9 Khasiat Minyak Habbatus Sauda Untuk Wanita

4 June 2023
7 min baca
Jadual Isi Kandungan

    Penggunaan minyak habbatus sauda telah digunakan secara meluas, terutamanya bagi masyarakat di kawasan beriklim Mediterranean dan padang pasir. Pengestrakan bijian habbatus sauda untuk dijadikan minyak adalah untuk merawat pelbagai jenis penyakit, termasuk gangguan kardiovaskular, diabetes dan kanser, dan sebagainya.

    Ini kerana habbatus sauda telah dijadikan sebagai ubat terapeutik dalam menjaga kesihatan selama berabad-abad dahulu. Tambahan lagi terhadap golongan wanita khasnya. Ternyata banyak manfaat habbatus sauda bagi golongan wanita yang masih ramai tidak tahu, antaranya:

    1. Menjaga Kesihatan Rambut

    Memiliki rambut yang cantik dan bermaya adalah penting bagi golongan wanita. Minyak habbatus sauda sangat berguna dalam menjadikan rambut sihat, cantik selain menguatkan akar rambut. Ini dapat mengelakkan daripada masalah rambut gugur, kering dan sebagainya.

    Habbatus sauda dapat untuk melawan rambut gugur dan menyokong pertumbuhan semula rambut, kerana terdapatnya kandungan nigellone dan thymoquinone di dalamnya. Ini kerana fungsi Thymoquinone adalah melawan keradangan, selain menyuburkan folikel rambut dan menghalang rambut daripada gugur.

    Habbatus sauda juga menyihatkan kulit kepala dan secara tak langsung memerangi kelemumur dan kerengsaan kulit kepala. Selain itu, dapat mencegah daripada uban dengan memelihara pigmentasi dalam folikel rambut. Dengan menggunakan minyak habbatus sauda juga dilihat sebagai cara semulajadi yang berkesan dan selamat untuk menumbuhkan semula rambut, tanpa ubatan yang melibatkan bahan kimia, mahupun dengan peralatan moden lain.

    2. Habbatus Sauda Sebagai Milk Booster

    Habbatus sauda sangat bermanfaat kepada golongan ibu yang menyusukan bayi, iaitu peranannya sebagai penggalak susu semulajadi. Habbatus sauda berfungsi dalam mempercepat kadar susu ibu kerana terdapat kalsium, zink, besi, magnesium, kuprum, vitamin B, lemak tak tepu, dan protein yang terdapat di dalamnya sangat membantu meningkatkan pengeluaran susu.

    Tambahan lagi, bagi golongan ibu yang mempunyai masalah penyusuan disebabkan insulin, habbatus sauda dilihat sebagai salah satu cara pennyelesaian yang sesuai. Melalui tinjaun sekumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap pengalaman sekumpulan ibu yang mengamalkan pemakanan sunnah, antaranya habbatus sauda untuk meningkatkan kadar susu ibu. Keputusannya, didapati berlaku peningkatan kandungan susu ibu dalam tempoh masa yang berlanjutan.

    3. Melawan Masalah Kulit

    Minyak Habbatus sauda sangat bermanfaat dalam memelihara kulit daripada semua jenis masalah dan gejala. Terutamanya di bahagian muka, seperti jerawat dna jeragat. Bukan sahaja mengecilkan jerawat, ia juga mengelakkan daripada jerawat tumbuh bahkan dapat menghilangkan bekas-bekas jerawat juga.

    Begitu juga dengan masalah kulit yang lain seperti, psoriasis dan ekzema, dengan menyapu minyak habbatus sauda pada kulit, masalah kulit boleh diselesaikan kerana kandungan antibakteria dan antikulat yang melegakan kerengsaan dan menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.

    4. Kelebihan Pada Ibu Hamil Dan Kandungan

    Bagi golongan ibu yang hamil adalah sangat disarankan untuk mengamalkan habbatus sauda ini. Bukan sahaja baik untuk si ibu, tetapi untuk janin dalam kandungan juga. Habbatus sauda akan membantu janin untuk mendapatkan nutrisi tambahan yang baik. Ini kerana kandungan omega 3, omega 6 dan omega 9 yang terdapat dalam habbatus sauda sangat membantu menjaga pertumbuhan bayi dalam kandungan.

    Selain itu, khasiatnya dapat melindungi janin dari kelahiran yang kurang sempurna seperti cacat fizikal, gangguan pada otak dan sebagainya.

    5. Menguatkan Imunisasi Badan Selepas Bersalin

    Selepas proses melahirkan anak dan dalam tempoh menyusu, golongan ibu sangat memerlukan sistem imunisasi yang kuat. Kesan antioksidan dan anti-radang terdapat pada sebatian thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ) dan asid lemak dalam habbatus sauda membantu tubuh memerangi radikal bebas. Ini bermaksud habbatus sauda sangat bermanfaat melindungi tubuh daripada dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Selain, membuatkan tubuh badan kembali bertenaga dan cergas.

    Minyak Sauda Melancarkan Nafas Saya!

    Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar

    Keterangan Lanjut

    6. Mengurangkan Sindrom Pramenstruasi (PMS)

    PMS atau sindrom pramenstruasi merupakan keadaan atau tempoh waktu yang berlakunya gangguan emosi, kesihatan fizikal, dan tingkah laku pada wanita, iaitu sewaktu berlakunya kitaran menstruasi, atau sebelum haid. Minyak habbatus sauda terbukti mengandungi sifat yang boleh membantu melegakan kesakitan semasa haid. Kandungan kalsium yang terdapat dalam habbatus sauda sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah sindrom pramenstruasi ini.

    Kandungan anti-radangnya boleh membantu mengurangkan migrain, meredakan kekejangan, merawat kembung perut, dan melancarkan pengaliran haid. Bagi melegakan PMS, selalunya minyak habbatus sauda digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang tidak selesa sebanyak 2 kali sehari atau mengikut keperluan.

    Selain menggunakan minyak, habbatus sauda juga boleh dimanfaatkan dengan cara meminum bijiannya yang telah dicampur dengan air suam atau urut pada bahagian bawah perut yang tidak selesa.

    7. Menyelesaikan Masalah Alergik dan Alahan

    Kandungan histamin dalam habbatus sauda merupakan zat yang dilepaskan oleh sistem kekebalan tubuh sebagai reaksi kepada alergi. Kandungan crystalline nigellone juga membantu mengurangkan pelepasan histamin. Jadi, dengan mengamalkan habbatus sauda dapat membantu mengurangkan alergi terutamanya kepada golongan yang mengalami masalah asma, resdung, bronchitis dan apa-apa sahaja gejala alergi lain.

    8. Membantu Kesuburan

    Habbatus sauda juga sangat bagus dalam membantu kesuburan wanita. Khasiatnya dipercayai dapat menjadi penyubur organ reproduksi manusia. Selain itu, membantu menguatkan organ reproduksi, menyembuhkan keputihan, menjaga sistem saraf reproduksi, melancarkan menstruasi, menjaga peredaran darah pada organ reproduksi dan banyak lagi manfaat lainnya.

    Habbatus sauda juga dapat menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh. Ini bermaksud, bijian ini akan membantu menyokong tahap hormon yang sihat dbn stabil pada wanita. Hal ini kerana terdapat kandungan sebatian zink, selenium, dan zat besi yang menguatkan hormon seperti estrogen dan progesteron.

    9. Meredakan Tekanan Dan Stress

    Habbatus sauda juga mampu melegakan tekanan dan juga mengatasi masalah gangguan tidur. Hal ini kerana terdapat saponin dalam habbatus sauda yang sama fungsinya dengan kortikosteroid, yang boleh menjejaskan metabolisme karbohidrat, protein dan lemak, dan juga menjejaskan fungsi jantung, buah pinggang, otot dan saraf badan. Kandungan saponin juga berfungsi untuk mempertahankan tubuh badan terhadap perubahan persekitaran.

    Kesimpulan

    Golongan wanita pastilah antara yang beruntung lantaran menerima banyak kebaikan daripada bijian istimewa ini; termasuklah khasiat untuk dalaman tubuh atau luaran. Cara mengamalkannya pula sangat mudah, selain tidak sukar ditemui pada masa kini. Sebaiknya habbatus sauda diamalkan secara berterusan dan konsisten bagi mendapatkan hasil yang menjanjikan.

    Selain itu, minyak habbatus sauda boleh dikonsumsi dengan cara mencampurkannya dengan beberapa bahan lain yang tidak kurang khasiatnya seperti; minyak zaitun, minyak kelapa, madu dan sebagainya. Kemudian, sapukan pada kulit dan rambut demi mendapatkan manfatnya yang luar biasa.

    Paling penting, ambillah minyak habbatus sauda ini dalam kadar yang diperlukan dan tidak berlebihan. Tambahan bagi golongan ibu hamil. Pun begitu, habbatus sauda umumnya bersifat selamat dan tidak memberi komplikasi yang serius dan membimbangkan. Apatah lagi jika produk minyak habbatus sauda tersebut adalah yang tulen, seperti habbatus sauda oil dari Sihate!

    Minyak Sauda Melancarkan Nafas Saya!

    Dengan menggunakan produk ini tekak saya jadi bersih sekaligus dapat menyingkirkan kahak, melancarkan pernafasan dan menghentikan batuk. Saya telah recommend kepada sahabat dan kenalan saya tentang kebaikan produk ini.” — Muallim Omar

    Keterangan Lanjut