidrat kulit selain membunuh bakteria penggalak jerawat. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dikatakan membantu mengubati dan memperbaiki parut luka, parut jerawat dan jeragat.

    5. Bahan Pencerahan Kulit

    Dalm proses pencerahan kulit, minyak zaitun tidak mengurangkan melanin atau meningkatkan pengelupasan sel kulit. Namun ia boleh membantu menghalang kerosakan dan pigmentasi dari cahaya matahari. Minyak zaitun juga membantu mengurangkan kemerahan dan kedutan kulit selain memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

    6. Pencuci Mekap di Wajah

    Minyak zaitun juga sangat sesuai digunakan sebagai pencuci mekap atau makeup remover yang baik dan berkesan. Dalam minyak zaitun terkandung ejen pembersih wajah yang membolehkan air untuk bercampur dengan minyak dan kotoran dalam proses membersih. Minyak zaitun juga sebagai ejen ‘pengemulsi’. Ia membolehkan bahan-bahan untuk dicampurkan dengan baik.

    Penggunaan minyak zaitun sangat baik dalam memecah substansi bertekstur lilin dari produk kecantikan, seperti maskara dan eyeliner kalis air. Minyak zaitun boleh digunakan untuk mencuci dengan mengoleskan sedikit pada wajah dan menyapunya dengan lembut.

    7. Merawat Kulit Berminyak

    Minyak zaitun mengandung oleochantal yang mampu menghilangkan ketidakselesaan pada kulit wajah. Selain terbukti dapat mengurangkan keadaan permukaan kulit yang berminyak, kering, gatal dan sebagainya. Minyak zaitun juga turut berfungsi mengawal proses penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah yang sering mengakibatkan masalah jerawat.

    8. Membuang Sel Kulit Mati

    Minyak zaitun yang disapu di wajah mampu mengelupas atau membuang kulit kering di samping memberikan kulit kelembapan. Dikatakan dengan mencampurkan minyak zaitun dengan garam laut dapat dijadikan sebagai scrub bagi membuang sel kulit mati dan mengatasi kulit berminyak dan kering.

    9. Memudarkan Lingkaran Hitam di Mata

    Dengan menggunakan minyak zaitun, dapat menyingkirkan lingkaran hitam di bawah mata juga. Ini kerana minyak zaitun memiliki khasiat polifenol, vitamin E, dan fitosterol yang membantu mencerahkan kulit selain dan menghilangkan bintik hitam.

    Selain itu, membantu memberi nutrisi pada kulit lembut di sekitar mata dan memudarkan garis-garis halus.

    Penutup

    Minyak zaitun adalah buah yang mewah dengan khasiatnya termasuk kebaikan kepada kulit dan wajah. Daripada buahnya yang diekstrak mampu menawarkan banyak khasiat untuk kecantikan kulit, supaya dapat tampil dengan lebih cantik dan anggun.

    Namun, dalam usaha untuk kelihatan menarik dengan bahan minyak zaitun ini, sentiasa berhati-hati dengan kandungan bahan kecantikan seperti paraben, resorcinol dalam sesuatu produk. Sebaiknya gunalah bahan yang asli dan semulajadi bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk. Bahkan jika mahu menggunakan minyak zaitun sekalipun, pilihlah yang bersesuaian dari jenis yang betul untuk diamalkan.

    Rendaman Buah Tin Dalam Minyak Zaitun

    “Satu botol dah habis, kongsi dgn suami. Buah tin nya kecil2 dalam minyak zaitun, jadi senang nak mkn. Memang ada khasiatnya, perut berasa lega dan gerd suami pun berkurangan. Insya Allah, akan buat 2nd order.” — Mahani Mohamad

    Keterangan Lanjut