Terima perkongsian, petua, tip dan nasihat terbaik dari Sihaté setiap minggu terus ke emel anda.
Banyak kajian dijalankan ke atas minyak zaitun extra-virgin. Antara kajian yang terkenal ialah kajian Predimed (Prevención con Dieta Mediterránea) di mana 7000 lebih warga sepanyol berumur 55 -88 tahun yang berisiko tinggi untuk kena penyakit jantung, terlibat di dalam ujian untuk mengenal pasti diet pemakanan (Mediterranean) yang mana dapat mengurangkan risiko kematian kardiovaskular/ penyakit jantung.
Hasilnya, diet yang mengamalkan banyak minyak zaitun extra-virgin terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung atau berkaitan kardiovaskular berbanding diet rendah lemak dan diet kekacang.
Untuk mendapatkan manfaat dari minyak ini, kita perlu pastikan minyak yang digunakan ialah minyak zaitun extra-virgin yang 100% original. Minyak zaitun extra-virgin yang asli mengandungi bahan antioksida antara yang paling terbaik iaitu Hydroxytyrosol dan Tyrosol. Bahan antioksida ini hanya boleh didapati dari buah zaitun sahaja.
Hydroxytyrosol yang terkandung di dalamnya mempunyai tindakan radikal bebas yang mengagumkan dengan bertindak sebagai bahan anti-radang, anti-virus, dan anti-kanser.
Berdasarkan kajian UC Davis Center, 70% minyak zaitun extra-virgin yang ada di pasaran US ialah tidak asli.
Pada bulan Februari lepas (2019) 2000 tan minyak zaitun bernilai USD 14.5 juta dirampas oleh penguatkuasa Itali kerana meletakkan label yang salah (dilabelkan sebagai extra-virgin). Penipuan ini banyak terbongkar di luar negara kerana mereka banyak menggunakan minyak zaitun. Sementara itu di Malaysia, tidak ada badan yang memantau sama ada minyak yang dijual adalah yang asli extra-virgin atau palsu.
Justeru, kebanyakan produk yang berada di pasaran ialah tidak asli. Mudah kata minyak-minyak tersebut sudah menjalani proses yang mengurangkan kualiti minyak ini dan juga minyak ini telah dicampurkan dengan minyak lain yang kurang berkualiti. Selalunya minyak ini akan dijual pada harga mampu milik di pasaraya.
Kami sediakan 5 tips berharga di bawah ini untuk memudahkan anda membuat pilihan yang betul sebelum membeli minyak zaitun extra-virgin.
Di zaman yang serba canggih ini banyak makanan boleh dipalsukan. Bau dan rasa dapat dimanipulasikan. Baru-baru ini Viral tentang makanan tiruan(plastik) yang dijual di China mirip hampir sepenuhnya dengan makanan yang betul. Untuk memastikan minyak yang dibeli sebenar-benar asli, dapatkan laporan makmal tentang minyak tersebut. Hanya dengan ujian dalam makmal mampu menentukan keaslian minyak tersebut.
Pastikan laporan makmal yang dijalankan bertarikh sekurang-kurangnya 2 tahun dari tarikh terkini. Ini bagi memastikan anda membeli minyak yang betul khasiatnya kerana laporan makmal yang lama menandakan data khasiat yang lama. Selalunya data yang diperolehi akan berubah dari masa ke semasa kerana keadaan iklim dunia yang berubah sepanjang tahun.
Nota: Kebanyakan pengeluar yang menjual minyak zaitun extra-virgin yang palsu tidak akan sediakan laporan makmal.
Sekiranya minyak zaitun extra-virgin itu memiliki laporan makmal dari luar negara yang diiktiraf, itu sesuatu yang sangat baik! Tetapi perlu diingatkan bahawa kandungan minyak zaitun tersebut boleh berubah selepas dibawa masuk ke Malaysia. Ini terjadi kerana minyak zaitun extra-virgin sensitif terhadap udara, cahaya dan haba.
Minyak zaitun extra-virgin yang berada dalam kontena di atas laut selama 1-2 bulan sebelum sampai ke Malaysia akan terdedah kepada suhu yang tersangat tinggi mencecah 70 degree. Suhu yang tinggi ini mampu untuk mengurangkan khasiat minyak yang di import.
Disebabkan ini ramai pengedar di Malaysia hanya memaparkan hasil ujian makmal yang dibuat di luar negara sahaja untuk menjaga imej syarikat dan produk. Tetapi perlu diingatkan bahawa minyak tersebut masih lagi extra-virgin cuma khasiatnya sahaja sedikit berkurangan berbanding sebelum di bawa ke Malaysia.
Brand Sihaté? Alhamdulillah kami ada ujian makmal yang dijalankan di Milas, Turki dan UKM dan terbukti masih lagi minyak zaitun extra-virgin yang asli walaupun selepas di bawa masuk ke Malaysia.
Perlunya untuk kita tahu jenis pengangkutan yang digunakan kerana seperti yang kita ketahui minyak ini sensitif kepada udara, cahaya dan haba. Untuk mendapatkan minyak zaitun yang paling terbaik, pengangkutan yang kurang panas diperlukan.
Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak
Ada 2 jenis pengangkutan digunakan yang boleh digunakan untuk import minyak zaitun ini. Pertama, melalui laluan udara. Untuk makluman, tersangat jarang pengedar menggunakan laluan udara kerana kosnya yang tersangat mahal dan syarat yang ketat dikenakan.
Penggunaan botol kaca tidak dibenarkan sebaliknya perlu menggunakan bekas tin atau plastik untuk membawa minyak zaitun. Caj yang dikenakan sekitar USD 1100 – USD 1500 bersamaan RM 4600 – RM 6300 untuk 150kg palet.
Berat 1 botol minyak zaitun 250ml ialah sekitar 500gram. Untuk bawa 300 botol minyak zaitun bersamaan 150kg memerlukan kos RM 4600 – RM 6300. Jadinya kos penghantaran untuk 1 botol bersamaan RM 15 – RM 21.
Disebabkan caj kargo yang mahal ini, pengedar akan memilih untuk menggunakan laluan laut untuk import. Kebanyakan pengedar akan menggunakan kontena biasa. Penggunaan kontena biasa yang murah mendedahkan minyak zaitun kepada suhu yang tinggi mencecah 70 darjah selsius. Hasilnya minyak zaitun yang tiba di Malaysia sudah kurang khasiatnya.
Oleh yang demikian, penggunaan kontena sejuk beku diperlukan sekiranya mahu hantar minyak zaitun melalui laluan laut. Harganya dua kali ganda lebih mahal berbanding kontena biasa tetapi lebih murah jika dibandingkan penggunaan kargo udara.
Adakah syarikat minyak zaitun extra-virgin anda menggunakan kontena biasa untuk membawa masuk minyak zaitun atau kontena jenis sejuk beku?
Jika anda beli di booth atau pasar malam, cuba tanya penjual minyak zaitun tersebut berapa lama minyak itu disimpan di dalam kereta. Seperti yang diterangkan di atas minyak ini sensitif dengan haba. Suhu di dalam kereta yang ditinggalkan di bawah panas cahaya matahari boleh mencecah 50 darjah selsius. Pastikan anda membeli dari penjual yang tidak mendedahkan minyak zaitun terus kepada cahaya matahari yang lama.
Minyak zaitun extra-virgin Sihaté disimpan di dalam bilik bersuhu bawah 27 darjah selsius di siang hari. Untuk mengawal kualiti minyak ini, kami juga mengehadkan ambilan ejen supaya mudah untuk mengawal kualiti minyak ini kerana ejen yang terpilih telah mendapat pemahaman yang betul tentang penjagaan minyak ini sebelum menjual.
Kebanyakan syarikat yang sedar akan kepentingan untuk menghalang minyak zaitun extra-virgin dari terdedah kepada haba akan menggunakan botol gelap bagi melindungi minyak tersebut. Konsepnya sama seperti penggunaan tinted gelap di kereta untuk memastikan cahaya yang dapat masuk ke dalam kereta tersebut dapat dikurangkan dan seterusnya suhu di dalam kereta tidak terlalu panas.
Minyak zaitun extra-virgin Sihaté menggunakan sepenuhnya botol gelap. Perlu diingatkan bahawa penggunaan botol yang gelap tidak menjanjikan minyak tersebut extra-virgin yang asli.
Syarikat yang sedar akan kepentingan untuk menghalang minyak zaitun extra-virgin dari terdedah kepada haba juga pasti akan menggunakan kotak untuk melindungi minyak tersebut. Penggunaan kotak dapat memberi perlindungan tambahan kepada minyak zaitun extra-virgin tersebut dari terkena cahaya matahari atau haba.
Untuk minyak zaitun extra virgin Sihaté, kami menggunakan kotak yang lebih tebal berbanding jenama lain. Ketebalan kotak kami seperti kotak pizza untuk melindungi minyak zaitun ini dari terkena cahaya matahari dan kurang risiko untuk pecah sekiranya kotak terjatuh kerana botol minyak kami diletakkan penyokong yang menyokong minyak tersebut.
Pastikan anda memilih minyak zaitun extra-virgin yang memaparkan tarikh tuaian (harvest/production date). Kebanyakan minyak zaitun yang ada di pasaran tidak akan memaparkan tarikh tuaian kerana sudah lama buah zaitun tersebut di proses. Untuk menjadikan minyak zaitun itu extra-virgin, minyak perlu diperah dalam tempoh 8 jam selepas dipetik. Buah yang diperah selepas tempoh 8 jam tidak lagi menjadi extra-virgin sebaliknya hanya minyak zaitun biasa.
Semakin lama minyak itu disimpan, semakin kurang khasiatnya. Sekiranya botol minyak itu telah dibuka, perlu dihabiskan dalam tempoh 2 bulan selepas dibuka. Justeru, pilihlah botol yang memiliki tarikh tuaian yang lebih jauh dari tarikh lebih baik (best by date) iaitu 2 tahun selepas itu.
Minyak zaitun extra-virgin yang bagus sudah semestinya akan mendapat pengiktirafan daripada mana-mana organisasi yang diiktiraf contohnya USDA Organic.
USDA Organic ialah organisasi yang mengawal selia dan mengesahkan hasil keluaran pertanian tersebut adalah secara organik. Tiada bahan kimia yang digunakan.
Kambing diternak dalam ladang pokok zaitun Sihaté bagi membekalkan baja secara organik yang dihasilkan dari najis kambing tersebut.
Minyak zaitun extra-virgin yang asli mengandungi banyak khasiat. Malah penggunaan minyak ini dalam diet seharian InsyaAllah mampu mengurangkan penyakit berkaitan kardiovaskular dan penyakit jantung. Justeru, pemilihan minyak zaitun extra-virgin asli yang betul diperlukan supaya khasiat yang dibuktikan di dalam kajian yang dijalankan dapat diterima.
Rumusannya, kita perlu berhati-hati dalam memilih minyak zaitun extra-virgin kerana berdasarkan kajian UC Davis Center, 70% minyak zaitun yang ada di pasaran ialah palsu dan bukannya extra-virgin yang asli walaupun di botol minyak tersebut tertera “extra-virgin” kerana keasliannya hanya boleh diketahui selepas diuji di makmal.
Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak
Extra-Virgin Olive Oil – Late Harvest
Saya berikhtiar dgn olive oil Sihaté dengan harapan paras kolesterol (sekarang 6.3) saya semakin baik. Saya dapati badan saya rasa cergas. Tidak lagi rasa lesu. Setiap hari tanpa miss kami amalkan dan Insya-Allah, saya akan terus mengamalkan Sihaté. — Adliza Omak